Best giler layan slot drama nih..Tiap - tiap hari MRHubby aku tunggu hari Jumaat coz nak tgk drama nih..Kadang-kadang tu , sampai Tanya aku malam nie x ada cerita “NUR Kasih Ka”…abang Oiii nie hari khamis la …Kalau Kami sekeluarga keluar pada Malam Jumaat tu..MRHubby aku nie mesti kejan( Nk Cepat) sampai umah sebelum Kol 9.00 Malam sebab Cerita nie la…1 Time aku tengok MRhubby aku “Tergila2kan Gambar Melayu kat TV” kalau x kerjanya Teman aku je Tengok TV, lepas tu melayang hingga ke mana aku pun x tau la….Sapa yg x pernah tgk, tryla..tp sayang la..kena tgk dr awai br tau cerita..tp kalo yg dah tertinggal tu boleh tgk kat tv3 online..Lagu drama ni pon best gak..
nyayian Yasin..
Nur Kasih - Yassin
Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan
Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan
Nur kasih Nur kasih
Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Dalam maya kesamaran
Nur kasih Nur kasih
Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Ooo kasih Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih
Aku kembali keranaMasih mencari yang hakiki
Sinar pastiJanji suci yang abadi
Nur nur ya nur kasihNur ya nur kasih
Nur nur kasihNur kasih
Sinopsis :Nur Kasih
mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.
Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.
Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.
Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.
Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. Apakah kesudahan drama ini?
# tapi hari tu aku baca dalam Paper, Aidil akan berkahwin dengan AYU Raudah(jadi Ustazah) he..he…kesian si Sarah( aku boleh fahami perasaan dia sebab dia memang cinta gila kat si Aidil tu…ibarat kata orang “bertepuk sebelah tangan xkan berbunyi” bergitu juga dengan si Aidil yang Jatuh hati dengan Si NUR.
Drama ini, ada juga iras2 cerita kehidupan aku …sekarang nie…
Ibaratnya ADAM…lelaki Yang Mula Menaruh harapan kepada NUR yang setelah lama di tinggalkan..dan NUR pula hampir membuka pintu hatinya untuk menerima SI ADAM akhirnya di kecewakan sekali lagi , Namun “Hati Manusia terutamanya PEREMPUAN “sekerak2 Nasi , akhirnya Lembut Juga”…Nasib baik depa x ada anak..bolehlah lari sana lari sni…tapi aku…Stail Menunggu sampai Hujung Nyawa aku apa????.
1 Comment:
2 la. ek...nak xnk...ko pn da nak ade anak 2...maksudnye...ko da mule sygkn hubby ko...cume nk melupakan org yang dulu 2 susah...sebab da ade status bertunang...btl idak?...pape pn aku doakan kehadiran ank ke-2 ko akan lebih bahagia...hmm..pape pn ko kena pk...anak da nk ade 2..nak xnk pn ko kena lupe kn org lame....buang yang keruh amik yg jernih...aku tau nak lupekan yang lepas bkn senang...dia ttp dlm ingatan....aku nie...ntah la...nasihatkn org pandai jer...aku doakan korang bahagia k...hingga ke hujung nyawa bersama anak n anak yang nak coming soon nie...
Post a Comment