Tuesday, March 2, 2010

Pengakhiran Hidup Anak Kecil Yang Comel


Kredit Berita : www.utusan.com.my

Syafiah alami kecederaan parah

HULU SELANGOR 27 Feb. - Betapa berat seksaan yang dihadapi oleh Allahyarham Syafiah Humairah Sahari sebelum dia menemui ajal, kelmarin. Selain dipukul dan ditampar, kanak- kanak malang itu turut dipijak dan ditendang oleh teman lelaki ibunya tanpa belas kasihan, hanya diseb
abkan oleh kesalahan kecil yang dilakukannya.

Kanak-kanak berusia tiga tahun itu disahkan meninggal dunia akibat pendarahan pada otak dan mengalami kerosakan buah pinggang, akibat dihentak dan ditendang dengan kuat oleh suspek yang tidak berhati perut. Hari ini, bedah siasat yang dilakukan ke atas mayat kanak-kanak itu di Hospital Kuala Kubu Bharu mendapati, kematian Syafiah Humairah akibat kecederaan serius termasuk kulit kepalanya terkoyak kerana dipijak.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Supritendan Bakhtiar Rashid berkata, bedah siasat mendapati, mangsa mengalami penderaan berterusan dan ia boleh dilihat berdasarkan kepada
kecederaan yang terdapat pada tubuhnya.
"Terdapat kesan-kesan kecederaa
n luaran yang baru dan lama dipercayai akibat dipukul dengan objek keras pada tubuh mangsa.
"Kesan lebam turut dikesan di bahagian belakang tubuh mangsa selain di leher, pipi dan bahunya," katanya ketika ditemui di bilik mayat hospital itu di sini hari ini.

Kelmarin, Syafiah Humairah mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di padang bola berhampiran rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama dekat Batang Kali. Kanak-kanak malang itu dihantar ke wad kecemasan Hospital Kuala Kubu Bharu kira-kira pukul 8.30 malam oleh teman lelaki ibunya, mendakwa dia terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Namun, pihak hospital yang curiga dengan tingkah laku lelaki itu menghubungi polis kira-kira pukul 11 malam untuk memaklumkan mengenai kemungkin
an kematian kanak-kanak itu akibat didera. Berikutan itu, suspek berusia 28 tahun kemudian ditahan pukul 3 pagi semalam bagi membantu siasatan.


Mohd. Fazli dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu semalam atas dakwaan membunuh Syafiah.

###############################################################################

Terpanggil aku untuk menaip kan sesuatu mengenai kisah sedih yang melanda di awal Tahun 2010….

Allah HuAkhbar( Allah Maha Besar )

aku sebagai seorang mama, mmg tak mampu untuk menahan air mata....…Sedih,pilu, marah semuanya bercampur aduk hinggakan…macam nak bunuh je Betina dengan Jantan xguna tu….gamaknya seorang Insan yang dilahirkan dalam Agama Islam, melakukan sebegini rupa…

Inikan Umat Nabi Muhammad…

inikah tandanya pengakhiran zaman akan berlaku…

Ya Allah, berikan aku peluang lagi untuk terus beribadat kepadamu

Ya Allah…Kenapa nie terjadi????

Semoga roh arwah di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman... di syurga…Amin

Bila aku membaca cerita pembuangan bayi..aku rasakan agenda itu , bagaikan syarikat Iklan yang berlawan –lawan untuk membuktikan kekejaman manusia yang di lahirkan dalam beragama Islam.Nama je Melayu agama Islam..tapi ...hakikatnya...

Dalam banyak Kisah , Namun kisah nie membuat aku .sedih.....sedih untuk mengaku , Betina(IBunya) & pembunuhnya adalah saudara seislam…sedih sangat..iyer aku sedar aku juga x alim dan tidak arif mengenai agama..namun didikan dari kecil lagi mengajar erti halal & haram, erti pahala dan dosa erti syurga dan Neraka .

Walaupun aku sedar , aku bukan insan yang layak ke syurgaNYA namun aku juga tidak mahu ke NerakaMU Ya Allah… Alhamdulilah…Safiah tempatnya di Syurga…jika dia terus membesar seperti Remaja Perempuan Yang lain..entahlah apa coretan perjalanan kehidupannya.. “Mungkin Mangsa Rogol” kepada Lelaki yang membunuhnnya…@ mungkin memilih ke jalan yang teruk “ke lembah Pelacuran…” Allah yang Maha mengetahui…Terima Kasih Ya Allah, kerana Kau menjemputnya lebih awal daripada terus menjadi bahan seksaan “Manusia yang bertopengkan Syaitan” dan si Ibu “yang Boleh menang

"Best Actress”…well dane Siti Nor Hanim…

aku x sikit pun merasa simpati terhadapmu…tapi aku malu , dan aku kecewa..kerana umur kita hampir sebaya…aku juga mempunyai anak…namun aku kecewa..terjelas di wajahmu kesedihan yang di buat2…Jika kamu “ibu Safiah” aku ingin bertanya…kamu x rasa ke, keindahan sewaktu kamu melahirkan safiah…kamu x bayangkan bila kamu menjadi warga tua nnti safiah inilah yang akan membela mu, menyuapkan makanan ke mulutmu…bila kamu tak berdaya untuk makan…

keseronakkan dunia..memang “Best” tapi ianya sementara…Keseronakkan di Syurga nnti akan kekal abadie… bersama –sama anak-anak yang kita lahirkan dari perut kita, yang kita kandungkan 9 bulan, yang kita usung ke sana ke mari..makan kita..makanlah dia…yang kita didik dengan didikan yang sempurna…anak kecil nielah yang baca membaca Yassin untuk kita di alam Barzah nanti bukannya Boyfriend Kita..dalam alquran ada menyebut…doa-doa dari anak yang soleh & solehah.. kenapa kerana dia perempuan…dan senang nak buat anak…bayangkan seorang perempuan yang bergelar Isteri dah lama berumah tangga , tidak pernahpun merasai bergelar IBU…teringinkan anak…bagaimana rasanya bila mengetahui kejadian ini…aku yang mempunyai anak pun aku sedih …memang ini cerita manusia yang xkenal kemanusiaan… Binatang pun sayang anak… Jika benci atau tidak menyenanginya di atas apa alasan sekalipun, ia tidak seharusnya dizahirkan dengan kekejaman yang melampaui batas manusia. Apatah lagi anak kecil ini tidak mengerti apa-apa. , sungguh aku sedih dan aku tak dapat bayangkan bagaimana kesakitan yang di tanggung. oleh tubuh kecil itu. aki tak sanggup untuk membaca rentetan kehidupan anak kecil ini hingga ke titik air riwayatnyer...
Al Fatihah.... mudah-mudahan kamu memperoleh yang terbaik di sana... aminnnn...

1 Comment:

Azryna Abdul said...

semoga rohnya dicucuri rahmat..amin..

tergamak diorg buat cmtu..xdpt bygkan cmne bby tu menahan kesakitan...

 

blogger templates | Make Money Online