Wednesday, December 16, 2009

Taq untuk semua.

Keboringan aku yang tahap Gaban...so kali nie aku terjumpalah Taq dalam surat khbar Metro..aku copykan dan jawab Sendiri..xmalunya aku...Yang Nama sapa2 tersenarai tu sila Jawab ye..Kalau x, x nak kawan.... sila copy dan jawab soalan dalam bentuk Gambar dan keterangan mengenai gambar..Senangkan...

sila menjawab x banyak soalan pun.

1. Jika anda bertukar tempat dengan seseorang bagi sehari, di mana yang anda mahu berada?

Di tempat Isteri Tengku Sultan Mizan, Bestnya Kalau jadi Bini Sultan nak apa semuanya dapat ..xpayah kerja dok Umah ja..Goyang kaki...(Perasan)

2. Apabila anda melihat diri anda di cermin hari ini, apa perkara pertama yang anda fikirkan?



alamak, gemuknya aku!!!!!.


3. Apa makanan/ minuman pilihan anda semasa lapangan (kiranya 24Jam ) anda akan menguyah ?
  • Ais Kuib ( Fav tu) kalau boleh 24jam dok dlam mulut..tambah2 waktu panas macam nie.

4. Adakah makanan lain yang anda tidak makan?

Jeruk Mamam, seumur hidup x pernah makan pun, orang kata sedap

5. Jika anda dipilih menyertai rancangan realiti televisyen, mana satu yang anda akan pilih?

Sehati berdansa sebagai Peserta (layak ke aku nie).

6. Jika anda hilang arah ketika memandu, adakah anda akan berhenti untuk mencari arah, membuat panggilan telefon, bertanya orang atau hanya cuba untuk mencarinya sendiri?

bertanya orang , Saya sering kali sesat.

7. Apa barangan yang anda selalu letak dalam peti sejuk anda?

air mineral , ais kiub & Makanan Ringan

8. Adakah anda selalu melayari laman web? Apa laman web yang sering anda layari ?

Blog anak la..

9. Apa musim kegemaran anda?


Musim Sejuk !!! Saya sukakan Salji..tapi kat Malaysia nie x tau la bila salji nak turun.

10. Adakah anda memiliki Koleksi yang agak menarik?


Koleksi2 gambar anak .


11. Adakah satu lagu yang anda akan nyanyikan apabila tiada siapa di sisi seperti di dalam kereta atau di bilik mandi?

"Cinta Adam dan Hawa” Misha omar

12. Apa jenis kereta yang anda idamkan untuk miliki dan pandu?

Toyota HILUX (PACUAN 4 RODA)

13. Adakah anda takutkan sesuatu?


Jerung

14. Filem paling digemari sepanjang zaman?

Pasrah ( lakonan Era Fazira)

16. Yang mana satu anda lebih suka? Memasak, orang memasak untuk anda, keluar makan atau membawa makanan pulang?

Semestinya keluar makan... tu dulu..la nie dah rajin dah masak...anak aku suka masakkan aku la...

taq nie di tujukan kepada :
1.Kak zalia ( Pid Tg Malim..) Jangan Susah hati...saman je KTMB tu...
2.Kak Raihan( Pid Rasa) Anak jadi superman , habis MR jadi apa???
3.Tim( Pid Kuala Nerang) Jawab nie...lepas rindu kat anak ko tu..
4.Ima ( pid Kuala Kurau) asyik Rehat ja..perah otak sikit jawab nie
5. Kak ima ( Pid Kota) mesti boringkan dok tunggu due, buat kerja sekolah nie tau
6.Nunu ( Pid Sg air Tawar) xpayah dok isau , lepas nie p SLIM WORLD..dekat ja tu.
7.Kak Lyda (Pid Sg Pelek) tau bz hujung tahun..jawab jugak..
8.Kak Azrin (Pid Sg Pelek)x ada cerita terbaru , so jawab tau..
9.Kak Dia( Pid Langkap) Huru-hara sat ja...jwab tau
10.Anna( Pid langkap )-ana pun.
11.Niena(Pid Selama) - Jagan Diet sangat, nanti dah x comel


Monday, December 14, 2009

aku dah capai dalam tahun 2009 neh

Pejam Celik, Pejam Celik dah nak masuk Tahun Baru 2010..Usia pun dah meningkat ke tua…dah tua , dah aku nie…lepas nie 26 dah la ye…tuanya…Alhamdulilah Di tahun 2009 nampaknya banyak benda dah tercapai walaupun ianya dalam planning Dan di Luar Planning he..he ..tapi semua tu aku terima seadanya ..dan aku bersyukur sangat2.. walaupun hati aku begitu gusar mengenai status perkerjaan ku di tahun 2010..Mintak2 tiada apa2 yang membawa perkhabaran tidak baik…sebaliknya kedatangan tahun 2010 ini , memberi sejuta, kalau boleh berbillion2 perkhabaran yang baik semuanya amin Ya Rabulalamin.

Aku ada beberapa perkara yang aku dah capai dalam tahun 2009 neh...boleh dikatakan sebagai azam tahun yang terlaksanalah ..Alhamdulilah:

Terancang

1.Kerja - pasal kerja neh, Alhamdulilah setakat aku kerja Di PID aku mampu untuk membeli barang2 yang aku impikan menggunakkan Hasil kudrat ku sendiri( ewah)..Semoga Tahun 2010 Memberi Perkhabaran terbaik dapat memberikan aku kegembiraan bekerja dan juga kepuasan bekerja. tak kira la samada di tempat kerja yg sekarang(bertukar Tempat sebab banggunan lama tengah Renoit) ataupun yang baru (berpindah ke atas pejabat Pos)contohnya Kontrak di naik tarafkan ke Tetap ka…Gaji di naikkan ataupun taraf Jawatan di naikkan …semoga Doaku di Kabulkan( kita doa ramai2 ye , geng PID).

2.Kereta - alhamdulillah aku dah cukup gumbira dengan kereta aku skarang(hasil titik peluhku) Aku dapat merealitikan Impianku untuk memiliki kereta di atas Namaku sendiri di atas Geran (macam x caya pulak) ...Tahun 2010 pulak, planing aku bukan nak tukar kereta...cuma mungkin nak buat sedikit modifikasi sedikit sebanyak pada RH 5411 kesayangan aku tu...hurm...tapi tgk la...Mrhubby aku approve ke tak (hahha...da besar2 pown mintak approval Mrhubby ...hehe...berkat tu...)

3.Rumah- alhamdulillah aku dah cukup gumbira dengan Rumahku sekarang ini (hasil titik peluhku) Aku dapat merealitikan Impianku untuk memiliki Rumah sebelumku umurku 30 tahun.. Tahun 2010 pulak, planing aku akan jadikan umah ku “Rumahku Syurgaku”..

X Terancang

01) Anak- Alhamdulilah, Rezeki anak ..dah 2 anak aku..dua2 heroin..walaupun pada mulanya aku x berapa nak suka..akhirnya aku sedar Rezeki anak sentiasa ada di mana2..alhamulilah, di tahun nie jugak aku merasi Rumah Baru hasil titik peluh aku n Mrhubby...Rezeki anak ke 2, Aku dapat Rumah. Rezeki anak Per 1 aku dapat beli Motor dan peragai Hubby aku berubah dari Seorang “King Control” ke Seorang yang penyayang..

Azam UNTUK DIRI SENDIRI Tahun 2010.

Diri sendiri - aku ingin merubah diri sendiri untuk menjadi Muslim yang lebih baik dan manusia yang lebih berguna..camana nak capai eh...mungkin kena pikir cara sendiri...hurm..

Isteri- Aku akan menjadi seorang Isteri yang Mittali...(kalau boleh la) & aku akan sediakan masakkan untuk suami

Mama- Menjadi lebih kuat untuk mendidik dan Membesarkan anak2 ku supaya menjadi seorang yang berguna dunia & akhirat..

Hurm..apa lagik eh aku punya target di tahun baru neh...hurm..kalo ada nanti...akan ku update..

Friday, December 11, 2009

Home Sweet Home


MySpaceAlhamdulilah, akhirnya Aku dan Sekeluarga dapat Merasai Suasana kehidupan baru di Rumah baru kami ..dimana hasil titik peluh aku & hubby dapat di realitikan dengan pembelian rumah baru (walaupun sekakang Kera) very excited!! Kalau boleh masa tu nak loncat macam keraMySpace pun ada he..he.. Woww rasa macam tak percaya, dah dapat bilek yang lagi besar dari dulu(ye la dah lama aku mengidamkan Master Badroom) ..more privasi and more comfortable...…Kalau nak di kira hari nie sudah cukup 20 hari kami dah menduduki rumah baru Alhamdulilah…Walaupun lokasinya jauh dari sikitlah dari rumah yang dulu, Namun aku x kisah ..tapiMySpace Alah bisa, tegal biasa kan :) nape orang laen yang dah lama dok ulang alik lagi jauh tak pernah merungut? abes orang yang kerja Nurse @ Doc camne? aku anggap ia sebagai satu rutin dalam kehidupan yang tak semua yang kita nak akan dapat dengan mudah..walaupun aku terpaksa korbankan waktu “Lewat ku untuk Bangun Pagi”Semata-mata untuk MySpacetidak sesak( nasib cuti sekolah) di jalan Raya, (jangan ingat Kangar x Jem ye)....Yela dulu kol 7.15pgi baru aku bangun(kat umah lama), la nie 6.15pgi kadang2 tu kol 5.45 pgi aku dah kena bangun siapkan segala kelengkapan anak-anak , memandangkan Aku menjadi Driver untuk anak2 ku, Mrhubby aku suruh p naik motor, bukan apa nak jimat Kewangan Ma... dalam masa yang sama nak jadi MySpaceISTERI MITTALI HE..HE ,dalam area kol 7.15 aku dah terpaksa bertolak keluar dari rumah untuk Menghantar Anakku yang sulung kepada Umie dia di Repoh..Manakala Anakku Yang Bongsu pulak, aku hantar ke Umah Mak Saudara Hubbyku di Utan Aji dekat dengan Umah MIL aku.…

Jangan terkejut??????

aku ada 2 Pengasuh ye..Dan Jangan marah pada Umie pulak, kenakalan Anakku yang Sulung membuatkan Kak Anie( Umie) x larat nak jaga kedua2nya..Aku Faham , sebab aku tau macam mana nak jaga 2 anak kecil dalam 1 masa serentak…Kadang2 tu angin jugaklah aku nie..
Berbalik Kepada Pindah Rumah
MySpacePindah Rumah adalah suatu perkara yang amat memenatkan dan agak banyak MySpacepakai cash..huhu..(kiranya setengah Gaji aku masa dalam pantang Selepas tolak Hutang , termasuklah simpanan untuk aku beranak hari tu ..)sudah habis membeli barang keperluan..Seperti Lampu , kipas dll .walaupon nampak barang2 simple tapi terkesan juga...kena beli towel kecik, bekas sampah, langsir, pengelap and so on....Ye la , masa dok Qrts dulu , just cuci kaki je..al maklumlah semuanya tersedia , Cuma kena beli tikar getah je…Nasib baik umah baru nie berlantai Makmar, kalau x siap lagi aku , kena beli tikar getah yang baru( yang lama banyak yang koyak )..Perasaan aku masa tu adalah MySpaceHappy Sangat2” walaupun so tired.(Bahasa orang putihlah pulak..).
pemindahan agak smooth walaupon ada sedikit kekalutan..al-maklumlah masa pindah tu, aku stail lagi dalam pantang…bayangkan x sampai seminggu dalam pantang,KEGEDIKYAAN AKU SAMPAI ajak hubby aku ke Nagoya kat Tesco Alor Star, sebabnya nak beli kain Langsir untuk umah baru kami…alhamdulilah masa tu pulak Gaji n aku pulak x guna sangat, al maklumlah dok umah Mak..Makan minum semua di sediakan …Kain tu saja aku Habis beli dalam 2++ , Tambah upah jahit 3++ semuanya kat 5++ jugaklah..xtermasuk real untuk nak gantung di kira2 adalah dalam 1k…x kisah umah baru punya pasal.. Yang Gril keselamatan duit Mrhubby , Duit untuk Lampu kipas hiasan dalam umah , my Money..Hari nie pulak tukang mai buat warning(bumbunglah) sorry kalau silap eja almaklumlah BI cukup2 makan je…DENGAN Pintu pagar ..aku ambik Double pintu punya sebab kesian si kontot xkan nak kena dok luar, si panjang senang2 dok beralaskan bumbung..si kontot beralaskan bintang dengan Matahari…no Way Harta Benda aku semuanya aku sayang tau..,Pernah aku tengok si panjang dengan si lurus(Motor aku ) basah kena Ujan..(tempias) aku MySpacengis tau..Tu yang aku tekad nak MySpace“Korbankan” demi buah2 ati ku itu. sebab lain aku dah x larat (Malu) nk sidai kain kat tepi pagar umah orang, Kain baju aku n Hubby aku x kisah..tapi si Baju kecik tu( Bongsu)..Kesian sangat , tu la sapa suruh beli sikit baju…ko ingat qrts ka ,boleh sidai dalam umah.. Nak x nak terpaksalah aku "Korbankan Barangan Kesayangku Ke “he..he…” Sendiri mau pahamkan… Berguna jugaklah “Mami Jarum aku tu”. Sabar ye sayang , nanti mama p ambik balik, dok sana sat tau...tapi Mrhubby x tau, Kalau x jenuh aku nak explen kat dia...aku katalah duit tu aku simpan masa aku kerja kat tempat lama dulu.xpa tipu Sunat demi Family Ma... Duit Mrhubby aku pulak dah habis kat gril dengan bayaran kat bandaran, TNB termasuklah Kenduri Kesyukuran masa raya aji hari tu.
Rumah Lama
Kadang-kadang rindu juga pada rumah lama...Walaupun buruk dan bekas orang pulak tu, tapi Seribu Erti Kehidupan aku kat umah tu..di mana kat situlah aku merasai kehidupan sebagai seorang Ibu, seorang Isteri dan seorang Jiran.. memang tersimpul sebagai satu kenangan abadi... rumah baru patot dicoretkan dengan sesuatu yang menceriakan (Kali nie , aku berjiran dengan DOC pulak) semoga anak Bongsuku menjadi seorang DOC seperti Jiran Baruku. Amin
Azam Baru Tahun 2010
Azam pada tahun baru ini adalah untuk menahan rasa marah,dan Kalau gaduh dengan Mrhubby pun xnak bersuara merdu aku tu terkeluar( al-maklumlah sekali aku gaduh dengan MRhubby , 1 Qrts dengar) , mengurangkan complain, blaming & excuses(kan kena Drive pagi2) dan perlu belajar untuk menjadi seorang yang lebih rasional dengan mengetepikan segala perasaan dan emosi negatif yang kadang-kadang tak dapat di elakkan, maka aku bertekad untuk terus menguatkan azam dan semangat itu, dan Aku akan bersabar sesabar –sabarnya untuk mendidik anak2 ku menjadi orang yang berjaya. Aku Juga akan Menjadi seorang yang kuat , dan tidak mengikut Mood “Bangun Lewatku itu”. Buang Jauh2 Peragai Buruk tu, Cik Atie Oiiiii!!!!!!!!!!!!!!!Aku cuba mencari segala kebaikannya pada rumah baru ini,
Rumah Baru = Rumah Lama
Ada satu yang aku suka pada rumah baru kerana PERSAMAAN DENGAN umah lama ...suara azan sangat jelas dan kuat , terus terjaga dengar orang mengaji dan azan...see, banyak hikmahnya Kalau Time Maghrib selalunya suara Budak lelaki akan Laugkan azan…sayu je hati dengar. Dulu masa kat Qrts rumah ku berdepan dengan Masjid dan boleh kedengaran Azan , la nie umah ku dekat dengan Surau dan dalam masa terdekat nie, Masjid pulak nak di bina belakang Umah baru …alhamdulilah..walaupun aku x sekuat mana agama..tapi Kedengaran Azan , membuatkan aku x lupa Pada Yang Maha Esa. Dan teliga anak2 ku dengar Laugan Kalimah Allah sentiasa.
Aku percaya pada janji Dia, selepas segala kesulitan pasti ada kesenangan. Tahun baru ini pasti menggamit sebuah memori yang sukar aku bayangkan dan menuntut sebuah pengorbanan yang merangkumi tenaga, peruntukan masa, wang dan gugatan emosi yang seharusnya diselenggarakan dengan betol dengan bantuan kesabaran. hanya dengan ujian dan cabaran inilah, yang akan menjadikan kita lebih matang dan cekal..aku cuba lebih optimis walau kadang-kadang agak sinis pada diri sendiri... Aku hanya perlukan satu untuk melawan semua itu... SABAR! yup..aku perlu belajar supaya dapat bersabar dengan lebih banyak, dapat tersenyum walau tengah berduka, dan dapat mengawal amarah.

Azam Aku tahun 2010 :

Hidup Bukan Hanya Untuk Bersuka Ria,

Hidup Perlukan Kerja Keras..

Tuesday, December 1, 2009

New Hobby My Princess












PUTERI KESAYANGAN 2

NUR UZMA IRDINA BINTI SABRI

NUR : CAHAYA

UZMA : TERBAIK

IRDINA: KEBERKATAN & KEBAJIKAN


Selepas di botakkan
TANGGAL 24 SEPT 2009 KHAMIS JAM 8.45 PAGI , PUSAT RAWATAN MAHSURI JITRA LAHIRLAH SEORANG PUTERI YANG KE 2 BERAT 2.4KG .
KU NAMAKAN
NUR UZMA IRDINA.

Kenapa Aku pilih Nama NUR UZMA IRDINA …
Begini al kisahnya….
Pada mulanya, terlalu banyak nama yang menjadi pilihan aku...antaranya:
1.Nur Airis Qistina
2. Nur Duraton Irdina
3.Nur Qistina Irdina
4. Ain Nur Uzma Irdina
5. Nur Qistina Amani
6. Nur Qaseh Amani.
Tengok sampaikan x terpilih nama, kami dua laki bini, Kali nie aku kasi can la pulak nama anak Hubby aku yang pilih..bukan apa, yang First aku bagi nama ..kali nie dia pulak( merasalah jugak laki aku tu) aku x konke tau ..cumanya aku kena senaraikan beberapa nama yang maksudnya elok2 belaka.he..he...
Pilihan Pertama :
Nur Airis Qistina (Cahaya Bunga Kesederhanaan)
Kali nie mak aku x cadangkan nama sebabnya dia dah tau aku mesti reject punya…he… he Cuma Mak aku kata nama Airis x sedap ..takut nanti orang akan panggil Eris..almaklumlah MIL aku (bukan nak kutuk tau) pun nak sebut nama Qashrina pun x pandai..last di panggilnya deq ina..
Pilihan Ke 2 :
Nur Duraton Irdina (Cahaya Mutiara Keberkatan /Kebajikan)
Kalau pilih duraton pulak takutnya mak mertua aku akan panggil aton...xnak aku...
sedangkan maksud duraton tu Mutiara kalau aton apa maksud dia ye??????
Pilihan Ke 3 & 4:
Nur Qistina Amani
Nur Qaseh Amani
qistina dan qaseh hubby aku cakap banyak dah yang pakai nama tu lagipun tu nama Artis..Hubby aku nie teruk sikit ..katanya nanti orang kata tiru nama artis pulak.. Kan Amani tu,di ambil dari nama Sharifah Amani(Pelakon filem Sepet), Qistina(Watak Nk Dalam SPA Q) , Qaseh( Drama Nur Kasih Tu)...
pilihlah nama yang jarang2 kita dengar...boleh tunjuk Gah(berlagak) sikit...
Pilihan Ke 4:
Ain Nur Uzma Irdina (Mata Cahaya Terbaik Keberkatan/ Kebajikan)
Uzma, nama nie aku tertarik sebagaimana aku tetarik dengan nama Qashrina...macam memanggil aku...untuk abadiekan nama Uzma kat anak aku kali nie...Ain tu aku aku saja bubuh bagi panjang sikit... tapi Hubby aku panjang sangat 4 nama tu...so nak kan sama macam kak deq dia..so Ain tu terpaksalah di korbankan...

Akhirnya tanggal 24/09/2009 Pilihan Hubby aku adalah Nur Uzma Irdina
*Nur tetap di kekalkan...dan Huruf I kena ada...sebabnya hanya aku je yang tahu...

Monday, November 23, 2009

My New Baby

MySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpace

Hari nie first day aku masuk kerja , al maklumlah bercuti panjang.....(Beranak)..alhamdulilah semuanya ok…Aku dapat “Girl” so nama anak aku

NUR UZMA IRDINA BINTI SABRI
NUR- Cahaya
UZMA – Terbaik
IRDINA – Keberkatan / Kebajikan.

Uzma selamat di lahirkan dalam keadaan NORMAL , terima kasih kawan2 sebab doakan aku.. pada 24 September 2009 pada hari raya Ke 5 Jam 8.45 Pagi.. he..he…kiranya sempatlah aku merasa LEMANG, LAKSA(FAV)Adik aku yang masak , dan kuih raya Lazatnya ,di Pusat Rawatan Mahsuri Jitra..Kos dia dalam 1k lebih ja…
Oh ye..untuk makluman , aku dah pindah ke Rumah baru(Horey akhirnya dapat jugak aku duduk umah sendiri)...Jemputlah datang ke Rumah Ye..Raya Haji nnti , nak buat kenduri naik rumah orang tua2 kata..he..he dengan kenduri kesyukuran Uzma.
Oklah sambng nanti..
Sebabnya aku dah x ada idea nak tulis…he..he…
#Mama dan Abah doakan Uzma supaya sentiasa sihat,baik,menjadi anak yang solehah serta mendengar cakap mama dan abah
MySpace......Amin....MySpace
MySpaceAlkisah Sebelum KelahiranMySpace
Alhamdulilah sempat jugak aku menikmati keriangan hari raya, walaupun keadaan aku yang dok tunggu nak meletup..Kali nie aku balik raya naik MY CAR( dengan Megahnya)...Kami bertolak sehari seblum hari raya, almaklumlah umah mak aku kan tengah renoit..so balik kena kemas umahlah..tapi mak x bagi aku kemas , almaklumlah perut dah boyot..tapi aku ketegaq(degil) aku ambik berus cat , terus aku tolong my little brother cat umah....aku balik rumah raya ke 3 sebab raya ke 4 aku dah kena masuk kerja..lagipun malaslah nk cuti panjang..kesian kat nik( tahun nie dia raya Kat Perlis) ...kan lps nie aku nak cuti panjang...cuti beranak... Pagi Raya ke 4, aku mai kerja..lps balik kerja aku ajak Myhubby p beraya umah adik beradik dia..sempatlah aku beraya 2 buah rumah..dah mlm, tiba2 qashrina terlena(selalunya kol 11 baru lelap) mybe letih sangat kot main kat umah umie dia tadi ...Myhubby ajak p beli Char Ketow sbb dia kata dia nak sangat makan...(buang tabiat ka) bungkus ja..Balik umah,lpas makan, aku mula di serang sakit perut, memulas2 tapi bukn air buang air besar.. Myhubby ajak tidur, aku cakap bawak anak p tidur dulu.. nanti chat skit aku masuk tidurlah.. hubby aku kata nak bawak p klinik..aku perang besar dengan hubby sebab aku x nak p lagipun due aku jauh lagi tu... lagi satu , xkan nak tinggal qashrina kat Umie dia tengah malm buta nie, kacau orang lena ja.. biarlah esok pagi kita p la... Dah x tahan , aku pun serender...hantar anak kat kak anie, terus p klinik naik si kontot...kereta aku dok umah mak aku...he..he...tengah malam dalam area kol 1pagi ..bertolak la kami dua laki bini p Jitra...Sampai sana, aku kena seluk( sakit oiiiii)MySpace ...bidan kata buka 1cm..kena tunggu 8@9 baru boleh beranak...tolak naik atas dulu, hubby aku sentiasa dok dengan aku...kalau x 1 klinik aku panggil dia (dengan nada kuat pulak tu) ...kan aku ank manja..Masa Qashrina tu, aku beranak ada mak , mak mertua, adik dengan abah aku temankan ..kali nie , kami laki bini sahaja .bukan apa biar laki aku tau macam mana hazabnya nak beranak anak dia..jangan dia tau buat ja...biar dia rasa sama...
( jahatnya aku)..
Dalam Wad tu, adalah kat 6 katil, 1 ada orang yang lain kosong...aku nak ambik 1katil satu bilik...dah penuh.. so nak xnak terpaksalah masuk bilik ramai katil tu..( kesian Mak mertua aku lena atas lantai , hari ke 2 sebab teman aku)..sambung crita tadi, masa dalam bilik tu , tinggal aku n hubby ja.. aku di serang sakit perut sangat2 mcam nak meletup, tapi bila laki aku usap sakit tu pun hilang...dalam 5 minit mai pulak sakit tu , memang malam tu aku macam dah nak gila...bayangkan dari kol 2 smpai ke pagi(kol berapa tah aku x ingat) ...dok meraung sakit perut , sampaikan aku tertokak(gigit) tangan hubby aku ,(merah padam laki aku) sebab sakit sangat..cuma Allah yang tahu.. Last bidan Mai, dia kat dah boleh beranak dah nie(seluk lagi) MySpaceoiiisakit tau.. Sebelum tu, aku dah langah 1 botol minyak yang buat orang mudah beranak, tolak ke dalam bilik beranak tu, aku pegang tangan hbby aku kuat -kuat , kot2 dia lari...xnak aku beranak sorang2..biar berdua..Hubby aku pun ikut(tau dah, bini dia akan tempit 1 klinik kalau dia x ada) , masuk bilik tu, sambil tunggu doc..aku pun peluk la laki aku..macam hindustanlah pulak...Malu????berlakang kira..masa tu aku dah x peduli dah..(yang sebenarnya aku xnak laki aku lari, tinggal aku sorang2 dlm wad tu)..almaklumlah laki aku nie takut darah.. nurse tu tambah air(air ubat)...lagilah sakit..kali nie aku gigit coler baju laki aku...he..he teruknya..sampailah kesudah..aku peluk laki aku...masa aku teran tu, hubby aku dah x sanggup sebab dia rasa pitam tengok darah, MySpaceso nak xnak terpaksalah aku bertarung sorang2 tapi masa tu dah nk kluar dah..kiranya laki aku tengok dari awal sampai sikit ja cerita tu nak habis..xsempat ending, dia dah kluar...aku kena jahit....entah berapa jarum aku pun xtau.. sebab keluar ja anak..aku terus muntah...sampai habis baju n lantai2...hinggakan nurse tu terpaksalah salin baju aku....sebab aku dah xberdaya dah...Doc Tu nama doc Sharifah... Lepas dah beranak, aku di sorang masuk balik wad yang katil banyak tu..doklah aku selama 2 hari 1 malam...
laki aku kata, lps dia klur, dia terus pening ...sampai terduduk sebab takut tengok darah...aku x kisah kalau korang baca , nak kata apa2 , .
MySpacejanji harapan aku , nak laki aku teman tercapai dan terlaksana..
biasalah aku kan anak manja...

Wednesday, September 16, 2009

Duit Raya Untuk ....



Semuanya buat kad Raya sendiri..so Mama Qashrina pun nak bagi jugaklah..silalah ambik ye....Gambar ini di edit so tuan punya gambar original mintak Halal ye...Mak Buyung nak jugak kasi Hadiah walaupun x mampu dari segi realitinya..he..he....


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin..

Monday, September 14, 2009

Selamat Hari Raya







Masak lemang sambil berdiri,
Hendak dimakan di aidilfitri,
Nak hantar kad raya posmen dah cuti,
UCAPAN DALAM BLOG saja sebagai ganti,
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Di aidilfitri mulia,
Maaf dipinta andainya....
TERkasar bahasa...
TERsilap bicara...
TERmarah yang tak kena...
TERtanya yang tak tentu hala...
TERsasul yang tak sengaja...
TERpukul kat mana-mana...
TERpinjam harta benda...
TERmoody tak semena-mena...
TERumpat bila-bila...
Dan macam-macam lagi yang TERsalah & TERsilap,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir & Batin

Ada tikanya MATA silap memandang,
TELINGA salah mendengar,
LIDAH terlanjur berkata-kata,
FIKIRAN khilaf menafsir,
HATI silap menduga,
Mohon ampun @ maaf,
SElamat Hari Raya Aidilfitri


Esok lusa syawal menjelma, dalam kesempatan yang terhad ini mama Qashrina ,Abah Qashrina , Qashrina dan seluruh Family Qashrina ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua kawan-kawan dan pengunjung blog ini. Berhati-hati di jalan raya dan semoga diberkatiNya selalu. insyaAllah...

Tahun nie, Raya Umah Tok Mama( Belah Mama lagi ye).....Jemputlah Datang ke Rumah...

Friday, September 11, 2009

saja_saja


Image and video hosting by TinyPic

APA YG AKU DOK HITUNG NIH?

MySpace Byk perkara yg aku dok hitung. MySpace
Pertama:-MySpace
Dapat ke?? tahun nie aku berpuasa penuh..
Hari ini dah 20 Ramadhan aku dah berpuasa..alhamdulilah nampaknya Semoga tahun nie dapatlah aku berpuasa penuh Hendaknya …. Dah x lama lagi nk raya pejam celik, pejam celik lagi seminggu je lagi…Lagi Best Tahun nie jugak aku akan beraya sepuas-puasnya sebelum aku MELETUP…Terutama Bab Makanan MySpace..aku nak Makan Laksa ( My Fav) he..he…sebab lepas nie mybe aku dah x leh makan dah…Kiuh raya n semuanya …
KEDUANYA:
Budjet Duit Raya???????????????..


Duit Raya nak Kasi kat Budak2 yang mai umah , tahun lepas xplah Maksu n Paksu yang bagi..sebabnya depa raya kat sni..( Umah Opah aku) tahun nie depa raya kat Kelantan he..he... Maksu aku kena ikut Paksu la pulak , Tahun nie Giliran aku la pulak kena ambik alih..al maklumlah xkan nak suruh Mak bapak aku pulak kasi duit raya kat budak2 tu ......Duit Raya Qashrina lagi , mak bapak aku bagi....Tahun lepas memanglah Raya Sakan aku ‘almaklumlah Bonus Raya ‘ tahun nie , dapat ke ????. Kalau dapat , bila Kapannya ????. Oh la Dato Najib Ku sayang , Fahamilah kami bukanya Kaya Macam Ko....
Berita Baik Yang Di Umumkan ...Alhamdulilah ...
Oh ye..alhamdulilah nampaknya kerajaan Malaysia nie ( Terima Kasih Dato Najib) , begitu perihatin “Bonus Raya” walaupun setengah dulu..tapi kiranya alhamdulilah…Yang Kerja Kontrak macam aku nie dapat ka?????.
KETIGANYA:-





Sempat Ka aku Raya ???? n aku nak kena C-ser lagi ka???
Semalam 10 September adalah Hari aku Cuti n MRhubby… Sebabnya p Mahsuri Medical Centre..alhamdulilah, nampaknya peluang untuk aku merasai sakitnya bersalin Normal akan terlaksana sebabnya kedudukan bayi ok..minta-minta sampailah aku selamat melahirkannya..Kali ini Scan lagi …memang sah2 bayi aku adalah “GIRL” x kisahlah… lagipun anak perempuan @ Lelaki sama je…Cuma kali nie MRhubby dah bagi amaran ,
STOP DULU YE…sebabanya nak Himpun Harta n nak bela anak 2 nie dulu..…he..he tau pun.. Qashrina??? , x ikut sebab MRhubby memang x suka anak kesayangan dia tu p jalan tempat orang ramai2 walaupun p pasar Ramadhan, siap tunggu dalam kereta dengan anak , dan aku akan shopping beli makanan sendirian…he..he…bukan apa , dia takut H1N1.. Lepas je ke Klinik, so aku n MRhubby p la Jalan2 ke Alor Star, saja nak server harga untuk kelengkapan Rumah baru nanti..First tempat kami tuju adalah GIANT…Lagipun masa tu dalam Kol 11.00 Pagi, so x ada orang la sangat.. Last shopping dalam giant adalah 2 pasang baju adik qashrina dan sepasang baju Qashrina..Tu je.. Doc Kata 26 Hb mai pulak...Raya puas2 dulu..
KEEMPATNYA:MySpace
Baju Raya ??????? Tema Colour …ha x beli lagi raya nak dekat nie… aku x pa..Qashrina lah …kesian anak aku n Hubby aku …Jawapanya:
Habis dah shopping kami kat Giant , kami menuju ke City Plaza, sebab aku nak beli baju Melayu untuk Mr Hubby aku n Mrhubby nak beli tudung kat Mak dia( ala anak mak la katakan) …
Oh ye belum tu, malam 9hb kami sekelurga shopping kat THE Store Kangar, MRhubby dah belikan baju raya untuk aku n Qashrina…sepasang baju kurung nanti hari isnin aku bubuh gambar ye.. so untuk Mr Hubby aku pulak belikan( aku beli yang murah je) …so Colour kali nie adalah ala-ala “PINK ”gitu Sebabnya Baju Qashrina adalah Colour tersebut, ( kiranya nak buat Tema lah nie) memandangkan saiz anak aku tu kecik…ala ala saiz XS so punyalah susah nak cari baju raya kat dia..yang ada pun semuanya kain2 x elok..yang elok pun yang pink Colour je (biasalah shopping last minit) ..nak x nak Mr Hubby belilah jugak , almaklumlah Tahun lepas anak Kesayangan dia x dapat kaki lagi.
Tahun nie, sebab dah dapat Kaki…nak raya sakanlah .. Aku pulak , pada mulanya malaslah nk beli( dalam hati tu nak ) ..memandangkan Budjet yang serba kekurangan ( gaji aku la) …tapi semasa beli baju Qashrina

MrHubby cakap “ ayang pilih satu”…MySpaceapa lagi pucuk di cipta ulam mendatang…he..he aku pun rembatlah , janji bukan duit gaji aku sudah…
KELIMANYA:-
aku dok hitung hari nk CUTI BERANAK



Nampaknya lepas raya nie aku akan bercuti Panjanglah …apa2 pun Puasa tetap di utamakan…selamat berpuasa n selamat Hari Raya..

MySpaceaku dok mengitung hari nk raya. Yang sebenarnya..mood raya tu dah ada dalam otak dah…

Wednesday, September 9, 2009

Kegilaan MR Hubby

Best giler layan slot drama nih..Tiap - tiap hari MRHubby aku tunggu hari Jumaat coz nak tgk drama nih..Kadang-kadang tu , sampai Tanya aku malam nie x ada cerita “NUR Kasih Ka”…abang Oiii nie hari khamis la …Kalau Kami sekeluarga keluar pada Malam Jumaat tu..MRHubby aku nie mesti kejan( Nk Cepat) sampai umah sebelum Kol 9.00 Malam sebab Cerita nie la…1 Time aku tengok MRhubby aku “Tergila2kan Gambar Melayu kat TV” kalau x kerjanya Teman aku je Tengok TV, lepas tu melayang hingga ke mana aku pun x tau la….Sapa yg x pernah tgk, tryla..tp sayang la..kena tgk dr awai br tau cerita..tp kalo yg dah tertinggal tu boleh tgk kat tv3 online..Lagu drama ni pon best gak..
nyayian Yasin..
Nur Kasih - Yassin
Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan
Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan
Nur kasih Nur kasih
Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan

Dalam maya kesamaran

Nur kasih Nur kasih

Aku kembali kerana masih

Mencari yang hakiki

Sinar pasti

Janji suci yang abadi

Ooo kasih Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih
Aku kembali keranaMasih mencari yang hakiki
Sinar pastiJanji suci yang abadi
Nur nur ya nur kasihNur ya nur kasih
Nur nur kasihNur kasih

Sinopsis :Nur Kasih
mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.
Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.
Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.
Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.
Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. Apakah kesudahan drama ini?

# tapi hari tu aku baca dalam Paper, Aidil akan berkahwin dengan AYU Raudah(jadi Ustazah) he..he…kesian si Sarah( aku boleh fahami perasaan dia sebab dia memang cinta gila kat si Aidil tu…ibarat kata orang “bertepuk sebelah tangan xkan berbunyi” bergitu juga dengan si Aidil yang Jatuh hati dengan Si NUR.
Drama ini, ada juga iras2 cerita kehidupan aku …sekarang nie…
Ibaratnya ADAM…lelaki Yang Mula Menaruh harapan kepada NUR yang setelah lama di tinggalkan..dan NUR pula hampir membuka pintu hatinya untuk menerima SI ADAM akhirnya di kecewakan sekali lagi , Namun “Hati Manusia terutamanya PEREMPUAN “sekerak2 Nasi , akhirnya Lembut Juga”…Nasib baik depa x ada anak..bolehlah lari sana lari sni…tapi aku…Stail Menunggu sampai Hujung Nyawa aku apa????.

Tuesday, September 1, 2009

Merdeka!Merdeka!Merdeka!



Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52 tahun kepada seluruh warga Malaysia walaupun di mana anda berada, tak kira tua ataupun muda.
Walaupun sambutan pada tahun ni nampaknya tak sebegitu meriah berbanding tahun-tahun sebelum ini, namun merdeka tetap merdeka…
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52.
Merdeka!!!!….