Tuesday, June 8, 2010

Sebab apa PN Mama MC Semalam

Salam Bersiaran di pagi Selasa, Wah Rindunya dengan Komputer Lusuh PID dan Internet lembab Macam Kura-kura laju ini…Kerana Semalam Pn Mama telah bercuti Iyer, emergency left, EL Iyerlah Tu , kalau korang perasan memang Pn Mama xde online pun Facebook Time Kerja je Pn Mama On FB …Al maklumlah Weekend Pn Mama bukannya ada “Beruk “ Mak yeh" tu ,.
Ada je Laptop tapi , nak buat apa x leh Online…

Semalam Pn Mama sibuk menjaga Adik , anak no 2 Pn Mama Yang tak sihat, Jam 3 Pagi, adik tiba-tiba merengek… Ingatkan panas ke pa…rupannya kawan deman Rindu, kat Boyfriend dia, nnti bila senang Pn Mama Story Lain Iyer…Adik Terus merengek sampailah ke pagi… Kol 7 Pagi, Akak terus jaga dari tidur, mintak susu…Pn Mama pun Bancuhlah… Lepas je minum ..terus akak Batuk, lantas ter MUNTAH …habis keluar susu yang di minum tadi… Pn Mama Pun nak termuntah, tapi Caver ye…malu depan anak… Selama nie , akak x pernah muntah macam tu… Busuk Haruman wangi sewanginya ko….Kes Ini En Abah dah lari ok... dia lagilah x sanggup ...

Basuh akak, salin baju…terus Pecut kereta ke Umah Umie..al maklumlah dah kol 7.45 , x keluar umah lagi… adik dok merengek lagi… tapi pasang je aircond, senyap je ..nak lena…keluar dari umah Umie … kat Traffic light nak menuju ke Umah Pengasuh adik iaitu “Mak ToK”, terus adik Bagi Hadiah kat Pn Mama, ambik ko…selambak haruman susu masam ter MUNTAH keluar dari mulut adik.

Dalam hati Pn Mama , dok fakir…Kalau Pn Mama hantar ..Automatic Pn Mama akan bawak kusyen Adik yang penuh muntah ke Tempat kerja , dari Kol 8.30 sehingga Kol 5 ptg ..habis berbau nanti… x leh jadi Kena MC ari ini… Basuh semua Muntah anak…Toto lagi… sampai umah terus Basuhkan adik…bagi ubat Deman dan terus buaikan adik sampai lena… Time adik lenalah operasi basuh Muntahan pun bermula dengan Basuh Toto pakai Mesin basuh…lepas tu Kusyen car seat adik … Nasib baik x ujan…kalau x , x taulah Pn mama nak jemur tang mana….

Dengan Rasminya Semalam Pn Mama pun MC, Bila Petang…Pn Mama ajak En Abah ke Hair Salon …nak Potong Rambut adik..tebal sangat.. Kena lah RM 2 kat Taman Sena , sebabnya nak p ambik akak… sambil lalu orang kata… bukan Pn Mama kata,

Oh Iyer, tentang akak pulak, selalu kalau aku balik kampung ke..p mana-mana ke yang paling tension p klinik…orang mesti tegur tentang akak yang kecil molek mcam x cukup Zat, Pn Mama… so Pn Mama suruh En Abah belikan Vitamin Appeton …mudahan makin bertambah selera makan akak ..Lebih2 akak nmpk semakin kurus Kerana Kebuasan Aktif Terlebih …huhuhu Bukan Pn Mama x kasi makan Iyer…Nak tengok akak jadi macam anak MR …si Mecah tu….rasa mcam nak cubit2 je lengan dia…
Tapi syukur alhamdulillah, Adik demam sehari je…Al maklumlah x jumpa Pakwe sebab x p umah Mak tok… Fuh lega sangat. Now kedua2 anak Pn Mama dh sembuh dan dah boleh bermain macam biasa.Akak Pun Start makan Vitamin nie…asyik mintak makan je..pantang Pn Mama n En Abah buka Peti ais …ada benda je nak ambik makan…

Dan Pn Mama pun dah start menjerit sana sini…hehehe…*biasalah anak2 ektip kan* so mak bapak pun kena ektip gak..hehehe


Pic adik ..a.K.a Si debab Pn Mama...


Tuesday, January 5, 2010

Apa Kat Badan Uzma Irdina Ye…. Apa Tu?

Pada mulanya, mama ingatkan kotor ke daki ke xpun Lebamka…

Almaklumlah …Beranak tempat x special Langsung..(ye la , kat kaki mama ada darah …Nurse kat situ x cuci langsung, Last Tok Mama yang sucikan…Pad pun kena tukar sendiri… X sama macam Beranak kat Qashrina..semuanya nurse sana uruskan…kita just bagi body je…So mama pun lap –lap ….siap tonyoh dengan minyak lagi..kot2 hilang ..Kalau lebam , mintak2 akan surut dengan cepatnya…. Lama kelamaan , bila masuk 1Minggu baru perasan, rupa-rupanya itu tanda lahir Uzma, tanda tu kian ari kelihatan Besar la pulak , Bila dah masuk 3 Bulan nie Tanda tu dah menghilang sedikit Demi sedikit. ..nasib baik kat badan, kalau kat "MUKA"…tentunya anak Dara yang seorang nie xxxxx$$$$**@@!!!*** ????????????….xnak simpang Malikat 44…
Anak Mama yang nie pun Lawa Jugak ..Kalau Kakak Dia RM 50k *****, yang nie pun sama jugak…RM50K*****.
Ada Berani????????
..
Sila la kumpul Wang banyak2 ye…x termasuk perbelanjaan yang lain…he..he…


Fakta Tentang Tanda Lahir:
Kata Orang Tua-Tua: Tanda tu jadi, Masa Ibunya mengandung..si ayah @ si Ibu telah membuat sesuatu..dan sebagai Balasannya…Tanda tu dapat kat anak yang di kandungnya..Nahuzubillah…
Kata Kajian Sains Pulak: Sumber:Berita Harian
Apa dia tanda lahir ?
SECARA umum, tanda lahir pada bayi yang baru dilahirkan bukan masalah besar. Ia jarang berlaku tetapi mungkin mengejutkan ibu bapa yang selama ini tidak pernah terfikir, bayi mereka lahir dengan tanda di leher, muka atau belakang tengkuk.
Tanda lahir boleh terjadi sebelum dia dilahirkan atau selepas kelahiran. Sebenarnya tidak ada cara menghalang tanda lahir. Ia juga bukan disebabkan genetik tetapi bagaimana ia terjadi tidak dapat dipastikan secara khusus.
Kebanyakan tanda lahir akan hilang apabila kanak-kanak berusia lima atau sembilan tahun tetapi ada juga tanda lahir yang bersifat dramatik dan menyebabkan masalah kosmetik dan kemungkinan ia adalah tanda barah.
Jenis tanda lahir
1) Tanda lahir merah
Ia disebabkan salur darah yang berada dekat dengan permukaan kulit. Ia juga dikenali sebagai ‘vascular birthmarks’ (tanda lahir vaskular). Tanda lahir jenis ini boleh dibahagikan kepada dua jenis; macular dan hemangioma.
*Macular - Ia juga dikenali sebagai ‘stork bite kisses’. Ia biasanya muncul di belakang tengkuk dan sangat biasa bagi bayi baru lahir. Tanda lahir begini tidak memerlukan rawatan khusus kerana pada kebiasaannya ia akan hilang dengan sendirinya.
*Hemangiomas
- boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Satu daripadanya ‘strawberry hemangioma’. Tanda lahir ini selalunya berwarna merah cerah dan kelihatan menonjol pada permukaan kulit. Ada sesetengah ‘strawberry hemangiomas’ akan hilang dengan sendirinya apabila kanak-kanak itu mencecah usia lima tahun. Tetapi kebanyakan strawberry hemangiomas akan hilang pada usia sembilan tahun.Satu lagi jenis hemangioma yang kelihatan di bawah kulit. Ia dikenali sebagai ‘cavernous hemangioma’. Warnanya agak berlainan dan ia tidak boleh hilang dengan sendirinya.Port-Wine Stains - satu lagi jenis hemangiomas. Ia tidak tertonjol atau tidak berada di bahagian dalam kulit. Port-wine stain biasanya berwarna seakan-akan ungu bercampur merah atau merah gelap. Ia biasanya kelihatan di bahagian tengkuk atau muka.
2) Tanda lahir pigmen
Ia merujuk kepada sebahagian kecil kulit yang warnanya berbeza dengan warna kulit dominan. Tanda lahir ini juga selalu dirujuk sebagai ‘cafe-au-lait’ kerana selalunya ia lebih gelap dari kulit dominan. (Adik Dalam kes nie ka???)
Tanda lahir begini kadang kala boleh dikaitkan dengan penyakit keturunan yang menyebabkan pertumbuhan tisu saraf. Jika tanda begini kelihatan pada anak anda, pertimbangkan untuk membawanya berjumpa pakar. (erkkkk??)
Satu lagi tanda lahir yang lebih dikenali sebagai tahi lalat. Tahi lalat muncul selepas bayi dilahirkan dan selalunya ia tidak mengundang masalah. Tetapi jika ia membesar, kemungkinan ia adalah tanda barah.
Kaedah Rawatan
Jika tidak mendatangkan sebarang masalah, tanda lahir sebenarnya tidak perlu dibuang. Tetapi jika ibu bapa berpendapat sebaliknya, kebanyakan pengamal perubatan mengakui program rawatan biasanya lebih berkesan ketika masih kanak-kanak. Bagaimana pun ia bergantung kepada usia pesakit, saiz tanda lahir dan kedudukannya.
Amalan biasanya yang dilakukan adalah dengan rawatan laser. Bagi kebanyakan tanda lahir seperti hemangiomas dan port wine stain misalnya boleh dirawat menggunakan rawatan laser, Intense Pulsed Light (IPL) yang menawarkan kesan lebih baik dan kekal.
Kaedah rawatan ini biasanya akan mengenal pasti saluran darah yang mengembang di bawah permukaan kulit bagi menghapuskan akar tanda lahir. Ia tidak menyakitkan dan hanya mengambil masa sekitar 30 minit dan kadang kala rawatan susulan diperlukan.

 

blogger templates | Make Money Online