Friday, March 12, 2010

SPM…


Setelah pelbagai spekulasi tentang tarikh keputusan SPM 2009 dan khabar angin keputusan SPM 2009, akhirnya pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk tahun 2009 telah diumumkan. Turut diumumkan ialah tarikh pengumuman rasmi keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009.

Keputusan SPM dan STAM 2009 akan diumumkan pada hari khamis ini iaitu 11 Mac 2010.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, keputusan akan dikeluarkan di sekolah-sekolah mulai pukul 10 pagi.

Calon persendirian pula akan menerima keputusan masing-masing melalui pos yang dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.(Hubby aku lah tu)

Sejumlah 165,853 calon menduduki peperiksaan bertulis SPM di 3,569 pusat peperiksaan di seluruh negara yang bermula pada 18 November hingga 16 Disember lepas.

Seramai 6,920 calon pula menduduki peperiksaan STAM di 98 buah pusat peperiksaan yang berlangsung dari 19 hingga 27 Oktober lepas.

[SUMBER]

SPM…

2009 sudah melabuhkan tirainya, kini tiba tahun 2010…dah masuk bulan Mac dah pun..di tahun 2009 adalah di tahun di mana Hubbyku telah mengambil SPM…iyer jangan terkejut iyer..Ulangan(calon persendirian ) …Almaklumlah nak naik pangkat so…kena lah ambik exam untuk melawakan keputusan..
alhamdulilah, semuanya subjek yang Hubby aku ambik semuanya lulus walaupun dengan x cemerlang sangat kebanyakkan B hubby ambik 5 je… ..oklah tu..janji ada Sijil oklah tu. Kiranya Hubby mempunyai 2 Sijil lah …dan lebih baik daripada yang dulu punya...

Kesebabpan suamiku mendapat kurang cemerlang iaitu B & C adalah kerana :

- Subjek Matematik, time tu adalah hari aku kena mula kerja dan hbis pantang (melahirkan anak no 2) dah habis…so time untuk study memang x ada sebabnya malam itu, adik di landa kembung perut yang membuatkan satu rumah riuh dengan tangisan adik n Kak Deq pulak yang buas sana sini, almaklumlah dok umah baru…esoknya hubby p jawab tanpa ulangkaji pelajaran he..he…so
resultnya SPM: C
- Subjek Sains , di sebabkan soalan dalam bahasa Inggeris apa lagi…x paham lagi tapi hubby aku nie otak cekap bab formula sebab tu dia pham maksudnya walaupn dalm bahasa Inggeris …Resultnya SPM: B
- Subjek Bahasa Inggeris memang sah2lah…Hubby aku memang x pandai BI he..he…Result SPM : C

Subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam hubby dapat A… tahniah hubby…walaupun busy dengan anak-anak tapi hubby dapat tumpukan pada exam…

Apa-apa pun tahniah buat calon-calon SPM yg mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2010.

sesiapa yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan, janganlah berkabung lama-lama.

Hidup x semestinya berakhir dengan SPM ..banyak lagi peluang untuk anda di masa Hadapan.


Untuk PID aku pulak,

bersedialah , tempat anda akan di serbu..oleh budak lepasan SPM…bersedia dengan Hujah dan soalan-soalan yang akan mencabar minda anda

0 Comments:

 

blogger templates | Make Money Online