Wednesday, September 16, 2009

Duit Raya Untuk ....



Semuanya buat kad Raya sendiri..so Mama Qashrina pun nak bagi jugaklah..silalah ambik ye....Gambar ini di edit so tuan punya gambar original mintak Halal ye...Mak Buyung nak jugak kasi Hadiah walaupun x mampu dari segi realitinya..he..he....


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin..

Monday, September 14, 2009

Selamat Hari Raya







Masak lemang sambil berdiri,
Hendak dimakan di aidilfitri,
Nak hantar kad raya posmen dah cuti,
UCAPAN DALAM BLOG saja sebagai ganti,
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Di aidilfitri mulia,
Maaf dipinta andainya....
TERkasar bahasa...
TERsilap bicara...
TERmarah yang tak kena...
TERtanya yang tak tentu hala...
TERsasul yang tak sengaja...
TERpukul kat mana-mana...
TERpinjam harta benda...
TERmoody tak semena-mena...
TERumpat bila-bila...
Dan macam-macam lagi yang TERsalah & TERsilap,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir & Batin

Ada tikanya MATA silap memandang,
TELINGA salah mendengar,
LIDAH terlanjur berkata-kata,
FIKIRAN khilaf menafsir,
HATI silap menduga,
Mohon ampun @ maaf,
SElamat Hari Raya Aidilfitri


Esok lusa syawal menjelma, dalam kesempatan yang terhad ini mama Qashrina ,Abah Qashrina , Qashrina dan seluruh Family Qashrina ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua kawan-kawan dan pengunjung blog ini. Berhati-hati di jalan raya dan semoga diberkatiNya selalu. insyaAllah...

Tahun nie, Raya Umah Tok Mama( Belah Mama lagi ye).....Jemputlah Datang ke Rumah...

Friday, September 11, 2009

saja_saja


Image and video hosting by TinyPic

APA YG AKU DOK HITUNG NIH?

MySpace Byk perkara yg aku dok hitung. MySpace
Pertama:-MySpace
Dapat ke?? tahun nie aku berpuasa penuh..
Hari ini dah 20 Ramadhan aku dah berpuasa..alhamdulilah nampaknya Semoga tahun nie dapatlah aku berpuasa penuh Hendaknya …. Dah x lama lagi nk raya pejam celik, pejam celik lagi seminggu je lagi…Lagi Best Tahun nie jugak aku akan beraya sepuas-puasnya sebelum aku MELETUP…Terutama Bab Makanan MySpace..aku nak Makan Laksa ( My Fav) he..he…sebab lepas nie mybe aku dah x leh makan dah…Kiuh raya n semuanya …
KEDUANYA:
Budjet Duit Raya???????????????..


Duit Raya nak Kasi kat Budak2 yang mai umah , tahun lepas xplah Maksu n Paksu yang bagi..sebabnya depa raya kat sni..( Umah Opah aku) tahun nie depa raya kat Kelantan he..he... Maksu aku kena ikut Paksu la pulak , Tahun nie Giliran aku la pulak kena ambik alih..al maklumlah xkan nak suruh Mak bapak aku pulak kasi duit raya kat budak2 tu ......Duit Raya Qashrina lagi , mak bapak aku bagi....Tahun lepas memanglah Raya Sakan aku ‘almaklumlah Bonus Raya ‘ tahun nie , dapat ke ????. Kalau dapat , bila Kapannya ????. Oh la Dato Najib Ku sayang , Fahamilah kami bukanya Kaya Macam Ko....
Berita Baik Yang Di Umumkan ...Alhamdulilah ...
Oh ye..alhamdulilah nampaknya kerajaan Malaysia nie ( Terima Kasih Dato Najib) , begitu perihatin “Bonus Raya” walaupun setengah dulu..tapi kiranya alhamdulilah…Yang Kerja Kontrak macam aku nie dapat ka?????.
KETIGANYA:-





Sempat Ka aku Raya ???? n aku nak kena C-ser lagi ka???
Semalam 10 September adalah Hari aku Cuti n MRhubby… Sebabnya p Mahsuri Medical Centre..alhamdulilah, nampaknya peluang untuk aku merasai sakitnya bersalin Normal akan terlaksana sebabnya kedudukan bayi ok..minta-minta sampailah aku selamat melahirkannya..Kali ini Scan lagi …memang sah2 bayi aku adalah “GIRL” x kisahlah… lagipun anak perempuan @ Lelaki sama je…Cuma kali nie MRhubby dah bagi amaran ,
STOP DULU YE…sebabanya nak Himpun Harta n nak bela anak 2 nie dulu..…he..he tau pun.. Qashrina??? , x ikut sebab MRhubby memang x suka anak kesayangan dia tu p jalan tempat orang ramai2 walaupun p pasar Ramadhan, siap tunggu dalam kereta dengan anak , dan aku akan shopping beli makanan sendirian…he..he…bukan apa , dia takut H1N1.. Lepas je ke Klinik, so aku n MRhubby p la Jalan2 ke Alor Star, saja nak server harga untuk kelengkapan Rumah baru nanti..First tempat kami tuju adalah GIANT…Lagipun masa tu dalam Kol 11.00 Pagi, so x ada orang la sangat.. Last shopping dalam giant adalah 2 pasang baju adik qashrina dan sepasang baju Qashrina..Tu je.. Doc Kata 26 Hb mai pulak...Raya puas2 dulu..
KEEMPATNYA:MySpace
Baju Raya ??????? Tema Colour …ha x beli lagi raya nak dekat nie… aku x pa..Qashrina lah …kesian anak aku n Hubby aku …Jawapanya:
Habis dah shopping kami kat Giant , kami menuju ke City Plaza, sebab aku nak beli baju Melayu untuk Mr Hubby aku n Mrhubby nak beli tudung kat Mak dia( ala anak mak la katakan) …
Oh ye belum tu, malam 9hb kami sekelurga shopping kat THE Store Kangar, MRhubby dah belikan baju raya untuk aku n Qashrina…sepasang baju kurung nanti hari isnin aku bubuh gambar ye.. so untuk Mr Hubby aku pulak belikan( aku beli yang murah je) …so Colour kali nie adalah ala-ala “PINK ”gitu Sebabnya Baju Qashrina adalah Colour tersebut, ( kiranya nak buat Tema lah nie) memandangkan saiz anak aku tu kecik…ala ala saiz XS so punyalah susah nak cari baju raya kat dia..yang ada pun semuanya kain2 x elok..yang elok pun yang pink Colour je (biasalah shopping last minit) ..nak x nak Mr Hubby belilah jugak , almaklumlah Tahun lepas anak Kesayangan dia x dapat kaki lagi.
Tahun nie, sebab dah dapat Kaki…nak raya sakanlah .. Aku pulak , pada mulanya malaslah nk beli( dalam hati tu nak ) ..memandangkan Budjet yang serba kekurangan ( gaji aku la) …tapi semasa beli baju Qashrina

MrHubby cakap “ ayang pilih satu”…MySpaceapa lagi pucuk di cipta ulam mendatang…he..he aku pun rembatlah , janji bukan duit gaji aku sudah…
KELIMANYA:-
aku dok hitung hari nk CUTI BERANAK



Nampaknya lepas raya nie aku akan bercuti Panjanglah …apa2 pun Puasa tetap di utamakan…selamat berpuasa n selamat Hari Raya..

MySpaceaku dok mengitung hari nk raya. Yang sebenarnya..mood raya tu dah ada dalam otak dah…

Wednesday, September 9, 2009

Kegilaan MR Hubby

Best giler layan slot drama nih..Tiap - tiap hari MRHubby aku tunggu hari Jumaat coz nak tgk drama nih..Kadang-kadang tu , sampai Tanya aku malam nie x ada cerita “NUR Kasih Ka”…abang Oiii nie hari khamis la …Kalau Kami sekeluarga keluar pada Malam Jumaat tu..MRHubby aku nie mesti kejan( Nk Cepat) sampai umah sebelum Kol 9.00 Malam sebab Cerita nie la…1 Time aku tengok MRhubby aku “Tergila2kan Gambar Melayu kat TV” kalau x kerjanya Teman aku je Tengok TV, lepas tu melayang hingga ke mana aku pun x tau la….Sapa yg x pernah tgk, tryla..tp sayang la..kena tgk dr awai br tau cerita..tp kalo yg dah tertinggal tu boleh tgk kat tv3 online..Lagu drama ni pon best gak..
nyayian Yasin..
Nur Kasih - Yassin
Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan
Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan
Nur kasih Nur kasih
Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan

Dalam maya kesamaran

Nur kasih Nur kasih

Aku kembali kerana masih

Mencari yang hakiki

Sinar pasti

Janji suci yang abadi

Ooo kasih Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih
Aku kembali keranaMasih mencari yang hakiki
Sinar pastiJanji suci yang abadi
Nur nur ya nur kasihNur ya nur kasih
Nur nur kasihNur kasih

Sinopsis :Nur Kasih
mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.
Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.
Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.
Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.
Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. Apakah kesudahan drama ini?

# tapi hari tu aku baca dalam Paper, Aidil akan berkahwin dengan AYU Raudah(jadi Ustazah) he..he…kesian si Sarah( aku boleh fahami perasaan dia sebab dia memang cinta gila kat si Aidil tu…ibarat kata orang “bertepuk sebelah tangan xkan berbunyi” bergitu juga dengan si Aidil yang Jatuh hati dengan Si NUR.
Drama ini, ada juga iras2 cerita kehidupan aku …sekarang nie…
Ibaratnya ADAM…lelaki Yang Mula Menaruh harapan kepada NUR yang setelah lama di tinggalkan..dan NUR pula hampir membuka pintu hatinya untuk menerima SI ADAM akhirnya di kecewakan sekali lagi , Namun “Hati Manusia terutamanya PEREMPUAN “sekerak2 Nasi , akhirnya Lembut Juga”…Nasib baik depa x ada anak..bolehlah lari sana lari sni…tapi aku…Stail Menunggu sampai Hujung Nyawa aku apa????.

Tuesday, September 1, 2009

Merdeka!Merdeka!Merdeka!



Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52 tahun kepada seluruh warga Malaysia walaupun di mana anda berada, tak kira tua ataupun muda.
Walaupun sambutan pada tahun ni nampaknya tak sebegitu meriah berbanding tahun-tahun sebelum ini, namun merdeka tetap merdeka…
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52.
Merdeka!!!!….

 

blogger templates | Make Money Online