Tuesday, August 18, 2009

~..H1N1..~~



Entry nie , adalah entry basi yang aku nak critakan jgk…


almaklumlah sekarang nie tengh heboh pasal H1N1…
Bermula pada minggu lepas, ari selasa, pengasuh anak aku aka “Umie” kena deman selsema…so pada esk kan harinya aku ambil keputusan ambik cuti , sebab nak jaga sayang(takut berjangkit sama)… Hari Rabu , mcm biasalah kan pasar malam kat Kangar..so lps hubby aku balik je dari kerja , aku terus ajak p …sebabnya aku malas masak kerana jaga anak sehari suntuk
( bertuah punya mak ..anak di persalahkan).
So bila sampai je kat pasar malam , geng2 prostar negeri Perlis tengah mengedarkan risalah psal H1N1..just ambik je ..kan free…himpun banyak2 leps tu boleh jual…ha..ha…Masa kat pasar mlm tu la , aku rasa badan aku dh mula serang panas sejuk…tapi aku x ambik port pun sebab nak jaln2 punya pasal…Just beli bihun goreng je(adaka patut) … n air soya..


keesokkan pagi( hari khamis)…


rasa badan dah mengelatar …anak stail aku x hantar sebab “umie” x berapa nak chat lagi… aku gagahkan jugak siapkan makanan…kat sayang…akhirnya kami dua beranak tumbang sebab badan x berapa nak chat. Aku phone MRHubby suruh balik tengok anak… sebab aku bab2 deman nie serender sikit..x tau nak rasa. So MRHubby aku balik tengahari , belikan nasi dgn lauk sebab aku x berapa nak larat dah… tinggallah kami dua beranak, sebab MRHubby x leh Halfday…masa tu , aku rasa mcm nak ngis pun ada…tapi sebab anak aku gagah jugak..bangun buat susu dan tidurkan sayang.. Dalam kol 4.30 ptg,sepatutnya kol 5.00 ptg baru habis kerja, MRhubby balik..sbab dia x sampai hati nak biarkan bini & anak dia kebongkang di rumah…Mrhubby suruh aku bersiap p Klinik ..dengan ambik kunci rumah baru…( ha, setiap kali sakit, mesti aku akan dapat kunci)….lps siap ambik kunci..aku n hubby terus ke klinik..Penuh…so terpaksalah boking untuk kol 8.00mlm , sebab ptg dah x ambik patient dh…balik rumah dulu..


anak , mrhubby ambik alih mengasuh, buat susu & jelum anak kesayangannya. Al-maklumlah “anak bapak”. Anak aku pun apa lagi..bukan main sukalah…daripada asyik meregek, boleh siap main2 guling2 atas tilam dengan bapak dia.. Lps mahgrib , kami p ke klinik Faizah..aku kena No 1.. lps tu aku tengok berderet2 semua masuk klinik…siap pakai topeng muka lagi.. aku masuk dgn qashrina so aku kena cheak suhu 39.3 tinggi tu…qashrina pulak 38.9 ..so apa lagi..doc Tanya “ada kamu rasa simptem2 x..” aku jawablah “ batuk je”..Doc “ saya kasi ubat, kalau rasa sesak nafas , p hospital”. Kamu dgn anak kamu xleh p tempat Umum…kuaritim kat umah.. saya bagi cuti untk esok.. sebab takut kamu kena penyakit tu…” sebab tinggi suhu kamu dh lebih…lgi pulak kamu pregnant..memang bahaya. Masa tu , aku dh x fakir lain dah.. Ya Allah, lindungilah anak ku ini.., biarlah aku sahaja yang menghadapinya seorang diri. Amin.
Alhamdulilah, sepanjang 3 hari kena kuaritin kat umah, tapi anak “umie” dia mengasuh balik( tupun sebab Umie kesian tengok aku) .start hari jumaat..deman aku dh kurang..Cuma stail lenguh2 badan je.. qashrina pulak x nak kebah2 deman dia(buatkan aku risau) bukan aku je Umie dia pun sama.…so Duit boleh di carikan , so aku n hubby tekad nak bawak qashrina p Mahsuri specialist centre..sebab deman x nak kebah2 jugak..walaupun dah setengah botol ubat deman dia telan. Sampai kat sna , doc pulak x ada..so apa lagi ..tempat dia di beranakkanlah aku n mr hubby tuju..kali nie, x jumpa doc rozmey ..al maklumlah jutawan…kali nie dia upah doc cina.. so kenalah dekat RM 50 keatas..kiranya 2 kali ganda harga ubat dia daripada doc faizah. Xpalah janji qashrina chat sudah.. la nie alhmdulilah..aku n qashrina dah chat dah…


*Peritnya kena kuaritin , mcm dok dlam penjara"

Wednesday, July 29, 2009

Entry Panjang... "betapa tidak bersabarnya aku"



Alhamdulillah.Allah berfirman;" Allah akan memberikan kelapangan setelah kesempitan. "Al-Thalaq : 7" Kerana sesungguhnya bersama kesukaran itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesukaran itu ada kemudahan. "Al-Insyirah : 5 - 6



Aku dan MRHUBBY menghadapi perbagai-bagai masalah , sebelum akhirnya kami dapat membuat pembelian rumah dalam usia yang di katakan agak muda gitu( perasan sikit). nie blog aku, aku punya sukalah....he..he...
Almaklumlah dengan aku yang berkeadaan sebegini( mak buyung) ..dengan Kes2 yang agak terlampau …sehinggakan aku rasakan pergolakan umah tangga aku akan berakhir dgn “P”.Namun alhamdulilah , akhirnya segala dugaan dan ujian ..Kami stail lagi sebagai Hubby & wife..walaupun kadang2 pergolakkan sering terjadi , mybe dari aku or hubby aku or orang luar ..entahlah..mybe masih muda pemikiran aku & hubby yang terlalu mengikut rentak egois masing2 yang kadang2 terlaluan ataupun aku sendiri takut untuk menghadapi peragai lama hubby aku yang mengamalkan “ King Control” sepanjang setahun perkahwinan …yang akhirnya aku juga terpaksa meredzokannya seandianya aku bergelar “J” ketika umurku baru memasuki 25 tahun jika ianya sudah tertulis.


Ah..tu cerita lama, sekarang aku nak buka cerita baru pulak…

Tahniah, buat geng2 PID yang bakal bergelar ibu buat kali pertama atau kali ke berapa pun..Rejeki…Sememangnya aku adalah ahli2 tersenarai dalam geng2 nie jugak..alhamdulilah nampaknya perut boyot aku pun dah menghitung waktu untuk meletup( dah x lama dah) … ohye …sebelum nie ada aku menceritakan tentang baby dlam perut ku… alhamdulilah aku akan mendapat Baby Perempuan…nampaknya orang dapur lagi…tahniah Kak Raihan “nampaknya Hajat PS tertunai jugak akhirnya” Cuma hajat MR Hubby je yang x tercapai wa..wa..wa …dia pun nak “Prince” jugak..tapi dapat "Princess" nak buat macam manakan…


Kuasa Allah…


Tapi Rejeki anaklah , aku & hubby dapat beli umah Baru yang aku wish2 kan selama nie…walaupun kecil ibarat kata Kak Raihan “Sekakang Kera” namun aku bersyukur sebabnya takat tu je MRhubby aku mampu sediakan , al-maklumlah kawasan perumahan di Perlis nie adalah terlalu HAZAB …semuanya mencecah PULUHAN RATUS RIBU mengalahkan Kuala Lumpur ...negeri kecik la katakan ..dah la tu , yang boleh beli rumah hanya berSTATUS TETAP SAHAJA..KONTRAK2 bo la layan ha( kata Pihak Bank La)….Area yang MRhubby beli adalah area Bintong..kawasan yang tengah membanggunglah katakan.. ( kiranyalah ). Dekat Dengan Umah Raja Muda Perlis...he..he..Moga2 aku dapatlah berbesan dengan Raja Muda he..he..Perasan Yang amat sangat x betul( hampir2 mereng agaknya Mama Qashrina nie)...


Semalam, Mrhubby dah selesaikan Deposit & Sain Grement dengan Pihak Bank.. Minggu depan sain surat loya dan boleh dapat kunci… Bertapa happynya MR Hubby aku,aku pun happy jugak almaklumlah selalu kena perli dengan MRS WIFE dia yang selalu cakap


“ Abang , orang xnak rumah yang jamban dia bekas orang lain paham”


(maksud ayat aku “ Kalau beli rumah , biarlah rumah Baru bukan Secondhand”) . Dahlah tu, Qrts yang aku duduk la nie..dah mula bocor sana sini.. Tiap kali ujan, jangan ceritalah …air bertakung kat siling boleh jadi peta bila kering ..bayangkanlah sendiri , macam mana…


Lepas nie, MRHubby & aku kena Korek duit…( Bukan duit Qashrina) ..untuk buat pemasangan gril, sebabnya di kawasan tu , x bayak sangat penduduk .Lagipun untuk keselamatan, Kabinet Dapur???? tengoklah kalau ada Budjet..almaklumlah nak meletup pun pakai duit jugak nie .. (ambik aura dari dapur Kak Raihan pun Jadilah). Tapi apa2 pun aku bersyukur sangat2.sebab Tertunai Hasrat aku nak beli rumah sebelum umurku 30 tahun..amin.. Kereta pun dah beli..motor pun dah beli..lepas nie apa pulak target aku ye… oh ye..Duit pembayaran bulan Rumah di tanggung bersama oleh Kami Laki Bini… (note to: Qashrina) .. Ingat tu sayang...Kalau abah nak kahwin lain, Rumah tu Hak mama jugak tau...xpayah bagi Bini Muda abah duduk dalam Rumah tu. ada Faham.

Aku bersyukur dan sangat terharu. Allah menguji kami, sehinggakan kadangkala saya merasakan aku mcam memaksa MRhubby , keputusan yang salah membeli rumah dalam tempoh terlalu muda untuk menanggung Hutang dan fikiran ku yang masih kebudakkan,(sebab Jeles tengok , Kak Raihan, Kak Ida( ex-kupang) , Iera dah ada Rumah baru , tapi aku hanya duduk rumah berQRTS sahaja... namun, diberinya juga kebaikan (betapa tidak bersabarnya aku...betapa lemahnya aku sebagai hambaNya).Dengan adanya rumah baru, semoga Semangat baru akan hadir dalam hidup aku sekeluarga, InsyaAllah. Moga Allah memudahkan urusan kami.

Tuesday, June 23, 2009

MAMA QASHRINA SUKA SANGAT!!!!!!!!!!!!!!!!!.

kENAPA MAMA QASHRINA HAPPY BECOUSE ENTRY KT BAWAH NIE...
Sunday, June 21, 2009

The Winner
Setelah mendapat khidmat nasihat dari pakar perunding..Maka ni ler keputusan untuk contest TBL Week 3 yg lepas...
Hadiah juga sudah berubah..
Komen 1 - Komen 3 Terbaik akan menerima BROOCH sumbangan broochbizz
1- Ezza_Arissa
2- Miss Reen
3- Ugly Duckling
Komen-komen saguhati akan menerima CUTE COUPLE PHONECHAIN juga sumbangan dari broochbizz
1- posh76
2- mama qashrina
3- aliyahariz
4- gerbera
SENARAI-SENARAI DI ATAS.. SILA TINGGALKAN NAMA PENUH DAN ALAMAT ANDA DI RUANGAN KOMEN BAGI POST INI..HADIAH AKAN DIPOSKAN SELEWAT-LEWATNYA MINGGU HADAPAN..Terima kasih atas semua komen yang membina...

macam Menang "Miss World gitu"

*SEE, MAMA QASHRINA MENANG, JUST SAGUHATI..KIRANYA MENANG JUGAKLAH TU...HE..HE...

Friday, October 24, 2008

Berita Yang Mengemparkan..

Semalam 23 oct, kat tv3 jam 8 malm tajuk berita kakitangan awam yang sedang berkhidmat secara kontrak mungkin terpaksa ditamatkan perkhidmatan menjelang akhir tahun ini, Ya Allah macam nk lucut jantung aku dengar berita tuMySpace...so pagi nie cepat-cepat aku buka online paper , paling cepat update kosmo online http://www.kosmo.com.my/ so nie la buktinya... MySpace

MySpaceNasib 50,000 pekerja kontrak jadi persoalan

KUALA LUMPUR - Sebahagian daripada kira-kira 50,000 kakitangan awam yang sedang berkhidmat secara kontrak mungkin terpaksa ditamatkan perkhidmatan menjelang akhir tahun ini berikutan kekangan kewangan, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman.
Mereka adalah kakitangan yang kontraknya disambungkan dari setahun ke setahun, yang berkhidmat di semua jabatan dan kementerian di seluruh negara, tidak menikmati kemudahan seperti yang diterima kakitangan awam tetap, tetapi melakukan tugas yang sama.
Omar memberitahu Bernama, Cuepacs tidak boleh menerima alasan kekangan kewangan untuk menamatkan perkhidmatan mereka, kerana kerajaan dilihat masih mampu mengekalkan perkhidmatan golongan ini.
Cuepacs, katanya telah menghantar rayuan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengekalkan kakitangan ini, yang kebanyakannya telah berkhidmat sehingga lebih 20 tahun.
"Cuepacs telah mencadangkan sama ada JPA mengambil semula pekerja ini atau menyerap mereka ke dalam kedudukan tetap," kata Omar.
MySpace Kenapalah kerajaan sangup , buat macam nie kat Rakyat Malaysia.. x fikir ke kalau anak bini depa kena macm tu, apa yang depa rasa...Kalaulah betul nampaknya PID pun kena tutuplah...hbis anak bini nak makan apa....
Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menempuh dugaan ini.

 

blogger templates | Make Money Online