Tuesday, July 1, 2008

Puteri Kesayangan hamba "Nur Qashrina Imani"



NUR QASHRINA IMANI BINTI SABRI
NUR : CAHAYA
QASHRINA: ISTANA
IMANI: KEPERCAYAAN & KEIMANAN

02/05/2008TANGGAL 02 MEI 2008 JUMAAT JAM 3.55 PETANG LAHIRLAH SEORANG PUTERI YANG KU NAMAKAN NUR QASHRINA IMANI
Nur Qashrina Imani adalah Nyawaku, buah hatiku , dan segala-galanya bagi ku...Mama sayang kat sayang...Di lahirkan pada 02 Mei 2008, di Jitra Specialist Center(Pusat Pakar perubatan Jitra) maksud melayu dia la...he..he...pada mulanya due aku 27 Mei 2008 tapi nk buat macam manakan dah nk keluar sangat nk tengok dunia la katakan.Pada Jam 3.55 petang hari Jumaat , aku di sorong menggunakan kerusi roda masuk ke bilik pembedahan , masa tu di mulutku hanya ingat tuhan dan aku x lepas2 selawat semoga aku n anak selamat. Aku terpaksa menjalani caesarean (pembedahan) sebab x boleh lahirkan anak secara normal(kepala baby menghala ke atas) , Walaupunku lahirkan dia secara caesarean (pembedahan), namun aku bersyukur semua selamat dan cukup sifatnya..aku dapat menciumnya buat pertama kali aku bergelar seorang ibu...rasanya x dapat ku bayangkan dengan kata-kata. semasa itu sayang hanya 2.8kg saja,selepas di keluarkan, sayang( panggilanku pada Nur Qashrina Imani) terus dimasukan didalam balang oksigen, semasa itu fikirkanku terus melayan teringkatkan kisah anak Faizal Ismail( DJ HOt F.M), aku menangis namun airmataku tidak kluar, dalam hati aku hanya doakan , jika boleh aku sanggup gantikan dengan nyawaku, asalkan anakku selamat dan terus bernyawa. Bila nurse memberitahu suamiku sayang sihat , aku rasakan segala bebanan, seksaan, kesakitan dan segala yang mengusarkan aku, yang aku tanggung semasa mengandung dan melahirkannya lesap begitu saja.. Namun aku kecewa, kerana tidak dapat merasai pengalaman seperti ibu normal yang lain. Namun aku bersyukur segalanya selamat dan aku dah jadi ibu...yahooooooooooo..( tidak ku dapat gambarkan dengan kata-kata) aku bersyukur, selepas pembedahan aku di usung ke dalam Wad Khadijah..besar juga la dalam tu, boleh family aku tidur. Semua Family belah aku datang, mak mertua aku pun ada sama.Nurse bawak masuk sayang untuk tunjukkan pada family ku…lalu suamiku menAZAN kan dan menIQAMAHKAN sayang, bertalu-talu mak aku mencium cucunya, cucu sulung la katakan….
Aku pilih melahirkan anak di hospital swata sebab aku kecewa dengan klinik kerajaan , depa nie makan gaji buta rasanya, bayangkan semasa perut aku baru 5-7 bila aku p cheak semuanya ok,kedudukan baby oklah Cuma HB aku yang kurang,bukan apa sepanjang aku cheak hanya 1 kali ja scan, tension aku….Ingatkan p Ibu Klinik bagus rupanya teruk dari dari klinik desa last aku p klinik Faizah untuk scan rupanya betul kepala baby menghala ke atas….last aku pilih nk lahirkan sayang kat hospital private senang…. walaupun mahal ( x la mahal sangat) namun layanan dan kemudahan untuk aku n sayang amat memuaskan( Jitra Specialist Centre). nurse-nurse n doc sabar n tahan melayan kerenahku yang kebudakan-budakan( aku nie jenis x tahan sakit n manja ). aku dok kat situ 3 hari 2 malam, aku hbiskan pantang aku 2 bulan di umah mak aku.
02/06/2008
Tarikh 02/06/2008 sayang dah 1 bulan, namun dalam pantang lagi aku dah bawak sayang pergi supermarket,he..he...setiap kali ke supermarket mesti ada baju untuk sayang, 2@ 3 helai mesti aku beli punya, sebab lawa-lawa. biar mahal janji aku dapat beli buat anak kesayangku NUR QASHRINA IMANI,kadang-kadang itu aku kena marah ye la beli bayak sangat sampai x terpakai. Namun aku x kisah janji aku tetap nak beli..dalam usia 1 bulan nie dah pandai tau mana kanan , mana kiri. Bila nk menyusu cara tidur ja, (aku akan cakap, sayang...mama dok belah kanan syang cepat kalih kepala, ) lantas dia dah tau arah mana dia nk kalih. Aku trylah mandikan degn air sejuk, mesti sayang ngis ...tapi bila tok mama dia mandikan walaupun dengan air sejuk, x ngislah pulak. sayang nie manja dengan tok mama n tok abah dia. walaupun x boleh bercakap tapi boleh tunjukan reaksi ( mengadulah kat tok mama dia) kalau isap susu botol @ susu aku mesti bunyi. malam2 sayang kena tidur tengah2, janji kiri kanan ada orang, kalau x x tidurlah termasuklah mama dia sekali. Pernah satu malam masa tu mamy dia( adik perempuan aku ) tidur bawah sebab panas.bila angkat ja sayang dalam buaian terus x lena sbb dia rasa belah kiri dia x ada sapa. sampai pukul 3 pgi terus berjaga..last2 aku suruh mamy tidur atas, dengan sekelip mata sayang pun terus lelap...
01/07/2008
Hari ini aku dah mula masuk kerja, selama 2 bulan aku bercuti...sedih rasanya nk tinggal sayang...walaupun aku hantar kat pengasuh namun hati aku rasa berat sangat..yela dah 1 bulan lebih aku yang mandikan sayang, pakaikan baju sayang segalanya.tiba-tiba aku kena upah orang lain yang uruskan.Pagi2 semasa hantar sayang masih lagi lena..aku macam biasalah datang kerja. time rehat aku masih ingtkan sayang macam mana keadaannya...aku hantar kat Jiran sebelah umah aku...lagipun hubby dia ada kaitan adik beradik dengan hubby aku. Nama dia kak Ani, lagipun pagi2 dia dok seorang sebab anak bongsu dia pun dah darjah 5 . Legalah aku,x payah hantar umah mak mertua , bukan aku x nk tapi mak mertua aku dah jaga 1 cucu, nanti x terjaga pulak anak aku.. biar aku hantar kat yang x pernah mengasuh lagi...tambah2 kak ani tu memang nk anak lagi. so sekarang nie anak aku dah jadi anak dia dah la...bayangkan sekarang nie anak aku dah ada 1 ibu susuan.

Ibu Susuan
Kes ini jadi, sebab sayang x nk minum susu botol, hari pertama aku tinggal. Kak ani x tau nk buat macam mana last sekali dia biarkan sayang isap susu nya...terima kasih kak ani...hanya Allah saja yang dapat membalasnya. Semoga di murahkan rezeki dan di panjangkan umur.

02/07/2008
Hari ini sayang dah 2 bulan, aku plan nk tangkap gambar Family, bila sampai ja kedai gambar sayang pun lena...x jadilah aku nk tangkap gambar family....

05/07/2008
Hari ini, sabtu so aku suruh hubby aku hantar ke umah mak , abah ku ....sampai2 ja sana mak aku terus berlari sambut sayang .Tok Mama terus cium sayang bertalu-talu...maklumlah cucu sulung katakan...anakku terus mengadu (dalam bahasa dialah) kat mak aku...x pasal-pasal aku kena marah...Badan sayang nie sensetif sikit, panas ja merah....Paksu( adik lelaki aku) pulak cheak sana-sini badan anak saudara dia kot2 aku buat...macam-macam. nie x leh cakap , lepas nie boleh cakap lagi teruk lah aku kena......
Nanti aku corotkan lagi ye…

Kenapa Aku pilih Nama NUR QASHRINA IMANI…
Begini al kisahnya….

Dalam masa perut aku 5bulan lagi, aku kan kerja kat depan computer so dah xada kerja , layari internet je la…aku masuk laman web macam-macam cari nama anak lagipun aku masa tu excited sangat ye la 1 Time jadi ibu….Hubby aku beli buku nama, suruh aku pilih nama dalam tu…tapi aku cakap kat Hubby aku bayak sangat orang pakai nama dalam buku tu..Di katakan tiap-tiap hari aku mesti cari nama untuk sayang walaupun masa tu aku x tau lagi jantina boy@girl yang pasti aku memang akan cari walaupun aku busy dengan assignment yang Guru Marziah hantar kat aku suruh taip…Pilihan masa tu ialah:
Lelaki
Muhammad Khaleef Ilman- Yang terpuji Khalefah berilmu
Muhammad Khalish Ilman-Yang terpuji nisbah Berilmu
Perempuan
Nur Qashrina Imani-Cahaya Istana Keimanan dan kepercayaan
Nur Qashdina Imani- Cahaya Nisbah Keimanan dan Kepercayaan
So…aku suruhla hubby aku pilih…dia kata nak bubuh nama
Muhammad Iqbal Syahmi, kalau perempuan dia x terfikirlah pulak …x ada idea lagi kot…
Satu lagi masa tu terlintas di hati nak Gabung ja nama aku n huby aku...supaya nama pun macam aku ( nama aku gabungan mak n abah aku)
Nur Sabrinawati jadinya....xcantiklah pulak...sebab nama tu banyak orang dah pakai...
Mak aku pula nak bubuh juga beberapa nama
Laila , atilia , jasmin macam-macam lagi …tapi aku x la sebab nama-nama tu dah orang pakai….he..he…
Apa-apa pun tq kat mak , hubby sebb cadangkan nama-nama tersebut….
Akhirnya tanggal 02/05/2008 sudah tertera nama NUR QASHRINA IMANI

0 Comments:

 

blogger templates | Make Money Online