Hari nie first day aku masuk kerja , al maklumlah bercuti panjang.....(Beranak)..alhamdulilah semuanya ok…Aku dapat “Girl” so nama anak aku
NUR UZMA IRDINA BINTI SABRI…
NUR- Cahaya
UZMA – Terbaik
IRDINA – Keberkatan / Kebajikan.
NUR- Cahaya
UZMA – Terbaik
IRDINA – Keberkatan / Kebajikan.
Uzma selamat di lahirkan dalam keadaan NORMAL , terima kasih kawan2 sebab doakan aku.. pada 24 September 2009 pada hari raya Ke 5 Jam 8.45 Pagi.. he..he…kiranya sempatlah aku merasa LEMANG, LAKSA(FAV)Adik aku yang masak , dan kuih raya Lazatnya ,di Pusat Rawatan Mahsuri Jitra..Kos dia dalam 1k lebih ja…
Oh ye..untuk makluman , aku dah pindah ke Rumah baru(Horey akhirnya dapat jugak aku duduk umah sendiri)...Jemputlah datang ke Rumah Ye..Raya Haji nnti , nak buat kenduri naik rumah orang tua2 kata..he..he dengan kenduri kesyukuran Uzma.
Oklah sambng nanti..
Sebabnya aku dah x ada idea nak tulis…he..he…
#Mama dan Abah doakan Uzma supaya sentiasa sihat,baik,menjadi anak yang solehah serta mendengar cakap mama dan abah
Alhamdulilah sempat jugak aku menikmati keriangan hari raya, walaupun keadaan aku yang dok tunggu nak meletup..Kali nie aku balik raya naik MY CAR( dengan Megahnya)...Kami bertolak sehari seblum hari raya, almaklumlah umah mak aku kan tengah renoit..so balik kena kemas umahlah..tapi mak x bagi aku kemas , almaklumlah perut dah boyot..tapi aku ketegaq(degil) aku ambik berus cat , terus aku tolong my little brother cat umah....aku balik rumah raya ke 3 sebab raya ke 4 aku dah kena masuk kerja..lagipun malaslah nk cuti panjang..kesian kat nik( tahun nie dia raya Kat Perlis) ...kan lps nie aku nak cuti panjang...cuti beranak... Pagi Raya ke 4, aku mai kerja..lps balik kerja aku ajak Myhubby p beraya umah adik beradik dia..sempatlah aku beraya 2 buah rumah..dah mlm, tiba2 qashrina terlena(selalunya kol 11 baru lelap) mybe letih sangat kot main kat umah umie dia tadi ...Myhubby ajak p beli Char Ketow sbb dia kata dia nak sangat makan...(buang tabiat ka) bungkus ja..Balik umah,lpas makan, aku mula di serang sakit perut, memulas2 tapi bukn air buang air besar.. Myhubby ajak tidur, aku cakap bawak anak p tidur dulu.. nanti chat skit aku masuk tidurlah.. hubby aku kata nak bawak p klinik..aku perang besar dengan hubby sebab aku x nak p lagipun due aku jauh lagi tu... lagi satu , xkan nak tinggal qashrina kat Umie dia tengah malm buta nie, kacau orang lena ja.. biarlah esok pagi kita p la... Dah x tahan , aku pun serender...hantar anak kat kak anie, terus p klinik naik si kontot...kereta aku dok umah mak aku...he..he...tengah malam dalam area kol 1pagi ..bertolak la kami dua laki bini p Jitra...Sampai sana, aku kena seluk( sakit oiiiii)
...bidan kata buka 1cm..kena tunggu 8@9 baru boleh beranak...tolak naik atas dulu, hubby aku sentiasa dok dengan aku...kalau x 1 klinik aku panggil dia (dengan nada kuat pulak tu) ...kan aku ank manja..Masa Qashrina tu, aku beranak ada mak , mak mertua, adik dengan abah aku temankan ..kali nie , kami laki bini sahaja .bukan apa biar laki aku tau macam mana hazabnya nak beranak anak dia..jangan dia tau buat ja...biar dia rasa sama...

( jahatnya aku)..
Dalam Wad tu, adalah kat 6 katil, 1 ada orang yang lain kosong...aku nak ambik 1katil satu bilik...dah penuh.. so nak xnak terpaksalah masuk bilik ramai katil tu..( kesian Mak mertua aku lena atas lantai , hari ke 2 sebab teman aku)..sambung crita tadi, masa dalam bilik tu , tinggal aku n hubby ja.. aku di serang sakit perut sangat2 mcam nak meletup, tapi bila laki aku usap sakit tu pun hilang...dalam 5 minit mai pulak sakit tu , memang malam tu aku macam dah nak gila...bayangkan dari kol 2 smpai ke pagi(kol berapa tah aku x ingat) ...dok meraung sakit perut , sampaikan aku tertokak(gigit) tangan hubby aku ,(merah padam laki aku) sebab sakit sangat..cuma Allah yang tahu.. Last bidan Mai, dia kat dah boleh beranak dah nie(seluk lagi)
oiiisakit tau.. Sebelum tu, aku dah langah 1 botol minyak yang buat orang mudah beranak, tolak ke dalam bilik beranak tu, aku pegang tangan hbby aku kuat -kuat , kot2 dia lari...xnak aku beranak sorang2..biar berdua..Hubby aku pun ikut(tau dah, bini dia akan tempit 1 klinik kalau dia x ada) , masuk bilik tu, sambil tunggu doc..aku pun peluk la laki aku..macam hindustanlah pulak...Malu????berlakang kira..masa tu aku dah x peduli dah..(yang sebenarnya aku xnak laki aku lari, tinggal aku sorang2 dlm wad tu)..almaklumlah laki aku nie takut darah.. nurse tu tambah air(air ubat)...lagilah sakit..kali nie aku gigit coler baju laki aku...he..he teruknya..sampailah kesudah..aku peluk laki aku...masa aku teran tu, hubby aku dah x sanggup sebab dia rasa pitam tengok darah,
so nak xnak terpaksalah aku bertarung sorang2 tapi masa tu dah nk kluar dah..kiranya laki aku tengok dari awal sampai sikit ja cerita tu nak habis..xsempat ending, dia dah kluar...aku kena jahit....entah berapa jarum aku pun xtau.. sebab keluar ja anak..aku terus muntah...sampai habis baju n lantai2...hinggakan nurse tu terpaksalah salin baju aku....sebab aku dah xberdaya dah...Doc Tu nama doc Sharifah... Lepas dah beranak, aku di sorang masuk balik wad yang katil banyak tu..doklah aku selama 2 hari 1 malam...


laki aku kata, lps dia klur, dia terus pening ...sampai terduduk sebab takut tengok darah...aku x kisah kalau korang baca , nak kata apa2 , .
biasalah aku kan anak manja...
0 Comments:
Post a Comment