Detik-Detik Perkenalan Antara Aku & Hubby Macam mana aku kenal MR Hubby ?
#Tahun 1999,Masa tu aku di Tingkatan 4 sekolah Menengah biasa, Aku seorang budak perempuan yang aktif dalam Kelab dan Persatuan..Satu ari , aku dan beberapa orang cikgu hantar p Kursus Kelab Prostar Under Kementerian Kesihatan kat Timah Tasoh, kiranya wakil sekolah la nie...Aku kenal dengan Boy ( Kalau sapa baca Tag) ..tapi Boy nie segan nak cakap( dia syok dengan aku) ..so aku anggap kawan je lah...
#Habis kursus, kami bertukar Telefon, ala masa tu telepon Umah je..mana lah ada Handphone..yang glomur PublicPhone..Esoknya habis kursus, Adalah seorang Mamat nie phone nak cakap dengan aku...aku x kenal sebab masa kursus mana dia p( MR Hubby). Perbualan tu berkisarkan Dia(hubby) jadi orang tengah antara aku dengan Boy..Oleh sebab aku x respon apa2 ..so MY hubby cakaplah"susah2 kita couple dua nak" aku apa lagi..masa tu tengah frast dengan Pakwe yang paling aku sayang ( Hubby aku kenal lah) "oklah". sedangkan Muka pun x kenal macam mana..
# Face 2 face , kat The Store Kayangan Square..dengan beraninya , aku keluar date kat kangar dengan Seorang Lelaki..tapi Aku p bawak teman.Terima kasih Noraini ..sebab ko sanggup temankan aku.. Sekarang nie..kemana ko menghilang ye Noraini...
# Hubungan x kekal lama , ( ala cinta Monyet)..senyap mcm tu je..bila boy tau aku dah couple dengan Mamat yang dia suruh jadi orang tengah, apa lagi frastlah kawan kiranya " Pagar Makan Padilah nie" tapi Boy x mudah putus asa ..My Birthday boy hadiahkan teddybear Pooh ( stail aku simpan lagi tau dengan surat cinta yang masa tu guna kertas jawab soalan bahasa melayu yang siap ada Lambang sekolah lagi..tapi sat je dok nak couple aku mintak just kawan je ...Sorry boy ..ko x ckp sendiri..aku xnklah bertepuk sebelah tangan pulk nanti.
# Masing-masing sambung belajar, & aku pun dah jumpa Special BoyFriend (nama di rahsiakan) dia nie memang aku sayang gila2 sampai tahap tinggi2lah masa tu x ada dia dunia aku mcam kelam je... Dan hampir2 nak kahwin tau..nak buat macam mana dah xada jodoh ..hu..hu
# Tersilap hantar SMS ucapan Raya , so Masa Raya Puasa Tahun 2005 ..MyHubby( masa tu kawan ja) & boy datang Umah ..raya ..so berkenanlah lah balik... Aku berkenan kat Hubby aku sebab dia ada Kereta( ala masa tu Kereta Tiara Ja) ...bukan rupa dia..
# malam tu berbalas SMS, esoknya Keluar Date kali ke 2 kat Bukit Wang ( naik kereta ) ....Orang P raya kami p dating..he..he.. dah la dekat dengan Umah Tok dia pulak tu...area tu jugak.
# Bulan Ogos 2006( masa tu aku kerja dengan KKLW) , hubby aku pulak masa tu kerja Runner kereta ja...Rombangan Merisik pun sampai..Bila bincang bab Hantaran , pihak aku & Pihak dia terkejut sebab aku letak Mahal sangat he..he...he.. ( masa tu , aku cakaplah kalau sayang kat aku..nie harga dia) RM 8444.44 Sahaja.
# Bulan Oktober 2006-Ikatlah Tali pertunangan aku dengan Mamat nie... Masa tu Hari Raya Ke 2, he..he .Baju Tunang aku recyle dari Maksu punya Baju Kahwin la he..he...he..
# Bulan Oktober 2006-Hubby dapat kerja dengan Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis. Alhamdulilah .
#Bulan Jun 2007- Kami disahkan dengan ikatan yang suci sebagai suami isteri.
#Bulan Ogos 2007- Aku kerja dengan PID.Hubby aku jugak yang mai hantar resume kat Nik..
#Bulan Mei 2008-Lahirlah Puteri Kesayangan Kami Nur Qashrina Imani Binti Sabri
#Oktober 2009- Lahir lah anak no 2 kami.
Tahun PerTama: Sememangnya bermasalah sungguh, Hubby jenis Kedekut tapi dalam masa yang sama jadi King Control. Tapi sekarang: Alhamdulillah kerana dikurniakan suami yang tahu tanggungjawabnya,dah x kedekut dah , bkn jenis panas baran, tak merokok (penting sgt!), Tak malas2 dan xberkira nak wat keje umah.. yelah, kalo somi x mo tlg isteri wat keje umah, x yah kawen la... bujang lagi baek.
Yang penting dlm perkahwinan, jangan kata2 org luar tu jadi lebih besar pengaruhnya berbanding pasangan tu sendiri. Kita kena tahu, dan kena kuat tegaskan... org luar even famili sndiri tak tahu apa yang kita lalui dan rasa. Susah senang tu kita je yg tahu. Sbb hidup orang xpernah ada yang sama. Semua ada cara dan pengalaman yang tersendiri.
Aku harap, biarlah perkahwinan ni kekal dan aku tak mau ada tercalit walau satu luka pun. Luka yang tak berdarah xpe... tp jgn smpai bernanah. Wallahualam...
0 Comments:
Post a Comment