Salam Jumaat, oklah di sebabkan time untuk keluar lunch lambat lagi so …the Entry kali ini mengisahkan about MY ADAMAYA.. Semalam episode last so… xpa membuang masa ..sharp kol 5.00 Pn mama ..pun dengan hasrat hatinya nak beli ayam dah kena potong mati accident bukan iyer..sebab stok makanan mentah kat umah dah habis.. Namun Pn Mama..dah start kereta Kontot, so dengan kepala otak dok fikir The last Episod Adamaya..x jadilah beli ayam..cansel dlu.. ha..ha…P ambik adik, lepas tu tengok jam kol 5.45 ptg, sharp dok depan umah Umie Pengasuh akak…start kereta kol 6.00 sampai umah…tengok berapa hebatnya adamaya.. sehinggakan lupa yang penting… he..he… selalunya kat 6.15 baru sampai umah.
Sedih u, sampaikan pn mama menangis ..terkeluar air mata, selalunya bab2 drama melayu ini payah sikit lah pn mama nak menitis air mata. Rasa-rasa cerita ini ada kaitan dgn pn mama pun ada…sikitlahbanyak sangat … he..he…Siap ngis lagi tu, si akak dok tengah main basikal , si adik pulak dok main walker he..he…dua-dua terpaku tengok pn mama ngis…si akak terus turun dari basikal mai peluk pn mama.. (ingatkan pn mama .marah akak la tu).. pn mama sedih tau..part maya baca surat adam ..terasa sangat..nasib baik en abah x ada ..sebab tengah kalut kat dapur siapkan bahan-bahan untuk buat mee kuah…tengok si bini dok depan Tv melayan Drama , si laki masuk dapur masak kat bini…ha..ha…
Sedih u, sampaikan pn mama menangis ..terkeluar air mata, selalunya bab2 drama melayu ini payah sikit lah pn mama nak menitis air mata. Rasa-rasa cerita ini ada kaitan dgn pn mama pun ada…sikitlah
BERBALIK KEPADA DRAMA ADAMAYA :
cerita tu sumpah suwit gila doe . cerita yang sangat interesting . tetiba rasa macam terINLOVE semacam je teringat masa mula-mula Pn mama kahwin degn En Abah ……al maklumlah en abah bukanya cinta pertama pn mama. Namun entahlah rasanya sekarang pn mama dah inlove balik dengan en abah… Malam semalam x bunuh syaitan pun sebab en abah sakit perut sebab makan cabai banyak sangat…he..he... okay bukan alasan ok , sambung balik !
actually perkara pertama yang pn mama suka tentang cerita ni dah kompom kompom lagu tema yang dorang guna .Syahdunya...rasa macam dok bercinta je..bila dengan lagu macam dia tujukan lagu itu pada Pn mama . oh indahnya n seri kata lagu nie.., rasa-rasa kalau masuk Juara lagu mesti menang nie...dua @3 semua sapu nie...Pn mama pada mulanya x berapa minat , dahla Slot Akasia TV3 Drama Na-O-Mei tergantung..nie pulak dari copy paste filem I'm not single x best mana pun firasat
perkara lain yang Pn mama suka dengan cerita tu plak sebab ada Lisa Surihani
Sein berlakon best (rasanya boleh kalah Rosyam Noor nie) . suka tengok cara Sein cari pasal dengan Lisa . suwit ouh ! dah la dua dua comel ! HEHE…amani lagi… sejak tu Pn mama tukar panggil akak dalam blog dengan nama Imani…he..he…
So semalam Maya jumpa Adamnya .. Pn mama pun jumpa en Abahnya..Mybe sudah tertulis Jodoh , pertemuan, mati , rezeki semuanya di Tangan yang maha ESa…. Semlm En Abah masak sedap sangat… nnti Pn mama uplod gambar iyer…oklah chow nk p makan..jangan lupa buat en abah sembahyang jumaat iyer…I lap U… lepas ini tiap2 ari nak bunuh setan pun xpa..
Sinopsis Adamaya ;
Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan. Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24 tahun (Hussein) dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani). Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya merupakan pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran. Ibu bapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibu bapa mereka bersahabat baik.
Adam menurut kehendak ibu bapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi selepas dipujuk oleh ibu bapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju. Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka.
Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh. Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?
Adam menurut kehendak ibubapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana telah mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi setelah dipujuk oleh ibubapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju..
Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka. Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh.
Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?
0 Comments:
Post a Comment