Friday, January 15, 2010

KEHEBATAN


Kisah Benar... Hampir Dirogol!!

Message: Kisah benar dari US . Banyak kisah-kisah aneh yang menakjubkan sebegini telah berlaku. Moga kita boleh ambil iktibar.


Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik kerumah dari tempat kerjanya.Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat malam.Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan berseorangan.Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki(kulit putih Amerika)bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa kehadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik
lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia.Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya.Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi
sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat l ain ).
Dia pun tanya perogol itu "Why don ' tyou do anything to me on that night even though you know that I ' m alone?"
Perogol tu jawab: "No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim."
Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
.....................................................................................................................................
Cerita di atas aku dapat dari seorang Insan ...Ye memeng benar, sebabnya pekara nie terjadi kepada aku sekeluarga... Allah Maha Kuasa, Maha melindungi....

Pekara nie terjadi dalam bulan 12 2009 yang lepas, semasa itu, aku dan suami baru baru balik dari kerja...biasalah aku, bila balik umah buang kain just tinggal baju ja(baju kurung la)...si My hubby pulak, tinggal seluar slack ja...dok rancak melayan kak Deq bermain depan tv, manakala aku pulak melayan adik yang menyusu...pintu pagar rumah aku , x berkunci(x bubuh Mangga)..just hanya selit mcm tu ja...Tiba-tiba datanglah sekumpulan lelaki (dalam 7 orang gitu) semuanya badan touch2 belaka...dengan bersereban, dengan bercelak..naik seram aku... Nasib baik , masa tu pintu grill berkunci kalau x ...entahlah apa akan berlaku..tiba2 hati aku x sedap, merembang bulu tengkok aku , bila salah seorang bagi salam...bukan apa ( la nie , banyak santau2 ). My hubby dukung kak deq , terus p buka pintu grill... Ya Allah , Lindungilah kami sekeluarga..selalunya My hubby payah nak buka pintu grill kalau orang x kenal datang umah..just sembang dengan di halang pintu grill.ja.. Mulut aku, masa tu bertalu2 membaca ayat kursi , agar jauhkan dari bencana... dalam hati mintak Allah Lindungilah Kami anak beranak.. sebabnya aku dah tengok My hubby dah macam lali ... Ya Allah.... Akhirnya dengan tak semena-semana depa( sekumpulan) tadi mintak diri sebabnya nak p umah yang lain pulak. Alhamdulilah Ya Allah, Terima Kasih Ya Allah, Bila Hubby masuk dalam umah, aku tanya Hubby depa datang nak apa???. My hubby jawab "Depa ajak p Jemaah kat surau ” mengarutlah..punya panjang depa cerita , xkan ayat tu ja.... Apa-apa pun Kami bersyukur, kerana terselamat..walaupun pada hakikatnya aku x tau sama ada depa tu sememangnya penceramah bebas, @ pengamal ilmu santau...Allah Hu Alam. Yang Pasti malam Tu adik memang tak boleh lena langsung... tinggal sikit ngis..sampaikan kena pakai minyak celak dan letak Yassin kat kepala adik baru boleh lena.
.....................................................................................
MORAL CERITA INI:

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.(Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat).Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya
yang sentiasa ingat akan diriNya. Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab...selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat.Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah.. Jadi, renungkanlah di mana level 'iman ' kita sekarang ini. Wassalam.
Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah
bin ' Amr r.a.] Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.
::dlm surah an-nur Allah telah mengatakan;hambanya yg mnutup aurat akan dihormati & dilindungi::

1 Comment:

fibocynno said...

pergh...terharu beb...cerita ang nie...
moga2 allah melindungi kite sebagai hambanyakan..

 

blogger templates | Make Money Online