Thursday, May 27, 2010
Genap 3 tahun Pn Mama stail lagi ….........................
Di Tulis Oleh Mama Atie Date & Time 5/27/2010 12:12:00 PM 0 komen
Label: ANNIVERSARY
Monday, March 22, 2010
Hadiahnya ialah
Lagi 2 Bulan lebih lagi adalah genap ulang tahun perkahwinan aku n My hubby yang Ke 3.. Syukur kepada Allah S.W.T dikurniakan dengan 2 orang cahaya mata.iaitu Nur Qashrina Imani & Nur Uzma Irdina.(dalam hati nak tambah lagi , tapi rilex dulu)..postpone 10 tahun lagi kata my Hubby sekarang umur aku 26 thn, 36 thn baru aku beranak pulak..ha..ha…mintak2 sekali lagi aku beranak Twin lelaki Pulak tu..amin
Dengan usia Perkahwinan ini , Semoga kekal hingga akhir hayat kami. Amin. Sekejab je masa berlalu, sekarang ni dah masuk 3 tahun. Tapi entry ini, bukan mengisahkan Anniversary lagipun lambat lagilah…lagi 2 bulan tu…nnti bila sampai time baru aku crita, apa plan yang kami buat ..adakah Romantic Dinner , Family Dinner @ hanya dok umah ..menonton TV…Bukan astro iyer sebabnya Hubby cakap “PEMBAZIRAN” ….kalau pasang …wa…wa…just rancangan TV yang x berbayar je lah. Yang seronoknya Hubby aku memang mempunyai peragai yg pelik sedikit (nie yng membuatkan aku sayang nie) …tapi bukan tahap alien ok… di mana HADIAH yang di kasinya Selalunya Awal dari tarikh Yang sepatutnya, contohnya tahun lepas di Hadiahnya Rantai Tangan , masa tu lagi SEMINGGU aku nak sambut MyBirthday, bagi dia (hubby) beli awal senang…bukan apa takut lupa , almklumlah Bini Garang mcam Singa,(Firasat akulah) sebabnya aku n hubby xpernah pun sambut birthday berdua2…. sekali meraung mcam nak telan 10 orang… Sekali menangis mcam Banjir 1 Malaysia termasuklah Sabah Serawak …aku memang sensetip bab2 nie… walaupun kecik tapi aku cukup hargai, sebab tandanya orang ingat…begitu jugak hadiah Anniversary tahun lepas Sebulan awal, agaknya lah sebab aku pun dh lupa & malas nak rujuk entry yang lepas2…janji dapat Hadiah… Buat Sekelian Kalinya “ HADIAH ANNIVERSARY” yang ku terima untuk tahun ini…adalah benda yang sememangnya Harapan dan Impian aku (selain Umah, kereta dan Motor), Memang aku berharap sangat2pun (terlalu mengharap) …siap aku cakap kat Hubby aku nk himpun duit (Gaji akulah) nak beli , akhirnya kini Pasti Hadiah itu memang dalam gemgaman aku di hadapan mataku yang membuatkan aku tersengih apabila memandang wajahnya (bukan BIBIK iyer) …he..he…(tersegih mcam kera kena belacan ) so aku adalah insan yang paling Happy sangat, walaupun bagi orang lain x semeggah manapun…ala-ala biasa saja..tapi bagi aku…ianya cukup aku hargai…(lantaklah blog aku, ikut suka aku lah) dengan kata lain duit yang aku simpan(nk beli dia) , adalah dalam 50 ringgit baru, bolehlah jolylah duit tu…ha..ha
Anointment: Hadiah ini tidak merangkap Hadiah Hari Lahirku bulan depan Iyer,
04 April ….
Itu hadiah personal.mana boleh syer2 he..he
Sempena ulang tahun perkahwinan kami kali ini,Hadiahnya ialah AIRCOND …bestnya sememangnya aku memang nak sangat2 tambah2 musim panas mcam nie..bestnya…dengan Rasminya semalam aku anak beranak merasai Aircond baru…di rumah baru kami…TQ hubby I Lap U…. Hubby cakap beli hadiah Anniversary dulu…sebabnya Hadiah MY birthday , hubby cakap “Tunggu” adakah Rantai Halus(bentuk Ular) Emas 916 sesiapa yang minat barang kemas dia mesti tahu yang ada loket love sebagai mana yang aku inginkan …suspen nya …x sabar2nya aku… Tahun ke 2 perkahwinan aku di hadiahkan dengan Laptop n Printer. Tahun nie pulak Aircond..he…he…bestnya… x sabar rasanya nak masuk Tahun 2011…Hadiah lain pulak yang menanti…ha..ha..
Di Tulis Oleh Mama Atie Date & Time 3/22/2010 09:42:00 AM 0 komen
Label: ANNIVERSARY
Monday, June 8, 2009
HADIAH
HADIAH????????????Nak tau Hadiah MRhubby aku kasi kat aku untuk anniversary kali nie..hadiahnya Hanya Kotak laptop dengan printer ...
Di Tulis Oleh Mama Atie Date & Time 6/08/2009 03:00:00 PM 0 komen
Label: ANNIVERSARY
Tuesday, June 2, 2009
Anniversary Yang Ke 2
Detik-Detik Perkenalan Antara Aku & Hubby Macam mana aku kenal MR Hubby ?
#Tahun 1999,Masa tu aku di Tingkatan 4 sekolah Menengah biasa, Aku seorang budak perempuan yang aktif dalam Kelab dan Persatuan..Satu ari , aku dan beberapa orang cikgu hantar p Kursus Kelab Prostar Under Kementerian Kesihatan kat Timah Tasoh, kiranya wakil sekolah la nie...Aku kenal dengan Boy ( Kalau sapa baca Tag) ..tapi Boy nie segan nak cakap( dia syok dengan aku) ..so aku anggap kawan je lah...
#Habis kursus, kami bertukar Telefon, ala masa tu telepon Umah je..mana lah ada Handphone..yang glomur PublicPhone..Esoknya habis kursus, Adalah seorang Mamat nie phone nak cakap dengan aku...aku x kenal sebab masa kursus mana dia p( MR Hubby). Perbualan tu berkisarkan Dia(hubby) jadi orang tengah antara aku dengan Boy..Oleh sebab aku x respon apa2 ..so MY hubby cakaplah"susah2 kita couple dua nak" aku apa lagi..masa tu tengah frast dengan Pakwe yang paling aku sayang ( Hubby aku kenal lah) "oklah". sedangkan Muka pun x kenal macam mana..
# Face 2 face , kat The Store Kayangan Square..dengan beraninya , aku keluar date kat kangar dengan Seorang Lelaki..tapi Aku p bawak teman.Terima kasih Noraini ..sebab ko sanggup temankan aku.. Sekarang nie..kemana ko menghilang ye Noraini...
# Hubungan x kekal lama , ( ala cinta Monyet)..senyap mcm tu je..bila boy tau aku dah couple dengan Mamat yang dia suruh jadi orang tengah, apa lagi frastlah kawan kiranya " Pagar Makan Padilah nie" tapi Boy x mudah putus asa ..My Birthday boy hadiahkan teddybear Pooh ( stail aku simpan lagi tau dengan surat cinta yang masa tu guna kertas jawab soalan bahasa melayu yang siap ada Lambang sekolah lagi..tapi sat je dok nak couple aku mintak just kawan je ...Sorry boy ..ko x ckp sendiri..aku xnklah bertepuk sebelah tangan pulk nanti.
# Masing-masing sambung belajar, & aku pun dah jumpa Special BoyFriend (nama di rahsiakan) dia nie memang aku sayang gila2 sampai tahap tinggi2lah masa tu x ada dia dunia aku mcam kelam je... Dan hampir2 nak kahwin tau..nak buat macam mana dah xada jodoh ..hu..hu
# Tersilap hantar SMS ucapan Raya , so Masa Raya Puasa Tahun 2005 ..MyHubby( masa tu kawan ja) & boy datang Umah ..raya ..so berkenanlah lah balik... Aku berkenan kat Hubby aku sebab dia ada Kereta( ala masa tu Kereta Tiara Ja) ...bukan rupa dia..
# malam tu berbalas SMS, esoknya Keluar Date kali ke 2 kat Bukit Wang ( naik kereta ) ....Orang P raya kami p dating..he..he.. dah la dekat dengan Umah Tok dia pulak tu...area tu jugak.
# Bulan Ogos 2006( masa tu aku kerja dengan KKLW) , hubby aku pulak masa tu kerja Runner kereta ja...Rombangan Merisik pun sampai..Bila bincang bab Hantaran , pihak aku & Pihak dia terkejut sebab aku letak Mahal sangat he..he...he.. ( masa tu , aku cakaplah kalau sayang kat aku..nie harga dia) RM 8444.44 Sahaja.
# Bulan Oktober 2006-Ikatlah Tali pertunangan aku dengan Mamat nie... Masa tu Hari Raya Ke 2, he..he .Baju Tunang aku recyle dari Maksu punya Baju Kahwin la he..he...he..
# Bulan Oktober 2006-Hubby dapat kerja dengan Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis. Alhamdulilah .
#Bulan Jun 2007- Kami disahkan dengan ikatan yang suci sebagai suami isteri.
#Bulan Ogos 2007- Aku kerja dengan PID.Hubby aku jugak yang mai hantar resume kat Nik..
#Bulan Mei 2008-Lahirlah Puteri Kesayangan Kami Nur Qashrina Imani Binti Sabri
#Oktober 2009- Lahir lah anak no 2 kami.
Tahun PerTama: Sememangnya bermasalah sungguh, Hubby jenis Kedekut tapi dalam masa yang sama jadi King Control. Tapi sekarang: Alhamdulillah kerana dikurniakan suami yang tahu tanggungjawabnya,dah x kedekut dah , bkn jenis panas baran, tak merokok (penting sgt!), Tak malas2 dan xberkira nak wat keje umah.. yelah, kalo somi x mo tlg isteri wat keje umah, x yah kawen la... bujang lagi baek.
Yang penting dlm perkahwinan, jangan kata2 org luar tu jadi lebih besar pengaruhnya berbanding pasangan tu sendiri. Kita kena tahu, dan kena kuat tegaskan... org luar even famili sndiri tak tahu apa yang kita lalui dan rasa. Susah senang tu kita je yg tahu. Sbb hidup orang xpernah ada yang sama. Semua ada cara dan pengalaman yang tersendiri.
Aku harap, biarlah perkahwinan ni kekal dan aku tak mau ada tercalit walau satu luka pun. Luka yang tak berdarah xpe... tp jgn smpai bernanah. Wallahualam...
Di Tulis Oleh Mama Atie Date & Time 6/02/2009 12:45:00 PM 0 komen
Label: ANNIVERSARY
Tuesday, May 12, 2009
3 Weeks ....

Nampaknya pejam celik, pejam celik lagi 3 weeks dah nak masuk tahun ke 2 Perkahwinan aku dengan En Sabri Bin Salim...x sangka no ...walaupun begitu banyak dugaan dan cabaran yang terjadi sewaktu melayari bahtera, akhirnya Kami sampai ke Tahun yang Ke 2..Semoga Jodoh Kami kali nie lebih Panjang....dan cerita aku yang hampir2 Jadi macam Abby Abadi & Nora Danish ..di jauhkan... semoga kedatangan Cahaya Mata Yang Ke 2 Akan mengukuhkan lagi Cahaya Cinta Kami..Amin...Buat Abang ..."Orang stail sayang kat Abang " Semoga Bertambah Erat lagi hubungan Kami suami -isteri..
Di Tulis Oleh Mama Atie Date & Time 5/12/2009 11:30:00 AM 0 komen
Label: ANNIVERSARY




