Wednesday, June 2, 2010

Layan Je...lah...

Entrynya di sini ....

Gambarnya Di sini

Gambar 1 : Master Bed Room , Pn Mama dan En Abah ... Itulah aircondnya yang secomel Tuanya (Pn Mama) ..Hadiah ANNIVERSARY YANG 3.
*
*
*

Gambar Ke 2: Ruang Tamu Pn Mama, Jangan nak mengata memang semak pun umah Pn Mama ...
*
*
*

Gambar ke 3: Dalam Master Bed Room , masa gambar di ambil adik dok sedap tidur dalam buaian, berteman kan Aircond yang ON , dan Kipas Yang ON...
*
*
*

Gambar Ke 4: Bilik Kedua, di mana nie lah bilik Kain Baju Family Pn Mama, Bilik Sembahyang n Bilik Study En Abah...
*
*
*
*To MR....Pn Mama rasalah , Rumah Pn mama lagi kecik dari Rumah MR...jangan Mare...nnti cepat Tua...

Wednesday, May 26, 2010

Sedar tak sedar



Sedar tak sedar dah 6 bulan Pn mama duduk kat rumah baru, Tak renovate apa2 pun lagi, berangan je lebih .Masih bentuk rumah asal, Rumah pun tak cat lagi, kewangan duit kurang… Pn mama pun tak kisah ko orang nak kata apa …peduli apa aku ….baca jelah… janji… Rumahku SyurgaKu…




Baiklah entry ari nie adalah menceritakan mengenai WEEKEND Pn mama…. Yang tiap2 minggu Pn mama kena Jalankan dan laksanakan berkhidmat untuk negara Keluarga … macam biasalah Kemas Umah, Sapu lantai kasi bersih, Pn mama Vikum di situ, buang sume sawang , lap sume habuk, xada dah penyapu-penyapu nie buat karan … saja nk perbaihkan duit En Abah bayar Elektrik…teruk punya bini ,Mop umah ( yang ini kena rajin sebab adik dah boleh merangkak ), Basuh Jamban, semualah….


Nak harapkan EN Abah, Bini dia xada baru buat kerja ….Bab Jamban pun sama ,nk Pn mama kena keluarkan kata-kata lucah perli baru buat….tambah2 En Abah suka sangat guna Jamban dalam master bedroom, tapi xnak cuci kalau cucipun main siram2 pokok bunga je…bukan nak sental dengan berus gigi jamban ….geram…apa lagi…si bini yang garang macm singa nie pun mengaumlah sampaikan luruh habis bulu jambul 2 En Abah ha..ha . Tapi tu dulu…La nie dah ubah dah…dah rajin dah basuh Jamban bukan 1 tapi dua …bilik air kat master bedroom n belakang siap komplen lagi…”mama, mana letak ubat basuh jamban ”, ….he..he… tau pakai tau basuh iyer EN Abah, Pn mama bukan Kuli cuci Jamban ok…I NIE BINIK U …Bukan ORANG GAJI U …

Ruang bilik tido cam biasa la master bedroom ada Tilam Kelamin untuk Pn mama , akak dan adik , Tilam bujang En abah punya n Buaian adik… so …xadalah tema…sebab anak-anak Pn mama kecik lagi…mybe nnti depa besar baru nak bertema-tema… la nie pakai tema orang bujang dululah…… jangan terkejut… walaupun PN mama pakai Aircond tapi En Abah, suka sangat tidur dalam kelambu orang Kampung gitulah agaknya ….he..he…. xpasal2 Pn mama pun kenalah join tidur kelambu… anak-anak pun samalah.. sebelum tu Pn mama dah tukar cadar awal2, tiap2 dua minggu kena tukar , abih sume brg yg tak berkenaan Pn mama angkut bawak keluar rasa nak tercabut pinggang, kaki & tangan nie. tapi bila tgk rumah bersih & bau wangi
sume letih ilang .

Bab Dapur , mcm biasa..habiskan stok bahan mentah…kalau boleh masak..Pn mama masaklah , kalau x di Tong sampahkan… cuci peti ais …semualah ..termasuklah rebus botol2 susu anak …yang ini pn mama lakukan tiap2 minggu bubuh garam sesenduk…so biarkan mengelegak…bukan apa …doc cakp bunuh kuman… Itulah Rutin Minggu Pn Mama. Memandangkan Jumaat ini cuti Wesak n Anniversary Pn Mama Yang ke 3 dengan En Abah ….so nnti Pn mama cerita lain iyer…. Da..da…. JOM P SURE JOM HEBOH DI STADIUM KANGAR 29-30 Mei nie….. jumpa sana.

Friday, December 11, 2009

Home Sweet Home


MySpaceAlhamdulilah, akhirnya Aku dan Sekeluarga dapat Merasai Suasana kehidupan baru di Rumah baru kami ..dimana hasil titik peluh aku & hubby dapat di realitikan dengan pembelian rumah baru (walaupun sekakang Kera) very excited!! Kalau boleh masa tu nak loncat macam keraMySpace pun ada he..he.. Woww rasa macam tak percaya, dah dapat bilek yang lagi besar dari dulu(ye la dah lama aku mengidamkan Master Badroom) ..more privasi and more comfortable...…Kalau nak di kira hari nie sudah cukup 20 hari kami dah menduduki rumah baru Alhamdulilah…Walaupun lokasinya jauh dari sikitlah dari rumah yang dulu, Namun aku x kisah ..tapiMySpace Alah bisa, tegal biasa kan :) nape orang laen yang dah lama dok ulang alik lagi jauh tak pernah merungut? abes orang yang kerja Nurse @ Doc camne? aku anggap ia sebagai satu rutin dalam kehidupan yang tak semua yang kita nak akan dapat dengan mudah..walaupun aku terpaksa korbankan waktu “Lewat ku untuk Bangun Pagi”Semata-mata untuk MySpacetidak sesak( nasib cuti sekolah) di jalan Raya, (jangan ingat Kangar x Jem ye)....Yela dulu kol 7.15pgi baru aku bangun(kat umah lama), la nie 6.15pgi kadang2 tu kol 5.45 pgi aku dah kena bangun siapkan segala kelengkapan anak-anak , memandangkan Aku menjadi Driver untuk anak2 ku, Mrhubby aku suruh p naik motor, bukan apa nak jimat Kewangan Ma... dalam masa yang sama nak jadi MySpaceISTERI MITTALI HE..HE ,dalam area kol 7.15 aku dah terpaksa bertolak keluar dari rumah untuk Menghantar Anakku yang sulung kepada Umie dia di Repoh..Manakala Anakku Yang Bongsu pulak, aku hantar ke Umah Mak Saudara Hubbyku di Utan Aji dekat dengan Umah MIL aku.…

Jangan terkejut??????

aku ada 2 Pengasuh ye..Dan Jangan marah pada Umie pulak, kenakalan Anakku yang Sulung membuatkan Kak Anie( Umie) x larat nak jaga kedua2nya..Aku Faham , sebab aku tau macam mana nak jaga 2 anak kecil dalam 1 masa serentak…Kadang2 tu angin jugaklah aku nie..
Berbalik Kepada Pindah Rumah
“MySpacePindah Rumah adalah suatu perkara yang amat memenatkan dan agak banyak MySpacepakai cash..huhu..(kiranya setengah Gaji aku masa dalam pantang Selepas tolak Hutang , termasuklah simpanan untuk aku beranak hari tu ..)sudah habis membeli barang keperluan..Seperti Lampu , kipas dll .walaupon nampak barang2 simple tapi terkesan juga...kena beli towel kecik, bekas sampah, langsir, pengelap and so on....Ye la , masa dok Qrts dulu , just cuci kaki je..al maklumlah semuanya tersedia , Cuma kena beli tikar getah je…Nasib baik umah baru nie berlantai Makmar, kalau x siap lagi aku , kena beli tikar getah yang baru( yang lama banyak yang koyak )..Perasaan aku masa tu adalah “MySpaceHappy Sangat2” walaupun so tired.(Bahasa orang putihlah pulak..).
pemindahan agak smooth walaupon ada sedikit kekalutan..al-maklumlah masa pindah tu, aku stail lagi dalam pantang…bayangkan x sampai seminggu dalam pantang,KEGEDIKYAAN AKU SAMPAI ajak hubby aku ke Nagoya kat Tesco Alor Star, sebabnya nak beli kain Langsir untuk umah baru kami…alhamdulilah masa tu pulak Gaji n aku pulak x guna sangat, al maklumlah dok umah Mak..Makan minum semua di sediakan …Kain tu saja aku Habis beli dalam 2++ , Tambah upah jahit 3++ semuanya kat 5++ jugaklah..xtermasuk real untuk nak gantung di kira2 adalah dalam 1k…x kisah umah baru punya pasal.. Yang Gril keselamatan duit Mrhubby , Duit untuk Lampu kipas hiasan dalam umah , my Money..Hari nie pulak tukang mai buat warning(bumbunglah) sorry kalau silap eja almaklumlah BI cukup2 makan je…DENGAN Pintu pagar ..aku ambik Double pintu punya sebab kesian si kontot xkan nak kena dok luar, si panjang senang2 dok beralaskan bumbung..si kontot beralaskan bintang dengan Matahari…no Way Harta Benda aku semuanya aku sayang tau..,Pernah aku tengok si panjang dengan si lurus(Motor aku ) basah kena Ujan..(tempias) aku MySpacengis tau..Tu yang aku tekad nak MySpace“Korbankan” demi buah2 ati ku itu. sebab lain aku dah x larat (Malu) nk sidai kain kat tepi pagar umah orang, Kain baju aku n Hubby aku x kisah..tapi si Baju kecik tu( Bongsu)..Kesian sangat , tu la sapa suruh beli sikit baju…ko ingat qrts ka ,boleh sidai dalam umah.. Nak x nak terpaksalah aku "Korbankan” Barangan Kesayangku Ke “he..he…” Sendiri mau pahamkan… Berguna jugaklah “Mami Jarum aku tu”. Sabar ye sayang , nanti mama p ambik balik, dok sana sat tau...tapi Mrhubby x tau, Kalau x jenuh aku nak explen kat dia...aku katalah duit tu aku simpan masa aku kerja kat tempat lama dulu.xpa tipu Sunat demi Family Ma... Duit Mrhubby aku pulak dah habis kat gril dengan bayaran kat bandaran, TNB termasuklah Kenduri Kesyukuran masa raya aji hari tu.
Rumah Lama
Kadang-kadang rindu juga pada rumah lama...Walaupun buruk dan bekas orang pulak tu, tapi Seribu Erti Kehidupan aku kat umah tu..di mana kat situlah aku merasai kehidupan sebagai seorang Ibu, seorang Isteri dan seorang Jiran.. memang tersimpul sebagai satu kenangan abadi... rumah baru patot dicoretkan dengan sesuatu yang menceriakan (Kali nie , aku berjiran dengan DOC pulak) semoga anak Bongsuku menjadi seorang DOC seperti Jiran Baruku. Amin
Azam Baru Tahun 2010
Azam pada tahun baru ini adalah untuk menahan rasa marah,dan Kalau gaduh dengan Mrhubby pun xnak bersuara merdu aku tu terkeluar( al-maklumlah sekali aku gaduh dengan MRhubby , 1 Qrts dengar) , mengurangkan complain, blaming & excuses(kan kena Drive pagi2) dan perlu belajar untuk menjadi seorang yang lebih rasional dengan mengetepikan segala perasaan dan emosi negatif yang kadang-kadang tak dapat di elakkan, maka aku bertekad untuk terus menguatkan azam dan semangat itu, dan Aku akan bersabar sesabar –sabarnya untuk mendidik anak2 ku menjadi orang yang berjaya. Aku Juga akan Menjadi seorang yang kuat , dan tidak mengikut Mood “Bangun Lewatku itu”. Buang Jauh2 Peragai Buruk tu, Cik Atie Oiiiii!!!!!!!!!!!!!!!Aku cuba mencari segala kebaikannya pada rumah baru ini,
Rumah Baru = Rumah Lama
Ada satu yang aku suka pada rumah baru kerana PERSAMAAN DENGAN umah lama ...suara azan sangat jelas dan kuat , terus terjaga dengar orang mengaji dan azan...see, banyak hikmahnya Kalau Time Maghrib selalunya suara Budak lelaki akan Laugkan azan…sayu je hati dengar. Dulu masa kat Qrts rumah ku berdepan dengan Masjid dan boleh kedengaran Azan , la nie umah ku dekat dengan Surau dan dalam masa terdekat nie, Masjid pulak nak di bina belakang Umah baru …alhamdulilah..walaupun aku x sekuat mana agama..tapi Kedengaran Azan , membuatkan aku x lupa Pada Yang Maha Esa. Dan teliga anak2 ku dengar Laugan Kalimah Allah sentiasa.
Aku percaya pada janji Dia, selepas segala kesulitan pasti ada kesenangan. Tahun baru ini pasti menggamit sebuah memori yang sukar aku bayangkan dan menuntut sebuah pengorbanan yang merangkumi tenaga, peruntukan masa, wang dan gugatan emosi yang seharusnya diselenggarakan dengan betol dengan bantuan kesabaran. hanya dengan ujian dan cabaran inilah, yang akan menjadikan kita lebih matang dan cekal..aku cuba lebih optimis walau kadang-kadang agak sinis pada diri sendiri... Aku hanya perlukan satu untuk melawan semua itu... SABAR! yup..aku perlu belajar supaya dapat bersabar dengan lebih banyak, dapat tersenyum walau tengah berduka, dan dapat mengawal amarah.

Azam Aku tahun 2010 :

Hidup Bukan Hanya Untuk Bersuka Ria,

Hidup Perlukan Kerja Keras..

 

blogger templates | Make Money Online