Thursday, August 27, 2009
MenCaRi SeSuap NasiK!!!!!
Di Tulis Oleh Mama Atie Date & Time 8/27/2009 03:11:00 PM 1 komen
Label: My PID
Tuesday, August 25, 2009
AKU MEMASAK JUADAH BERBUKA
Oleh sebab, semalam hari pertama aku memasak untuk juadah berbuka posa untuk MY Lovely Hubby so aku masaklah Fav dia iaitu :
1. Nasi Tomato
#Jadi tu memanglah jadi, cuma Nasi tomato aku tu lembik sikit almaklumlah..terlebih air..he..he..
Oh ye, bab Qashrina pulak…dia anak yang baik…Cuma kacau sikit2 time memasak tu adalah ( bila aku bagi je Raga baju , dia main tolak2 je) kalau dah boring qashrina p ruang tamu main sendirian sambil tengok TV. .. time buka posa dia pun nak buka sama…xpi x buas macam selalu..just dok ats riba aku..lps tu aku suapkan cucur (Fav dia Cucur Udang) yang dia nak …( rasanya dia pun faham mama & abah dia berpuasa). Makan ramai2…mula2 aku suap, lepas tu abah dia suap…Happy je... settle2 makan sume, aku terus p Landing depan TV sambil layan Qashrina main..ye lah sehari suntuk aku x layan dia (Rindu Tau) … MRhubby aku pulak p mandi sebab nak p Masjid..semoga Tahun nie MRhubby akan berubah ye, x jadi macam tahun lps ..macam cip more..sat p , sat x p …Lepas solat aku n qashrina masuk baring dalam bilik, letih plak rasanya...golek2 atas tilam , best..best...ehehe...sempatla lelap mata. ( tidur2 ayam je).. Qashrina pulak aku biarkan dia pungah sana-sni yang dia nak.. Dalam erea kol 10.00 mlm MRhubby balik.. so time tu makan nasi Tomato tadilah pulak… Tadi masa berbuka just Kurma dengan kuih je..Qashrina pun makan nasi yang aku masak…tahan pedas jugak anak aku nie rupanya. Kol 5.00pgi aku gerakkan MRhubby untuk sahur, dia kata kenyang…so aku just minum air masak sebab aku pun kenyang …
Petang nie ( 25 Hb) so GAJI….kenalah settlekan hutang –hutang ye…n Blance tu baru shopping Raya.
Di Tulis Oleh Mama Atie Date & Time 8/25/2009 01:27:00 PM 0 komen
Label: Cerita Mama Pasal Puasa
Friday, August 21, 2009
KEHADIRAN MU MEMBERI SEDIKIT SINAR
Salam Ramadhan,
Setahun sudah berlalu, bersyukur rasanya, aku bersama keluargaku dapat bertemu Ramadhan lagi..Semoga kedatangan Ramadhan ini dapat memberi sedikit ketenangan dalam jiwa dan sanubari dalam keluarga ku yang bergelora ini...terutamanya aku…. Almaklumlah…dok tunggu hari nak due je nie( dup2 ati nie.. tau sebab aku takut meletup dalam bulan posa) …tapi semangat nak Puasa & terutama sekali semangat nak “RAYA” berkobar2 dalam hati…mana xnya
Kasut Raya?, Seluar Jean Raya? , Baju Raya Qashrina? manalah aku beli lagi…yang aku belipun hanya 2 Pasang baju lengan Pendek & seluar, 1 skirt, & 1 Pasang lagi..skirt juga (tapi Hadiah dari Mummy dia sempena Ulang tahun)…Ya Allah kenapalah Rasa Gaji bulan nie lambat sangat…nak shopping nie…Oleh sebab Qashrina dah boleh jalan , so semangat aku nak beli kasut Raya kat Qashrina sememangnya berkobar2 dalam hati...
Nampaknya tahun nie adalah tahun ke 3 aku, menyambutnya sebagai seorang Isteri dan tahun ke 2 pulak sebagai seorang Ibu buat Qashrina Imani dan baby dalam perutku ini. SEMOGA aku akan dapat melaluinya dengan penuh kesabaran dan sempurnakan ibadah puasaku ..
Andai Ku Tahu Ramadhhan Kali Ini Kali Terakhir Buatku, nescaya daku memohon kemaafan dari kalian-kalian semua. Diri ini tidak tahu bila nyawa ini akan ditarik oleh Allah SWT dalam menemui DIA. Semoga Ramadhan ini daku dapat membersihkan segala kesilapan dan kesalahan yang sengaja mahupun tidak. Halalkan segala makan dn minum yang mana pernah terambil tanpa pengetahuan kalian. Minta dihalalkan segala makan dan minum.dan ampunilah segala kata-kata yang ada menyakitkan hati secara langsung @ x langsung... maaf ku pinta kepada PUAN2 PUNYA BLOG YANG AKU DOK SKODENG TANPA KEBENARAN..
Aku terlalu lalai dengan permainan hati, mudah lemas dalam kemelut jiwa..Lalu kini, aku bertekad, dengan kedatangan Ramadhan ini, aku ingin berubah, berubah menjadi kepada yang lebih baik.. Menjadi yang lebih tenang, lebih matang, lebih pasrah dan lebih redha dengan setiap ketentuan Ilahi. Aku juga akan menjadikan Ramadhan ini sebagai bulan untuk saya menyucikan hati dari anasir-anasir jahat yang sering bertandang.
Semoga Ramadhan ini, memberi rahmat dan keberkatan kepada Aku juga kepada insan-insan yang saya sayangi...
Ramadhan, semoga kehadiran mu memberi sedikit sinar dan kekuatan buat Aku meneruskan kehidupan ini dengan tenang. Semoga keberkatanmu turut menyinari jiwa-jiwa insani yang saya sayangi dengan cahaya kasih Ilahi. Ya, Allah, berkatilah kehidupan kami, di dunia jua di akhirat sana..Aminnn....
Di Tulis Oleh Mama Atie Date & Time 8/21/2009 08:44:00 AM 0 komen
Label: Cerita Mama Pasal Puasa
Thursday, August 20, 2009
aNaK bApAK!!!!!
Di Tulis Oleh Mama Atie Date & Time 8/20/2009 08:53:00 AM 0 komen
Label: Aksi sayang
Tuesday, August 18, 2009
~..H1N1..~~
Bermula pada minggu lepas, ari selasa, pengasuh anak aku aka “Umie” kena deman selsema…so pada esk kan harinya aku ambil keputusan ambik cuti , sebab nak jaga sayang(takut berjangkit sama)… Hari Rabu , mcm biasalah kan pasar malam kat Kangar..so lps hubby aku balik je dari kerja , aku terus ajak p …sebabnya aku malas masak kerana jaga anak sehari suntuk
Alhamdulilah, sepanjang 3 hari kena kuaritin kat umah, tapi anak “umie” dia mengasuh balik( tupun sebab Umie kesian tengok aku) .start hari jumaat..deman aku dh kurang..Cuma stail lenguh2 badan je.. qashrina pulak x nak kebah2 deman dia(buatkan aku risau) bukan aku je Umie dia pun sama.…so Duit boleh di carikan , so aku n hubby tekad nak bawak qashrina p Mahsuri specialist centre..sebab deman x nak kebah2 jugak..walaupun dah setengah botol ubat deman dia telan. Sampai kat sna , doc pulak x ada..so apa lagi ..tempat dia di beranakkanlah aku n mr hubby tuju..kali nie, x jumpa doc rozmey ..al maklumlah jutawan…kali nie dia upah doc cina.. so kenalah dekat RM 50 keatas..kiranya 2 kali ganda harga ubat dia daripada doc faizah. Xpalah janji qashrina chat sudah.. la nie alhmdulilah..aku n qashrina dah chat dah…
Di Tulis Oleh Mama Atie Date & Time 8/18/2009 03:14:00 PM 0 komen
Label: Berita Mengemparkan










