Monday, December 14, 2009

aku dah capai dalam tahun 2009 neh

Pejam Celik, Pejam Celik dah nak masuk Tahun Baru 2010..Usia pun dah meningkat ke tua…dah tua , dah aku nie…lepas nie 26 dah la ye…tuanya…Alhamdulilah Di tahun 2009 nampaknya banyak benda dah tercapai walaupun ianya dalam planning Dan di Luar Planning he..he ..tapi semua tu aku terima seadanya ..dan aku bersyukur sangat2.. walaupun hati aku begitu gusar mengenai status perkerjaan ku di tahun 2010..Mintak2 tiada apa2 yang membawa perkhabaran tidak baik…sebaliknya kedatangan tahun 2010 ini , memberi sejuta, kalau boleh berbillion2 perkhabaran yang baik semuanya amin Ya Rabulalamin.

Aku ada beberapa perkara yang aku dah capai dalam tahun 2009 neh...boleh dikatakan sebagai azam tahun yang terlaksanalah ..Alhamdulilah:

Terancang

1.Kerja - pasal kerja neh, Alhamdulilah setakat aku kerja Di PID aku mampu untuk membeli barang2 yang aku impikan menggunakkan Hasil kudrat ku sendiri( ewah)..Semoga Tahun 2010 Memberi Perkhabaran terbaik dapat memberikan aku kegembiraan bekerja dan juga kepuasan bekerja. tak kira la samada di tempat kerja yg sekarang(bertukar Tempat sebab banggunan lama tengah Renoit) ataupun yang baru (berpindah ke atas pejabat Pos)contohnya Kontrak di naik tarafkan ke Tetap ka…Gaji di naikkan ataupun taraf Jawatan di naikkan …semoga Doaku di Kabulkan( kita doa ramai2 ye , geng PID).

2.Kereta - alhamdulillah aku dah cukup gumbira dengan kereta aku skarang(hasil titik peluhku) Aku dapat merealitikan Impianku untuk memiliki kereta di atas Namaku sendiri di atas Geran (macam x caya pulak) ...Tahun 2010 pulak, planing aku bukan nak tukar kereta...cuma mungkin nak buat sedikit modifikasi sedikit sebanyak pada RH 5411 kesayangan aku tu...hurm...tapi tgk la...Mrhubby aku approve ke tak (hahha...da besar2 pown mintak approval Mrhubby ...hehe...berkat tu...)

3.Rumah- alhamdulillah aku dah cukup gumbira dengan Rumahku sekarang ini (hasil titik peluhku) Aku dapat merealitikan Impianku untuk memiliki Rumah sebelumku umurku 30 tahun.. Tahun 2010 pulak, planing aku akan jadikan umah ku “Rumahku Syurgaku”..

X Terancang

01) Anak- Alhamdulilah, Rezeki anak ..dah 2 anak aku..dua2 heroin..walaupun pada mulanya aku x berapa nak suka..akhirnya aku sedar Rezeki anak sentiasa ada di mana2..alhamulilah, di tahun nie jugak aku merasi Rumah Baru hasil titik peluh aku n Mrhubby...Rezeki anak ke 2, Aku dapat Rumah. Rezeki anak Per 1 aku dapat beli Motor dan peragai Hubby aku berubah dari Seorang “King Control” ke Seorang yang penyayang..

Azam UNTUK DIRI SENDIRI Tahun 2010.

Diri sendiri - aku ingin merubah diri sendiri untuk menjadi Muslim yang lebih baik dan manusia yang lebih berguna..camana nak capai eh...mungkin kena pikir cara sendiri...hurm..

Isteri- Aku akan menjadi seorang Isteri yang Mittali...(kalau boleh la) & aku akan sediakan masakkan untuk suami

Mama- Menjadi lebih kuat untuk mendidik dan Membesarkan anak2 ku supaya menjadi seorang yang berguna dunia & akhirat..

Hurm..apa lagik eh aku punya target di tahun baru neh...hurm..kalo ada nanti...akan ku update..

Tuesday, January 20, 2009

Misi Mama 2009

zwani.com myspace graphic comments

SALAM PERBUKA BICARA AKU ARI NIE..MAK OIII ALIMLAH PULAK..Sekali-sekala..

Semalam 19Hb Januari 2009 nie jugak bermakna

"GAJI DAH MASUK DAH SEMALAM"

...SO ari nie aku nak ceritakan segala perbelanjaan aku...dan Misi aku di tahun 2009 nie. SEMOGA HATIKU TIDAK GOYAH UNTUK MELAKSANAKANNYA..AMIN RABUL ALAMIN..DAN BERTAMBAH-TAMBAH LAGI REZEKI KEPADA HAMBAMU NIE ...YA ALLAH.

Semalam yang aku lakukan ialah:

Ambik duit di bank- RM 900.00 ( yang lain simpan buat spare)

Agih-agihkan perbelanjaan -


    1.RM 200( untuk motor)

    2. RM 200( untuk Pengasuh)

    3. RM 150 ( Simpanan ASB aku) nak simpan RM 50(bulanan)..RM 100( duit klim hari tu.)Lepas nie tiap-tiap bulan RM 50 ja.

    4. RM 52.00( Bayaran PTPTN ) RM 50( Ptptn) RM2.00( komisen Pos opis)

    5. RM 130( aku beli Kabinet Dapur)

    6. RM 118( perbelanjaan Seharian)

    7. RM 50 ( Tabungan Qashrina) Simpanan Tetap( Tiap-tiap bulan)

    (Semoga dgn duit ini, sayang belajar sampai ke peringkat lebih Tinggi.)





zwani.com myspace graphic comments


Tuesday, December 23, 2008

Hasrat Mama Tercapai...

Sambungan dari Misi Bonus hari tu...
Just beli gelang kaki baru je sebab Gelang tangan stail ok lagi...Kata tokey cina tu la...
Rm 470.00 Sahaja...
ada lagi blance so aku beli walker la pulak...

Rm 99.90 kat Aneka Jitra..

Masa nie kat Supermarket...test ...siap ada bunyi-bunyi lagiso kalau tiap-tiap malam dok lalu area kangar tu dok dengar ada bunyi ayam kokok tu ...umah aku la tu...

Target aku dalam RM600 Ja...

Semangat WaLker.
Tengok , sapa yang semangat nak Main....
anak nya?????????atau bapaknya????
Jawapannya:-

Tengok punya Khuyuk Hubby aku, sampaikan aku tangkap gambar curi pun x sedar....ala syok dok dengar music la tu...
katanya TEST nak tengok bunyi x bunyi...
"Test abang...jangan x test...."
Tengok siap pegang tangan anak suruh tekan-tekan lagi....
nak tekan Malu...
*anak aku nie, kalau p jalan-jalan mau pakai kasut , tapi hari tu x mau pakai kasut...nie nak menunjuk gelang kaki baru la tu...

Friday, December 19, 2008

Alhamdulilah...

Ari nie, aku nak cerita pasal bab Gaji & bonus ujung tahun...
alhamdulilah walaupun x seberapa tapi cukuplah aku & anak aku nk shopping...
Sebab aku ada 1 Misi sebelum dapat bonos nie ,
"NAK PERBESARKAN BARANG KEMAS ANAK AKU LAH"
AL MAKLUMLAH, BONUS TENGAH TAHUN , AKU BELI RANTAI EMAS KAT AKU, SO BONUS HUJUNG NIE , KAT ANAK LA PULAK...
sekarang nie dah ketat sangat nampaKnya ...al Maklumlah anak Sorang....nampak gayanya dengan duit bonus x seberapa nie dapatlah aku kiranya menyambung hasrat aku tu..he...he...
sapa x sayang anak oiiii.
Ini yang buat aku teringat balik zaman aku " anak dara "...tiap kali mak aku dapat gaji, gaji cleaner berapa sangat la...tapi time tu la aku & adik-adik aku akan dapat baju baru @pun barang kemas baru, walaupun x berapa mahal ( ala janji boleh pakai), tetap di beli oleh mak aku,kiranya tiap-tiap bulan adalah , sampaikan kami adik beradik marah kat mak ...
ye la asyik beli ja kat anak , sehinggakan x bersalin orang tua tu...asyik pakai baju yang sama ja...
tapi ayat yang selalu mak aku sebut
" kalau hampa pakai baju baru , kira mak pakai lah tu"
kini baru aku faham erti kasihnya seorang
Mak terhadap anak sebab
aku pun dah jadi Mak ...

Semalam aku p ambik gaji...tempat aku tuju semalam "Aneka Kangar" sebab supermarket tu kecik, x banyak pilihan so senang la nak beli...x rambang mata...orang kata la ...kalau aku p The Store siap, silap haribulan tutup supermarket tu baru aku balik... semalam untuk sayang , aku beli kain buaian duai dia yang dah koyak( kes koyak, tu masa tu aku tengah gaduh dengan Hubby aku, sayang terjaga( lena dalm buaian) terus aku angkat, tersangkutla pencangkut gelang kat kain buaian terus hubby aku ambik gunting,dia guntingnya kain tu,)...dan beli baju tidur ....( baju tu WAJIB)kiranya aku nie pun macam mak aku la ye ...tapi kali nie aku beli saiz 18 untuk budak 1 tahun tau...bukan apa ,
beli besar2 x rugi....

 

blogger templates | Make Money Online