





1). Shopping: Aku paling suka sopping( TAHAP TERTINGGI no 1), x kisahlah barangan umah ke, kain baju ke janji aku tetap akan shopping walaupun duit dalam tangan@ bank tinggal nyawa-nyawa ayam.Tapi aku x suka shopping beli alat-alat mekap...@ pun losyen2 ala kiranya barangan nak bagi badan lawa gitu. Yang asas aku belilah lah...(tu pun sebab terpaksa pakai ari-ari).
2)Jalan-Jalan:Aku paling suka, p Jalan-jalan...walaupun just hanya p Pasar Malam...aku nie bukan yang jenis kaki balik kerja ja, melepak dalam umah...makan malam ...tidur bangun pagi p kerja..bagi aku...p jalan-jalan nie adalah satu cara untuk aku melepaskan stress aku kat pejabat( yeka?????????...ada ke).Tapi aku x suka p makan kenduri umah orang...bagi aku tu satu aktiviti yang menyemakkan kepala , nak fikirlah baju apa nak pakai...tudung Murah @ Mahal.. assoseri lagi...peninglah..tambah2 p umah adik beradik belah Hubby aku..status mau jaga beb.."My title is : anak dara paling Mahal"...ye ka..tu aku dengar Mak mertua aku cakaplah..hubby aku pun cakap benda yang sama.
3)Basuh baju:Antara kerja rumah Aku suka ialah basuh kain baju...walaupun basuh pakai tangan..janji aku x suka raga kain baju x basuh penuh..lapang je hati bila tengok raga kosong.Tapi aku x suka basuh baju Tudung yang bermanik-manik..bukan apa setiap kali aku basuh mesti ada batu yang tertanggal xpun ada tertarik benang ...mybe tangan aku nie jenis kuat sangat menyental kot. Satu lagi menyidai kain, tu pun aku malas...basuh ja Rajin..
4)Tempat kerja: kalau tempat kerja pulak, aku akan sentiasa pastikan x ada sampah..Tapi Aku paling menyampah sapu Tahi Cicak...amboi-amboi ko ingat aku nie Indah Water ka, tiap-tiap hari buang Taik ko...dan lagi 1 buka pintu PID, buka apa dah ketat sangat sebab tanah dah mandat( dah nak runtuh dah) ...Wahai KTAK ku Sayang..Buatlah bangunan Baru untuk Kami...agar kami terus berbakti pada Negara, Agama & bangsa Mu...
5)Koleksi: Suka himpun koleksi...macam baju, barang kemas & lain-lain ...yang aku minat..Tapi kadang-kadang tu menyusahkan aku..contoh anak patung, dulu (masa anak dara) aku suka koleksi anak patung kira 1 almari tu penuhlah...la nie aku terpaksalah angkut p umah aku sebab mak aku kata x nak menyemak umah dia... La nie bilik aku penuhla dengan anak patung dari saiz kecik ke saiz besar..x ada tempat nak menyimpan...
6)Kawan: Aku suka berkawan wlaupun aku baru kenal 5 minit, aku dah jadi ramah macam dah kenal lama... Tapi aku nie payah nk mulakan dulu ( menyembang)...tapi kalau dah mula tu ...rambung sampai x ingat dunia.
7)Cuti: Time cuti sabtu and ahad..time to sleep lama-lama ...sebab aku nie sememangnya kaki tidur( mak aku kata turun bapak aku) .. Tapi la nie dah x leh sleep lama-lama sebab sayang suka bangun awal...wa...wa...wa....(terbalikla pulak).
8) Peragai Hubby aku lepas balik kerja:kalau balik kerja, hubby aku akan belilah kuih, dia tau kata bini dia nie perlahap.Tapi balik kerja, hubby aku mai sepok ja baju putih dalam dia atas board iron....( aku tahulah dia yang beli) geramnya...dahla busuk bau badan ..nanti nak iron baju lain p kerja x busuk ke jawabnya.1 lagi aku xsuka sembunyi sepender yang dah pakai dah dalam seluar Slack @ Jean yang dia pakai...aku la pulak jadi bandaran tukang kutip spender ..kadang-kadang tu aku biarkan saja..aku nak tengok sampai bila dia nak buat peragai macam tu... Dari x ada anak sampailah ke ada anak ...x ubah-ubah... kadang-kadang tu ..aku ambik spender dia sembunyi tu, lepas tu toyoh kat muka hubby aku..biar dia tau sikit...Kalau anak aku tengok aksi nie dia gelak sampai mengekek...
9)Masakkan: ...x pernah kisah aku masak malam @ x . Kalau aku masak , semuanya hubby makan je waluapun ada masakkan tu , aku reka sendiri...terus telan xpa bayak songgeh.. Tapi lauk yang bersantan nak di gantikan dengan air..x reti aku... selalunya Hubby aku suruh masak macam tulah ...katanya dia nak Diet.. aku ingat lagi , time bulan posa..hubby aku beli pes nak buat nasi Tomato..punya bengang aku sebab dia suruh bubuh air ,x bubuh santan.. manalah aku tau tagak..last aku ikut je resepi kat belakang paket last dia tulis" masakan untuk 10 orang" . Padan muka hubby aku..nasi Tomato dah jadi nasi TOkmatTok. Selalu aku buat ikut resepi adik aku bubuh santan sikit nak bagi lemak.Habis jugak seperiuk.
10) Makan: Selalunya Tghari , aku makan nasi bungkus...aku tengok jugak lauk... kalau malam pulak aku dan hubby suka makan nasi bungkus , kalau aku rajin aku akan masak dan Hubby aku akan angkat segala Pinggan mangkuk untuk hidangkan , satu lagi peragai aku berkenan mengenai hubby aku nie dia akan meratah ( mengabiskan ) segala lauk yang ada ..katanya jangan membazir. Tapi selepas makan Mai letak je dalam singki dengan penuh sisa2 makanan , ibarat pinggan tu akan basuh sendiri, lepas tu p dok tempat dia sendiri... kalau x nak basuh pun, buang sisa tu dalam tong sampah. Oleh sebab dah banyak kali berulang aku apa lagi sound je lah aku cakaplah" abang , jangan buat umah nie macam umah mak abang...lepas makan pinggan mai letak dalam sink ja...mak abang x kerja , saya kerja ".
Banyak lagi yang aku x suka dan suka , tapi 10 dululah benda aku suka & aku x suka...ngantuk pun dah hilang...apa-apapun adios.
0 Comments:
Post a Comment