Copy Tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda..Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya.
Tag dari Blog Kak Zalia.
[#1] Siapakah diri anda di rumah?
Mama Kepada Qashrina Imani & Uzma Irdina,
[#2] Siapakah diri anda disamping rakan?
Kawan yang happy go luck,suka tolong orang..kadang2 tu Pencari JODOH pun aku jugak.Pendengar yang setia & Penyelesaian Masalah pun aku jugaklah tu..
[#3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
1- Baby Boy kalau boleh kembar 2 (anak aku dah 2 Girls)
2- Duit yang banyak dalam Bank ( 2 Juta ok dah tu)
3- kereta Hilax (janji pacuan 4 roda)
4- Bawak anak p Jalan2 dalam Malaysia Je..(almaklumlh BI aku cukup nafas je)
5- Hantar Mak Bapak aku ke Mekah x buat Umrah , Haji pun jadilah.
[#4] Siapakah nama pasangan anda?
Sabri Bin Salim
[#5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
1-Sangat Kedekut dan pembersih ...terutama bab harta benda ...terutama kereta sangt pantang kalau orang lain buat sampah @ menjahanamkan harta dia ...mula lah naik angin. dengan Bini & anak xpa....
2- Suka Masak(Hobi baru) terutama bab -bab Goreng2, kuah2...kalah Chef Wan...he..he...so Nunu tahukan kenapa aku x ada Entry "Pasal Dapur aku " ..
3- Senang di ajak ke sana-sini...suka Jalan-jalan ....suka jadi Driver( walaupun dalam keletihan)
4- Suka buat Bancian dan perancangan Kewangan yang cekap...terutama bab Umah dan kerja
5- Yang ini paling aku suka , boleh disuruh 24 jam..terutama waktu malam bancuh susu anak & tukar lampin anak...kalau anak buat hal xnak tidur..di buainya sampai tertidur budak tu...siap nyanyi2 lagi...
[#6] Bila tarikh anda couple?
Kami x couple pn..kawan je...lepas tu tunang ..nikah ...kenduri ...ada anak...
[#7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Bergaduh besar tahun pertama perkahwinan sehinggakan aku akan bergelar "J" paham sendirilah....sekarang alhamdulilah bahagia sampai hujung nyawa.
ego+ ego= lingkup...(dulu) .
sekarang
Sayang + Cinta = aman selalu.
[#8] Lagu tema cinta anda?
Memori Daun Pisang -Amelina & Iwan...agaknya...he..he
[#9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
Aku teringin nak tengok dia berambut ala-ala Rosyam Noor gitu mesti segak..xpun rambut ala-ala Aoran Aziz...bolehkan begitu..
[#10] Tag 10 rakan ada yang lain.
1-KaK linda Pid Sg Pelek
2-Kak Azrin Pid Sg pelek
3-Kak Suria(e-Unitar)
4-Tim Pid Kuala Nerang
5- Imma Pid Kuala Kurau
6- Nunu Pid Sg Air Tawar
7- En Azlan (Infra)
8- Kak Zamila Pid Tg Kling Melaka
9- sesiapalah..he..he...
*sesiapa tersenarai sila jawab , kalau x ....xnak kawan..he..he..
0 Comments:
Post a Comment