Thursday, March 11, 2010

ATTEND RETREAT PID 2010 & MESYUARAT TAHUNAN DI LEGEND RESORT HOTEL CHERATING KUANTAN PAHANG … 05-07 MAC 2010 …

Hari minggu yang pertama bagi bulan Mac 2010…mama terpaksa meninggalkan anak dan suami tercinta untuk attend kursus anjuran KPKK ( mama punya Bos Besarlah)…he..he…mcam yg entry sebelum ini..mama memang berat ati nak pergi..almaklumlah dengan poket yang hanya tinggal nyawa-nyawa ikan dan keberatan meninggalkan tuan puteri mama yang koin montel + debab tu..he..he…kak Deq pun…nak jadi macam adik dah… montel + debab ..he..he… Alhamdulilah…mama selamat pergi ke Pahang dan selamat sampai ke Perlis ..he…he…Lagipun abah hulurkan dana untuk mama pergi kursus…lagilah mama suka …n abah jugak yang hulurkan dana untuk tiket bas n perbelanjaan mama di sana…thank you honey..i lap u…he..he…

Cerita pasal kursus ….

Attend kursus tahunan sekali ngan meeting PID...tahun lepas 2009 di Teluk Batik Lumut Perak, kali nie di Cherating Pahang…Best …semuanya mama puas hati sangat2..makan, bilik , aktiviti..yang paling penting kali nie mama x beli baju untuk dinner ok…BBQ dinner..ha..ha…lawak..xpasal2 duit mama terbang sebab x bawak baju…mama mcam biasalah…Karaoke lah time BBQ dinner …almaklumlah nak jadi penyanyi x ada bakat…takat mama suka nyayi bolehlah …lagipun abah xada..so mama enjoylah..walaupun mama sedar hujan akan turun kalau mama nyanyi lebih dari 1 lagu..he..kali nie mama nyanyi dgn nina, noor n ana..lagu aspalla…he..he…to abah…lepas nie beli set karaoke untuk mama iyer sempena anniversary yg ke 3 he..he..…mama nak melalak kat umah..he..he..i suka…

Perjalanan ke Cherating, mama pergi kali nie dengan bas express la pulak..dengan Tim , Pak Jang

( Faizan) dan Shaheran …Kami bertiga naik bas dari Shahab Perdana Alor Star ke Kuantan Pahang naik Bas Kesatuan..he..he…Bas bertolak dari kol 9mlm..Macam biasalah abah yang hantar…tengok2 bas…abah terus dengan mulut celuparnya…”boleh sampai ke nie”…al maklumlah bas old style he..he…tapi bahagian dalam ok..luas bersih…itulah abah don’t read in caver ..ok.. Perjalanan yang lama , membuatkan mama memang bosan teramat2…asyik tidur , makan …sampaikan mama rasa menyampah nak naik bas dah lepas nie.. bertolak dari kol 9malm pada malam khamis, sampai kuantan kol 9.30pgi pada pagi jumaat…jumpa abg Zam dan Jan kat sana…depa naik bas lain..tapi time balik naik bas yang sama..he..he…kiranya abg zamlah jadi ketua rombongan..geng utara.Lepas makan kt kedai mamak..apa lagi naik bas Harian untuk ke The Legend hotel…tambang …baru RM 4.50..kalau naik teksi RM 60 sebuah..rasanya mcm masuk explorers la pulak…dengan beg besar ..tapi best..


sampai hotel...dgn muka baru bagun tidur.


Hari pertama

Mama sebilik dengn ana ( Marianah Pid Tenom..) bilik mama adalah 208 he..he…best sebab kali nie mama x dapat katil cokia dah…bilik mama betul2 mengadap function Hall( mama punya tempat meeting lah) ..he..he …bilik mama tingkat 1..so kena turun tangga, xpun turun lift sebb nak p sana.. x yah jalan jauh-jauh…tempat makan pun sana..bilik meeting mama namanya NAGASARI…nasib baik xada NAGA dalam bilik tu…Hari ini just bincang halatuju PID, SKT dengan pengenalan kementerian baru bentang pasal SKT PID masing-masing… itu sahaja , mama dapat Nametag n beg he..he..bukan 1 tapi 2 tau ..from telekom .


kak Rahimah (PID Yan) , Tim (PID K.Nerang) , Mama, Ana (PID Tenom)


Hari Kedua (submarine)

Salah satu agenda yang ditunggu-tunggu oleh kami ketika di Cherating,al maklumlah asyik dok dalam hotel je kan… so kali nie lawatan lah pulak…tempat Internet di sambungkan dgn dunia luar Stesen Kabel Dasar Laut TM..he..he…oleh sebb xada transport besar macam Van @ Bas…terpaksalah berkongsi2 kenderaan ..mama naik dengan EN NIK Ariffudin Orang Maxis..best oiii kereta dia..semuanya aoutomatik..cangih…pintu pun tutup dgn sendiri… xpayah nak tarik2 , macam kereta biasa…oleh sebab mama jakun xprnah naik..so dengan selambanya mama pun tariklah pintu nak tutup , kereta tu ala-ala ezora gitu… tiba-tiba en Maz malik kata …xpayah tarik dia automatic…malunya..macam nk sorok je..bawah kerusi…patutlah mama tarik x gerak2 pintu tu…malu…


Sample fiber optical( bukan anugerah Oscar iyer)


Fiber optik yang berharga USD 1juta.benda nielah yang menyambungkan internet , dia dok di dasar laut...

Dah abis sesi lawatan dan taklimat.. best tempat dia sejuk…dah la tu privacy …siap kena tulis nama lagi… mcam rombongan sekolah lah pulak…nasib baik x pakai uniform sekolah kalau x ..mesti ada yang pengsan..di buatnya..no photo bila masuk dalam bilik cabel..so x leh lah bergambar…hanya dalam bilik taklimat je lah.

dalam bilik taklimat

ada lagi menarik..hhuhuh..nasi dagang dorang hidangkan sangat sedap(mama Nampak je lah) mama x makan al maklumlah tadi lunch melantak x ingat dunia…so perut dh pack ..xleh isi dah…ruginya…mama just makan pudding santan n sata..tupun sebab mama xpernah makan…dengan muka x tahu malu mama Tanya kak Laila (WG) isi apa iyer???. Nasib baik kak Laila Respon “ Isi Ikan + tepung”sedap.. try 1…mulut x leh nak telan sebab benda barukan…mama makan bihun goreng.tapi sikit je..ambil rasa je..kawan-kawan mama yang lain nampak gaya semua muka ceria je..mesti sedap jugak kan kan..kan..ada satar,kopok lekor,bihun..byk gak makanan..cuma x larat nak makan..banyak…balik hotel pulak aku naik kereta dengan GENG DETOX PID…jagn marah…nasib baik aku kecik…sampai hotel je ana ..ajak terjun poll..pada mulanya memang mama x nak ..al maklumlah segan..tapi dalam hati nak sangat2…mcam kera kena belacan..ha..ha…dah ada geng ,apa lagi terjun je la..tunjukkan skill yang dah lama terpendam…


Malam BBQ Dinner…& Penyampaian Sijil

dapat pengiktirafan...mama p kursus ok...bukan p jalan-jalan

Mama pun apa lagi..time tu Karaoke la he..he.. nyanyi lagu aspalla nyanyian Apek… mama bukan nyanyi sorang-sorang tapi 4 orang..he..he..kali nie mama x sempat snap gambar sijil mcam tahun lepas sebabnya sijil mama wrong nama…so tunggu je lah si Khairil sayang tu buat lain…he,,he…Malam tu jugak mama menang kuiz, telekom..hadiah yang mama dapat adalah T-shirt Telekom saiz XL..memang sesuai untuk Abah..jimat duit mama..sebab ole-oleh untuk abah dah ada, Cuma esok dari untuk anak-anak n adik-adik mama lah pulak. Geng perak ajak ke Pantai untuk Tangkap gambar lah pulak..he..he.


Hari Ketiga

Start meeting tahunan PID membincangkan beberapa agenda yang baru dan yang tertangguh tahun lepas...akhir sekali sesi bergambar...

Mama n Geng Peneng..termasuklah Tim..sewa teksi 2 buah sebabnya kami 6 orang pergi jalan-jalan sekitar cherating…3 pantai mama pergi..yang last mama pergi pantai teluk cempedak..best ada KFC n MCD lagi…mama belikan t-shirt untuk adik2 mama n anak-anak mama..sampai kat terminal kuantan, mama melantak dulu..tu pun bukanya di kira lunch sebab dah kol 4 he..he..lepas melantak ke SUA Rasa program TV 9 . apa lagi shopping la..mama beli t-shirt untuk mama, Jam untuk mama ala 5 ringgit je.. n beli potato chip untuk anak2 n abah …sebab suka makan..he,,he…itu je la lah mama sempat beli..lagipun duit dah kurang…mama naik bas kol 9mlm sampai ke alor star kol 6.40 pagi..


tamat…jumpa tahun depan..di tempat lain pulak… doa iyer kawan-kawan agar kita di TETAPKAN ..kalau x tahun nie..inyakallah tahun depan pun ok gak… tapi kalau boleh nak HARI INI di tetapkan..he..he..

Wednesday, March 3, 2010

KENA PERGI KURSUS

Kursus ni memang wajib kepada semua staff PID 1 Malaysia termasuklah Sabah & Serawak termasuk lah dengan aku sekali...

Selama 3hari 2 malam mulai 05 hingga 07 Mac ini aku kena gi kursus di Cherating Pahang . Tempat aku kursus merangkap penginapan adalah hotel legend Cherating…



bagi orang lain adalah best sangat2kan..sebab Cherating

tapi bagi aku …adalah dengan ini, aku xada hati langsung nak pergi… rasa pulak serba-salah, kalau tak pergi kursus tu ianya di “WAJIBKAN” entah..kalau dulu pantang di sebut kursus..aku lah yang paling Happy sangat2 sampaikan hal peribadie pun aku letak Tepi…memang sewel aku di kala itu…tapi sekarang…aku rasakan berat je nak pergi..nak isi baju dalam beg(termasuklah baju dalam & seluar dalam)…Iyer jika yang lain (Terutama geng PID) memanglah xada hati nak pergi Sbb SKT dan Laporan Tahunan , tapi bagi aku pulak…xpayah nak risau itu semua, sebbnya NIK( MY BIG BOSS) dah siapkan awal2 lagi …..biasalah org pro kan…pejam mata je..tup2 dah siap binding lagi …aku just baca je..bukan apa , nnti kalau buat presentation aku la kena…ala baca je lah..he..he…Malu tolak tepi…he..he… Sebenarnya aku lama x travel ke kursus nie..yang last pun tahun lepas kursus kat Teluk Batik…masa tu anak sorang..xrasa sangat…nie anak dah dua..terasalah pulak nak tinggalkan mereka walaupun dok dengan Mak aku..bukan MIL aku..tapi aku memang xada hati nak pergi….ha…kenapa dgn aku nie ha…nak tinggal kat laki aku….xleh…laki aku x lulus ujian…ha..ha…nnti bertambah lah botak laki aku tu..



Istilah Kursus Bagi aku:
Kursus adalah sesuatu perkara yang mampu menyeronokkan atau membosankan. Sebagai salah seorang penjawat awam( aku ke Tu) , kursus amat diperlukan bagi memastikan tahap kecekapan bertambah. Bila cerita tentang kursus memang berbagai ragam yang boleh berlaku. Antaranya ialah :-

#Mesti nak duduk tempat belakang sekali..lagi best jika duduk pulak di belakang Kawan yang Tinggi… Nak terlindung dari penceramah. Risiko untuk disoal kurang berbanding peserta di depan sekali.. Boleh cari port nak tidur @ main sms he..he..

#Bila ditanya oleh penceramah dengan soalan ini ‘ Ada apa-apa soalan ‘. Semua membisu. Samada faham atau tidak hanya mereka yang mengetahuinya. Tapi berdasarkan pengalaman sekiranya tiada soalan peratusan pemahaman sebenar agak rendah. Betul tak?? Tapi bila di hulurkan kertas soal selidik…semuanya tanda ikut suka..he..he..

#Paling Best, jika kursus itu di benarkan ON Laptop + Internet…Penceramah cakap sorang2 , peserta asyik layan Fb, Ym dan Blog he..he…

# Di atas meja di letakan semangkuk gula-gula, bukan apa buat hilang rasa mengantuk…ada tu yang bawak bekal dari rumah (akulah tu) kalau group tu habis gula2 sanggup cilok dari group lain..he…he..

#Datang kelas sikit punya lambat. Lenggang lenggok je, tapi bila waktu makan dialah yang pertama sekali memegang pinggan.. Ada sesiapa terasa tak??

# Kalau kursus takde makan-makan yang best + sedap mesti merungut. Kena plak yang kena jalan jauh nak ke sana. Bengkek je rasa..malam akhir kena ada BBQ
( Wajib) siap ada karaoke lagi ..he..he..

#. Penceramah tak mari. Bercakap pun cam dengar tak dengar. Lepas tu ayat skema semacam je.. Mau je sorongkan bantal kat kepala..

# Peserta-peserta sebaya dgn kita tak mari @ kita duduk semeja dengan bukan geng kita(sekepala) .. pandang kiri kanan depan belakang semua yang veteran-veteran dan anda yang paling muda.. Kalau boleh ajak berborak takpe juga .. Ni semua serius cam robot je..mulah lah nak jadi MR BEAN.

# Mata tak berapa nak nampak? Tapi bersilau je biji mata pandang baju + akseseri kawan2 lepas tu mulah gossip…dia beli baju barulah..he..he…kasut dia made in mana ha…

Okay cukuplah setakat ini . Mungkin anda ada situasi lain di kursus yang boleh dijadikan kenangan.. Kongsikan di sini..

Thursday, April 2, 2009

Cerita dah Lapuk Dah...tapi hari nie ja Free nak bubuh jugak.

utk ari nie aku nak ceritalah sikit sal kursus di Peneng Beach Hotel area2 Tanjung Tokong . kursus ni start 05/03/09 hingga 08/03/09.. tapi 09/03/2009 pulak cuti Maulidur Rasul .4 hari 3 malam.Tapi kali nie aku x drive , tapi Hubby aku yang Drive...al-maklumlah kali nie aku kena p sorang2 Geng Utara ( bagi Geng Perempuanlah) sebab Tim( Pid K.Nerang) & Ida( Pid Bukit Kayu Hitam ) p awal 2 hari ..wa..wa..Kali nie kena bawak Komuniti..so Pid aku Bawak Din( sebab dia dok niaga E-Bay) Oleh sebab keletihan Drive dari Perak hari tu ,x hbis lagi so aku ugutlah Hubby aku" kalau abang sayang kat Orang(bahasa diri aku kat Hubby aku) , abang kena hantar p Kursus kat Peneng ..kalau x lepas kursus nie orang & anak x nak balik umah nie dah!!!!!!!!!!!!" ...he..he tengok bertapa jahatnya aku...Jawapan hubby aku" Oklah , esok abg abik cuti ye" ...yang sebenarnya hubby aku sememangnya ada hati nak p Peneng tu , almaklumlah ari tu x jadi...he..he...Lepas hantar anak , kat mak aku pagi tu kami bertolaklah 2 laki bini ke Peneng..., masa tu rasa macam nak p Haneymoon Ja..almaklumlah masa kahwin hari tu x sempat Haneymoon...he..he...perjalanan kami yang x habis dengan bertekak, gelak2 macam couple2, kami bertekak pasal jalan x kena , kami gelak sebab kalut cari duit nak bayar tol...he..he..he... Kami terus ikut peta yang Ktak Bagi..apa lagi terus ke Teluk Bahang la jawabnya oleh sebab jalan Batu Feringgi bekang bengkok , so aku x terpandanglah pulak Hotel tu di sebelah Kanan , bukannya kiri..apa lagi kami terus tanya orang...so yang jadi tukang tanya Hubby aku la...orang tu petua, " en kena patah balik cari taska ada Ultraman besar , sebelah tu ja Hotel dia...ha...ha...taska Ultraman... biar betul kt peneng pun ada taska nama macam tu...al maklumlah kami kat perlis nie semua nama tuan punya taska tu...paling top kat perlis " Taska syimah" sebab anak menteri pun hantar kat situ. Kami sampai hotel dlm kol 11.30 pagi... so apa lagi cheak inlah..bilik aku 3045 x salah lah...depan2 dengan laut, tapi bila pandang bawah ..bilik aku tingkat 3 ...buat tambah dosa ja ( swimming pool lah) ...Hubby aku apa lagi, Take the picture la, katanya Boss dia suka bab2 nie) Gatal... Hubby aku lagilah Gatal..... Lastnya aku suruh Dia p mandi n Tidur sat sementara Patner bilik aku x sampai lagi... aku sebilik dengan kak Zalia dalam listlah...tapi yang mai ketuk si Iera he.he..he...

ada cerita lain pulak dah....

Oleh sebab si Pn Iera baru ja melangkah ke alam Baru, ala alam pengantin baru...oppp dah suam2 suku...so si mek ni hanya tidur kat hotel hanya 1 malam saja...sebab belah hubby dia nak kenduri adik ipar dia( majlis bertandang kata orang)..Malam Iera balik Malam Sabtu , aku gagahkan jugak tidur sorang dalam bilik, alamak mata pulak x nak lelap macam mana nie... aku trylah buka tv...kot2 ada cerita best, tengok dok syok aku rasa ada bunyi dok ketuk cermin ..apa pulak , aku tingkat 3 la ...oh depa dok runtuh khemah kot. tadi kan ada Lady Dinner, "hari Wanita" , tiba2 tv dok tayang Rasukan Ablamka , x kecut perut aku... sebelah bilik pulak dok kik2 ada orang gelak siap tendang2 dinding lagi, Ya Allah...apa lagi cabut....aku p bilik noor ( pid Pagoh ) aku pun tidurlah sekatil dengan noor, so pagi ke 2 , aku terus phone hubby aku suruh dia mai teman aku untuk teman aku aku tidur ( ari sabtu tu) ...Oleh sebab sapa pun x tau plan aku( lagipun Iera dah cakap dah ala diam2 dah la) ...so aku diam2 je la...Tiba2 si Emi Wg suruh aku sebilik dengan Budak baru wg tu( ala yang berlagak tu) ...sebab Iera dah balik...x frast aku... Rupanya Emi dah tanya kak Raihan , so apa lagi Kak Raihan Cakap Hubby dia kot mai sebab dekat, aku x kisah tapi frastlah hubby aku sebab x leh tidur kat hotel & skoding minah2 mat salleh tu dok tayang body kat swimming pool....time aku p kelas... Time kol 1.50 ptg , aku dapat call katanya kak Linda sg pelek pulak dok dgn aku..sebab emi suruh..kak azrin kena balik sebab adik dia nak operation...selamat aku, daripada dok dengan Minah berlagak tu...jagan marah ye...

Esoknya...

Hubby aku pun sampai awal ke hotel sebab nak ambik aku..so aku suruhla hubby aku p masuk bilik dulu sambil rehat..yang sebenarnya aku dera hubby aku suruh simpan kain baju aku yang x sempat aku simpan mlm tadi..he..he...kutip apa yang patut...dalam kol 1 majlis pun habis, nik dah belah awal dalam kol 10.00 pagi lagi , aku n din ja dok tunggu kot2 ada sijil..hampeh.. Lepas cheak Out, aku pun ajak hubby makan kat cafe hotel , xla pulk satgi kot orang kata apa, Terus ke Gurney Plaza sebab nak beli baju Sayang...al-maklumlh p mana2 kursus buy to daughter. Rupanya hubby aku nak p Yu Nam hair Care...ha.ha...aku tanyalah macam mana abg tau ada kat sini, dia jawab " Internetlah" ... Kecik ja kedai dia, ingatlah besar... ala2 salun gitu tapi sales dia semua cina girls..lawa2 pulak tu...apa lagi ...layan....

Dalam Yu Nam...

Hubby ku kena scan, ala macam dalam Tv tu, cheak pun cheak rupanya hubby aku bukannya keturunan tapi di sebabkan kelemumur yang jenis hisap darah..tu yang koin dok jadi macam sukery Hashim tu... harga kalau nak elok balik dalam 7000 ribu tu...ha...kalau nk bagi mati kelemumur tu 3000 ribu sahaja.... Mahalnya... Hubby aku dengan Bangganya kata ok...lepas Triment yang Free , aku baru teringat , charge Hp aku tertinggal kat hotel..apa lagi aku phone paan la, kot2 dia stail lagi kat hotel..boleh dia ambik simpan.. alhamdulilah dia stail lagi...tapi charge tu dah x ada..wa..wa... Lepas siap kat Yu Nam , apa lagi

shopping baju anak la pulak..

Mahal baju Baby kat sana...Harga macam separuh gaji aku pun ada...Last p Parson la , jwabnya nasib baik tengah sale..so beli la sepasang kat Sayang.. habis shopping p mkan nasi kandar ..kat tepi Garney Plaza, tapi atas sikit... entah lupa pulak nama kedai tu..x sedap langsung..tapi sebab lapar telan saja. Oleh sebab dah malam, so segala papan tanda jalan pun dh nak kelam2, masa tula pulk kat simpang jln terjumpalah pulak bas Unimap , apa lagi Flow ja, sebab bas tu mesti nak balik Perlis kan.. Sampai kat Tol, aku ingatkan kena bayar sebab ari tu sampai ,kat bridge kat kena bayar..so aku ingatkan balik pun kenalah...dengan selambanya aku hulur duit RM 10 kat juru tol tu...dan dengan tersengeh2 juru tol hulur kat aku tiket tol...malu...Hubby aku boleh gelak kuat pulak tu...

Sampai di rumah dalam kol 11.00 Malm .. apa lagi tidurlah...

Thursday, February 19, 2009

teluk batik...mama kena kursus...

utk ari nie aku nak ceritalah sikit sal kusus di Teluk Batik Resort. kusus ni start 06/02/09 hingga 09/02/09.. 4 hari 3 malam.tapi aku p 07/02/2009 sebab KSU nak mai PID Aku..biasalah nak tengok bangunan yang dah nak runtuh...Semoga Pid Simpang Empat akan mendapat bangunan Baru...amin.....
Berbalik kepada kursus, oleh sebab KSU nak mai Pid Spg4 dan Pid Kuala Nerang , so pun kenalah p kursus lewat sebab nak kemaskan PID bagi lawa2 , walaupun nak runtuh namun stail lawa gitu....he..he... Oleh sebab En Nik x kisah aku nak p teluk batik awal @ lewat @ lepas KSU mai , so aku phone Tim( penyelia Pid Kuala Nerang) , dia kata nak tolak pagi sabtu sebab KSU Mai petang kat PID dia ( petang Jumaat) ...so aku pun , pagi Jumaat hantar anak kat mak, kemas apa yang patut sebab pagi sabtu nak bertolak...dalam tu pulak aku kena drive ...sebab bas dari Kangar ke Lumut x ada ye kawan2 ....wa..wa...dalam sejarah hidup aku aku terpaksa drive kereta Panjang luar dari Perlis. Alhamdulilah sampai juga aku ke tempat kursus, kami konvoi 2 biji kereta 1 kereta aku, 1 lagi kereta Jan( penolong Pengurus pid K.Nerang) perjalanan amat memenatkan huhu.
Dari Kangar ke Alor Janggus aku konvoi dengan Hubby aku bukan apa kot jadi apa2. aku bertolak dari umah kol 7.30pagi sebab nak ambik Tim kat stesen bas Shahab Perdana Alor Star.kami ikut higway ...semasa dalam on the way tu, aku x sedar hubby aku pakai lampu kecil...so apabila siang still lagilah menyala...bila break, ke x ke still menyala, nasib baik kereta kami depan..kereta Jan belakang..Jan terus phone Tim tanya" pasai, apa lampu break asyik menyala" .... Ya Allah, awat pulak kereta aku nie...apa lagi aku cheak abis semua, wiperla...percik airlah...last baru aku jumpa suiz nak tutup...mybe bila kereta lain tengok mesti fikir " Gila, tghari terik pasang wiper" ha...ha....ha...
Dlm 1.30 tgh rasenye kami sampai, x sempat lunch pun sebab nak kena masuk dewan kena dengar taklimat, so penganti En Amin yang baru En MazMalik nama dia, Segak jugak. Dalam seumur hidup aku nielah kali pertama aku sampai ke teluk batik ....eh..Jakunnya...Makan petang pulak aku perkena Mee Kari, sedap..tapi airnya Tea Panas ...x masuk langsung sebab lapar punya pasal...telan sajalah Labu...Habis talimat Petang tu pulak aku nak ikut "Azza Beranang "ke Lumut, oleh sebab depa gerak dulu..so aku & Tim pandai-pandai sendirilah p cari jalan...kami sesat sampai ke Pengakalan Tentera Laut, ....ha..ha...pada mulanya aku ingatkan Trafik tengok dekat2 ..la tentera laut rupanya ha..ha...ha..apa lagi terus kami patah balik , n just shopping depat resort je la sebab resort mengadap pantai. beli 2 pasang baju to My lovely daughter la..untuk semua( aku, adik2aku & Hubby ) 1 helai T-shirt,aku sebilik dengan Kak Kasma( sg Koyan) & Zamila( Tg. Kling) oleh sebab aku p lambat so aku dapatlah katil paling Cokia( paling teruk) ....dahla tilam nipis sepas tu berhinggut2 pulak..seram aku ....


Time makan malam aku , makanlah sepuas-puasnya sebab nak caver Tengahari punya.
Esoknya aku p lumut, dengan Geng utara...sebelum tu aku nak beritahu sepanjang aku p kursus nie lah kursus yang paling aku perabih duit, bukan apa ...aku terpaksa beli baju baru just untuk Majlis Penyampaian sijil , nasib baik duit Rebet kereta ada..klau x pokai aku...RM 105 aku belanja beli sepasang baju kurung ...sebab aku bawak baju kurung sepasang saja... tula naik bas ber pasang2 aku bawak, naik kereta 1 pasang je...Gila....
Inilah Bajunya.....


Ari Pertama
gambar nie menunjukkan aku yang keletihan sebab Drive sehari suntuk dari Kangar ke Teluk Batik Perak...1Time pulak tu, dah la bawak kereta besar...lagilah gabra...he..he.... Berlatarbekangkan teluk batik ....depan aku tu pantai...


Ari Ke 2
nie pulak ari ke 2 dalam dewan Ceramah...Bagaimana PID apabila Memasuki tahun 2010.bersama Kak Azrin & Diana.




lepas tu Time to Shopping la(Lumut)

semua Geng Utara,
Tim (Kuala Nerang) kak Ija( Balik Pulau) aku(Spg4) ct Rahmah( Yan) & Kak Hani( t.Gelugor) yang x ada dalam gambar Ita(Tasik Gelugor) & Ida( b.Kayu Hitam)
Masa shopping kat Lumut, aku beli lagi sepasang baju kat Qashrina...duit tengah ada...he..he..lepas tu aku shopping benda-benda kering macam sotong kering..ala kat Pelis pun ada tapi nie Yang Lumut punya. Murah sikit rasanya.. Semangat nak p shopping sampai baju pun x sempat salin. Masa kat Lumut Try Minum Kelapa Jelly ..harga dia RM 3.00 Sedap sebab isi kelapa tu , dia jadi macam ais ...tapi aku x habispun sebab bagi aku x berapa nak sedap..aku kasi kat Kak Hani Habis..he..he...

Nie dia

Kak Ija & Kak Hanie( Khusyuknya)


Apa-apa pun syukur alhamdulilah , Tamat juga kursus kat Teluk Batik nie..kali nie dengan Kementerian bukan dengan Warisan Global...apa-apa pun kursus baru akan bermula 05hb Mac nie...di Peneng Pulak...asyik kursus je..x ada kerja lain ka....he..he...xpa sambil menyelam minum air nampaknya..



Friday, November 7, 2008

Mama Kena P kursus..

MySpaceAgenda PID SE Fair & Convention
Khamis, 6 November, 2008 21:26
Daripada:
"Wan Emi Fariza Mehat"
Kepada:
mypid@yahoogroups.com
Makluman kepada para usahawan sosial,
Berikut adalah beberapa makluman mengenai SE Fair & Convention:
Tarikh Program: 10 - 13 November 2008
Tempat Program: KLCC Convention Centre
Penginapan: The ZON Hotel
161-D, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur
Tel: 03-2164 8000
Website: http://www.zonhotel.com.my/

MySpace· Makan tengahari akan disediakan kepada peserta PID pada jam 12.00 tengahari di hotel ,
MySpace· Program bermula pada 2 petang di dewan hotel. Oleh itu, peserta boleh daftar masuk samada selepas makan tengahari atau sebelum itu jika pihak hotel membenarkan,
MySpace· Peta hotel adalah seperti di lampiran,
MySpace· Agenda program akan disusuli kemudian bersama-sama surat jemputan rasmi daripada KTAK.Jika terdapat sebarang persoalan, sila hubungi buddies anda untuk keterangan lanjut. Harap maklum.
MySpaceEmail Ke 2
Hai rakan-rakan usahawan sosial,
Dilampirkan agenda untuk PID SE Fair & Convention yang akan berlangsung pada 10 - 13 November 2008. Untuk makluman juga, etika pemakaian adalah formal dan pakaian tradisional ketika di KLCC Convention.
Selain daripada itu, pemakaian adalah kasual seperti program makan malam.
MySpaceSenarai peserta adalah seperti dibawah sebagai rujukan anda.
1.RASA
Nurul Hazira binti Abdul Aziz
2BERANANG
Aszatulazriq bt Mohd Anzan
3HULU LANGAT
Mariana Bt Suraidi
4SUNGAI PELEK
Norazrin binti Mohd Azhari
5TANJUNG SEPAT
Nurul Diana bt Abd Rahim
6SUNGAI AIR TAWAR
Nurul Elma Afzhan binti Ahmad
7SELAMA
Norwahida bt Wahid
8KUALA KURAU
Mohamad Hadir bin Hassan
9LANGKAP
Rozdiawati bt Zainal
10PARIT
Nor Zarina bt Abd Rahman
11TANJUNG MALIM
Mohd Hafiz Mohd Mukri
12BANDAR SERI JEMPOL
Mohd Edeazry Bin Hamzah
13LENGGENG
Karmiza bt Baharudin
14KOTA
Noordiana binti Abu Hanifah
15TANJUNG KLING
Zamila Bt Omar @Mohammad
16SUNGAI MATI
Zunainah binti Zakaria
17PAGOH
Suhamdy bin Hj Shamsuddin
18BANDAR PENAWAR
Norazilah bt Mahadi
19LABIS
Farhana binti Yahya
20SERI MEDAN
Zaimah bt Karnain
21BANDAR TENGGARA
Siti Fatimah Bt Ayob
22BANDAR TUN RAZAK
Nooraini bt Basiron
23BUKIT GOH
Noor Hasniza bt Abdul Hadi
24SUNGAI KOYAN
Kasmawati bt Mat Japar
25MARANG
Suriyati bt Jusoh
26KUALA BESUT
Noor Aznita bt Mohd Nor
27KUALA KRAI
Mohd Tarmizi b Nik Wil @ Ismail
28KUALA BALAH
Rohiza binti Zainuddin
29BUKIT KAYU HITAM
Nurzaida bt Zohari
30YAN
Hamizam bin Sahimi
31KUPANG
Shahiran b Mohamad Ali
32KUALA NERANG
Muhamad Noorizan Bin Ramli
33TASIK GELUGOR
Rozita Binti Othman
34BALIK PULAU
Siti Huraizah Binti Abdul Rahman
35 SIMPANG EMPAT MySpace
RAHIMAWATI BT ABDUL RAHIM

36TENOM
Marianah Binti Lunggeh
37SONG
Doris Anak Unggang
38KOTA BELUD
Rosnani binti Salin
39BAU
Agatha Priya Derby
40KOTA MARUDU
Veronitah Phillip
41MUKAH
Margaret binti Saweng
42BETONG
Unong Anak Jubin
Harap maklum.
WAN EMI FARIZA BINTI MEHAT
SENIOR PROJECT EXECUTIVE
WARISAN GLOBAL SDN BHD
****************************************************************************
MySpaceNampak gayanya mama terpaksalah p, sebab hari tu mama x p kursus CB3.so Mama kena p la kali nie....wa..wa...sedih mama nk tinggal sayang busuk mama seorang nie.

 

blogger templates | Make Money Online