Wednesday, July 29, 2009

Entry Panjang... "betapa tidak bersabarnya aku"



Alhamdulillah.Allah berfirman;" Allah akan memberikan kelapangan setelah kesempitan. "Al-Thalaq : 7" Kerana sesungguhnya bersama kesukaran itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesukaran itu ada kemudahan. "Al-Insyirah : 5 - 6



Aku dan MRHUBBY menghadapi perbagai-bagai masalah , sebelum akhirnya kami dapat membuat pembelian rumah dalam usia yang di katakan agak muda gitu( perasan sikit). nie blog aku, aku punya sukalah....he..he...
Almaklumlah dengan aku yang berkeadaan sebegini( mak buyung) ..dengan Kes2 yang agak terlampau …sehinggakan aku rasakan pergolakan umah tangga aku akan berakhir dgn “P”.Namun alhamdulilah , akhirnya segala dugaan dan ujian ..Kami stail lagi sebagai Hubby & wife..walaupun kadang2 pergolakkan sering terjadi , mybe dari aku or hubby aku or orang luar ..entahlah..mybe masih muda pemikiran aku & hubby yang terlalu mengikut rentak egois masing2 yang kadang2 terlaluan ataupun aku sendiri takut untuk menghadapi peragai lama hubby aku yang mengamalkan “ King Control” sepanjang setahun perkahwinan …yang akhirnya aku juga terpaksa meredzokannya seandianya aku bergelar “J” ketika umurku baru memasuki 25 tahun jika ianya sudah tertulis.


Ah..tu cerita lama, sekarang aku nak buka cerita baru pulak…

Tahniah, buat geng2 PID yang bakal bergelar ibu buat kali pertama atau kali ke berapa pun..Rejeki…Sememangnya aku adalah ahli2 tersenarai dalam geng2 nie jugak..alhamdulilah nampaknya perut boyot aku pun dah menghitung waktu untuk meletup( dah x lama dah) … ohye …sebelum nie ada aku menceritakan tentang baby dlam perut ku… alhamdulilah aku akan mendapat Baby Perempuan…nampaknya orang dapur lagi…tahniah Kak Raihan “nampaknya Hajat PS tertunai jugak akhirnya” Cuma hajat MR Hubby je yang x tercapai wa..wa..wa …dia pun nak “Prince” jugak..tapi dapat "Princess" nak buat macam manakan…


Kuasa Allah…


Tapi Rejeki anaklah , aku & hubby dapat beli umah Baru yang aku wish2 kan selama nie…walaupun kecil ibarat kata Kak Raihan “Sekakang Kera” namun aku bersyukur sebabnya takat tu je MRhubby aku mampu sediakan , al-maklumlah kawasan perumahan di Perlis nie adalah terlalu HAZAB …semuanya mencecah PULUHAN RATUS RIBU mengalahkan Kuala Lumpur ...negeri kecik la katakan ..dah la tu , yang boleh beli rumah hanya berSTATUS TETAP SAHAJA..KONTRAK2 bo la layan ha( kata Pihak Bank La)….Area yang MRhubby beli adalah area Bintong..kawasan yang tengah membanggunglah katakan.. ( kiranyalah ). Dekat Dengan Umah Raja Muda Perlis...he..he..Moga2 aku dapatlah berbesan dengan Raja Muda he..he..Perasan Yang amat sangat x betul( hampir2 mereng agaknya Mama Qashrina nie)...


Semalam, Mrhubby dah selesaikan Deposit & Sain Grement dengan Pihak Bank.. Minggu depan sain surat loya dan boleh dapat kunci… Bertapa happynya MR Hubby aku,aku pun happy jugak almaklumlah selalu kena perli dengan MRS WIFE dia yang selalu cakap


“ Abang , orang xnak rumah yang jamban dia bekas orang lain paham”


(maksud ayat aku “ Kalau beli rumah , biarlah rumah Baru bukan Secondhand”) . Dahlah tu, Qrts yang aku duduk la nie..dah mula bocor sana sini.. Tiap kali ujan, jangan ceritalah …air bertakung kat siling boleh jadi peta bila kering ..bayangkanlah sendiri , macam mana…


Lepas nie, MRHubby & aku kena Korek duit…( Bukan duit Qashrina) ..untuk buat pemasangan gril, sebabnya di kawasan tu , x bayak sangat penduduk .Lagipun untuk keselamatan, Kabinet Dapur???? tengoklah kalau ada Budjet..almaklumlah nak meletup pun pakai duit jugak nie .. (ambik aura dari dapur Kak Raihan pun Jadilah). Tapi apa2 pun aku bersyukur sangat2.sebab Tertunai Hasrat aku nak beli rumah sebelum umurku 30 tahun..amin.. Kereta pun dah beli..motor pun dah beli..lepas nie apa pulak target aku ye… oh ye..Duit pembayaran bulan Rumah di tanggung bersama oleh Kami Laki Bini… (note to: Qashrina) .. Ingat tu sayang...Kalau abah nak kahwin lain, Rumah tu Hak mama jugak tau...xpayah bagi Bini Muda abah duduk dalam Rumah tu. ada Faham.

Aku bersyukur dan sangat terharu. Allah menguji kami, sehinggakan kadangkala saya merasakan aku mcam memaksa MRhubby , keputusan yang salah membeli rumah dalam tempoh terlalu muda untuk menanggung Hutang dan fikiran ku yang masih kebudakkan,(sebab Jeles tengok , Kak Raihan, Kak Ida( ex-kupang) , Iera dah ada Rumah baru , tapi aku hanya duduk rumah berQRTS sahaja... namun, diberinya juga kebaikan (betapa tidak bersabarnya aku...betapa lemahnya aku sebagai hambaNya).Dengan adanya rumah baru, semoga Semangat baru akan hadir dalam hidup aku sekeluarga, InsyaAllah. Moga Allah memudahkan urusan kami.

1 Comment:

fibocynno said...

wah..tahniah2...da beli umah...adoi...cepat btl rejeki ko ek...

 

blogger templates | Make Money Online