Semalam 23 oct, kat tv3 jam 8 malm tajuk berita kakitangan awam yang sedang berkhidmat secara kontrak mungkin terpaksa ditamatkan perkhidmatan menjelang akhir tahun ini, Ya Allah macam nk lucut jantung aku dengar berita tu...so pagi nie cepat-cepat aku buka online paper , paling cepat update kosmo online http://www.kosmo.com.my/ so nie la buktinya...
Nasib 50,000 pekerja kontrak jadi persoalan
KUALA LUMPUR - Sebahagian daripada kira-kira 50,000 kakitangan awam yang sedang berkhidmat secara kontrak mungkin terpaksa ditamatkan perkhidmatan menjelang akhir tahun ini berikutan kekangan kewangan, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman.
Mereka adalah kakitangan yang kontraknya disambungkan dari setahun ke setahun, yang berkhidmat di semua jabatan dan kementerian di seluruh negara, tidak menikmati kemudahan seperti yang diterima kakitangan awam tetap, tetapi melakukan tugas yang sama.
Omar memberitahu Bernama, Cuepacs tidak boleh menerima alasan kekangan kewangan untuk menamatkan perkhidmatan mereka, kerana kerajaan dilihat masih mampu mengekalkan perkhidmatan golongan ini.
Cuepacs, katanya telah menghantar rayuan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengekalkan kakitangan ini, yang kebanyakannya telah berkhidmat sehingga lebih 20 tahun.
"Cuepacs telah mencadangkan sama ada JPA mengambil semula pekerja ini atau menyerap mereka ke dalam kedudukan tetap," kata Omar. Kenapalah kerajaan sangup , buat macam nie kat Rakyat Malaysia.. x fikir ke kalau anak bini depa kena macm tu, apa yang depa rasa...Kalaulah betul nampaknya PID pun kena tutuplah...hbis anak bini nak makan apa....
Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menempuh dugaan ini.
Friday, October 24, 2008
Berita Yang Mengemparkan..
Di Tulis Oleh Mama Atie Date & Time 10/24/2008 09:19:00 AM
Label: Berita Mengemparkan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment