Thursday, August 27, 2009

MenCaRi SeSuap NasiK!!!!!

Pusat Internet Desa Simpang Empat, tempatku mencari sesuap nasik untuk kehidupanku sehari-hari...(ha..ha) ayat skema ..bukan apa ptg nie aku boring sangat sebab x ada kerja nak buat he..he..so aku tayang je lah suasana Pid aku yang aku x tau bila mau runtuhnya..adakah aku meletup dulu..baru dia runtuh..kita tengok dan kita dengar sama-sama.....



Tetapi Hakikatnya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!







Tuesday, August 25, 2009

AKU MEMASAK JUADAH BERBUKA

Hari ini adalah hari ke 4 , kita berpuasa…tapi semalam adalah hari pertama AKU MEMASAK JUADAH BERBUKA puasa tahun nie 2009, bersamaan 3 Ramadhan 1430h…he..he…
Oleh sebab semalam adalah hari Isnin(ari berkerja) so kenalah mai kerja..kalau di ikutkan memang nk dok umah je.Maklumlah mula posakan Srart hari sabtu..hari cuti pulak tu…So nak x nak aku terpaksalah gagahkan jugak mai kerja …
Kali ini alhamdulilah nampaknya dah 4 hari aku boleh berpuasa… Semalam giliran MRHUBBY aku pulak, bercuti SEBABNYA nak tolong BIL dia settlekan bab Lori padi(Driver Lori x ada) , tapi nak buat mcam mana sehari suntuk hujan..so Lori x jalan, mesin padi lagilah x jalan…Lagipun , MRHubby nak cari duit lebih sebab nak renoit umah baru kami tu he..he..he .. so MRHUBBY just melepak je la kat umah MIL aku tu… (Biasalah anak Mak)sampailah kol 4.30 ptg tupun aku yang phone suruh balik (yang sebenarnya nak suruh tolong aku masak)..tapi Qashrina xp pun umah Tok dia..sebab pagi2 aku dah hantarkan ke Umah UMIE dia..almaklumlah 2 hari x kelis, lagipun ank kak anie yang sulung Fatin baru balik dari Maktab ..cuti.. Mestilah Rindu.. Almaklumlah AKU BALIK UMAH MAK AKU UNTUK BERBUKA PUASA PADA HARI PUASA PERTAMA & KEDUA …N TIME NIELAH AKU BERHIMPUN ADIK BERADIK SEBAB ADIK AKU YANG DOK TERENGGANU BALIK …( KENA KUARITIN H1NI) KOLEJ DEPA TU
Jadinya posa dia yang pertama pun kat snilah..adik aku balik terengganu pada malam Isnin..
Oleh sebab, semalam hari pertama aku memasak untuk juadah berbuka posa untuk MY Lovely Hubby so aku masaklah Fav dia iaitu :
1. Nasi Tomato

2. Agar-Agar Roti


3. Ayam Masak Merah

Gambar Copy Dari Cik GOOGLE

#Jadi tu memanglah jadi, cuma Nasi tomato aku tu lembik sikit almaklumlah..terlebih air..he..he..
#Agar-Agar Roti pula, terlupa nak bubuh gula he..he..so Faham2 sendirilah macam mana rasa ye tapi ada susu tau.
#Ayam Masak Merah , yang nie ok...ckap MRHubby ..tapi Pedas sebab Gula kurang...
Ala x kisahlah janji, MRhubby aku mkan sampai kekeyagan(mcm ular sawa telan seekor anak kambing) sebab bini dia masak..Lagipun MRHubby aku puji..al-maklumlah selama nie asyik makan nasi kedai je..
Semuanya resipi aku skodeng n copy paste dari internet…Almaklumlah bini dia nie serba kekurangan , aku manalah tau …nak masak semua2 nie..takat agar-agar Bodoh bolehlah..he..he…. Alhamdulilah , rezeki buka posa bertambah dengan Kak Anie a.k,a Umie mai hantar Puding santan rasanya ..dan semalam ( ari ahd) mak aku bekalkan Kuih cucur udang..so aku goreng balik dengan Makan kuah kacang…kiranya berderet makanan atas meja makan walaupun just 2 orang je makan..he..he…Rezeki jangan di tolak…Air Pulak , MRHUbby buat SIRAP BANDUNG…
( KALAU BULAN POSA NIE , BAB AIR SERAH JE KAT DIA).. hari nie , aku nak masak apa ye…tapi semalam MRHubby cakap nak makan Mee sebab jemu makan nasik ..so untuk kuih pulak , aku nak buat kuih apa ye…???????????? Pening2…
Oh ye, bab Qashrina pulak…dia anak yang baik…Cuma kacau sikit2 time memasak tu adalah ( bila aku bagi je Raga baju , dia main tolak2 je) kalau dah boring qashrina p ruang tamu main sendirian sambil tengok TV. .. time buka posa dia pun nak buka sama…xpi x buas macam selalu..just dok ats riba aku..lps tu aku suapkan cucur (Fav dia Cucur Udang) yang dia nak …( rasanya dia pun faham mama & abah dia berpuasa). Makan ramai2…mula2 aku suap, lepas tu abah dia suap…Happy je... settle2 makan sume, aku terus p Landing depan TV sambil layan Qashrina main..ye lah sehari suntuk aku x layan dia (Rindu Tau) … MRhubby aku pulak p mandi sebab nak p Masjid..semoga Tahun nie MRhubby akan berubah ye, x jadi macam tahun lps ..macam cip more..sat p , sat x p …Lepas solat aku n qashrina masuk baring dalam bilik, letih plak rasanya...golek2 atas tilam , best..best...ehehe...sempatla lelap mata. ( tidur2 ayam je).. Qashrina pulak aku biarkan dia pungah sana-sni yang dia nak.. Dalam erea kol 10.00 mlm MRhubby balik.. so time tu makan nasi Tomato tadilah pulak… Tadi masa berbuka just Kurma dengan kuih je..Qashrina pun makan nasi yang aku masak…tahan pedas jugak anak aku nie rupanya. Kol 5.00pgi aku gerakkan MRhubby untuk sahur, dia kata kenyang…so aku just minum air masak sebab aku pun kenyang …
Petang nie ( 25 Hb) so GAJI….kenalah settlekan hutang –hutang ye…n Blance tu baru shopping Raya.
Selamat berpuasa, n kepada Isteri2 tu, time nie lah nk tunjuk skill masakan kat Hubby koorang masing2. Termasuklah aku nie…

Friday, August 21, 2009

KEHADIRAN MU MEMBERI SEDIKIT SINAR

Salam Ramadhan,

Setahun sudah berlalu, bersyukur rasanya, aku bersama keluargaku dapat bertemu Ramadhan lagi..Semoga kedatangan Ramadhan ini dapat memberi sedikit ketenangan dalam jiwa dan sanubari dalam keluarga ku yang bergelora ini...terutamanya aku…. Almaklumlah…dok tunggu hari nak due je nie( dup2 ati nie.. tau sebab aku takut meletup dalam bulan posa) …tapi semangat nak Puasa & terutama sekali semangat nak “RAYA” berkobar2 dalam hati…mana xnya

Kasut Raya?, Seluar Jean Raya? , Baju Raya Qashrina? manalah aku beli lagi…yang aku belipun hanya 2 Pasang baju lengan Pendek & seluar, 1 skirt, & 1 Pasang lagi..skirt juga (tapi Hadiah dari Mummy dia sempena Ulang tahun)…Ya Allah kenapalah Rasa Gaji bulan nie lambat sangat…nak shopping nie…Oleh sebab Qashrina dah boleh jalan , so semangat aku nak beli kasut Raya kat Qashrina sememangnya berkobar2 dalam hati...


Nampaknya tahun nie adalah tahun ke 3 aku, menyambutnya sebagai seorang Isteri dan tahun ke 2 pulak sebagai seorang Ibu buat Qashrina Imani dan baby dalam perutku ini. SEMOGA aku akan dapat melaluinya dengan penuh kesabaran dan sempurnakan ibadah puasaku ..

Andai Ku Tahu Ramadhhan Kali Ini Kali Terakhir Buatku, nescaya daku memohon kemaafan dari kalian-kalian semua. Diri ini tidak tahu bila nyawa ini akan ditarik oleh Allah SWT dalam menemui DIA. Semoga Ramadhan ini daku dapat membersihkan segala kesilapan dan kesalahan yang sengaja mahupun tidak. Halalkan segala makan dn minum yang mana pernah terambil tanpa pengetahuan kalian. Minta dihalalkan segala makan dan minum.dan ampunilah segala kata-kata yang ada menyakitkan hati secara langsung @ x langsung... maaf ku pinta kepada PUAN2 PUNYA BLOG YANG AKU DOK SKODENG TANPA KEBENARAN..

Aku terlalu lalai dengan permainan hati, mudah lemas dalam kemelut jiwa..Lalu kini, aku bertekad, dengan kedatangan Ramadhan ini, aku ingin berubah, berubah menjadi kepada yang lebih baik.. Menjadi yang lebih tenang, lebih matang, lebih pasrah dan lebih redha dengan setiap ketentuan Ilahi. Aku juga akan menjadikan Ramadhan ini sebagai bulan untuk saya menyucikan hati dari anasir-anasir jahat yang sering bertandang.

Semoga Ramadhan ini, memberi rahmat dan keberkatan kepada Aku juga kepada insan-insan yang saya sayangi...

Ramadhan, semoga kehadiran mu memberi sedikit sinar dan kekuatan buat Aku meneruskan kehidupan ini dengan tenang. Semoga keberkatanmu turut menyinari jiwa-jiwa insani yang saya sayangi dengan cahaya kasih Ilahi. Ya, Allah, berkatilah kehidupan kami, di dunia jua di akhirat sana..Aminnn....

Thursday, August 20, 2009

aNaK bApAK!!!!!




aKTIVITI pETG dUA bERANAK nIE...

Tuesday, August 18, 2009

~..H1N1..~~



Entry nie , adalah entry basi yang aku nak critakan jgk…


almaklumlah sekarang nie tengh heboh pasal H1N1…
Bermula pada minggu lepas, ari selasa, pengasuh anak aku aka “Umie” kena deman selsema…so pada esk kan harinya aku ambil keputusan ambik cuti , sebab nak jaga sayang(takut berjangkit sama)… Hari Rabu , mcm biasalah kan pasar malam kat Kangar..so lps hubby aku balik je dari kerja , aku terus ajak p …sebabnya aku malas masak kerana jaga anak sehari suntuk
( bertuah punya mak ..anak di persalahkan).
So bila sampai je kat pasar malam , geng2 prostar negeri Perlis tengah mengedarkan risalah psal H1N1..just ambik je ..kan free…himpun banyak2 leps tu boleh jual…ha..ha…Masa kat pasar mlm tu la , aku rasa badan aku dh mula serang panas sejuk…tapi aku x ambik port pun sebab nak jaln2 punya pasal…Just beli bihun goreng je(adaka patut) … n air soya..


keesokkan pagi( hari khamis)…


rasa badan dah mengelatar …anak stail aku x hantar sebab “umie” x berapa nak chat lagi… aku gagahkan jugak siapkan makanan…kat sayang…akhirnya kami dua beranak tumbang sebab badan x berapa nak chat. Aku phone MRHubby suruh balik tengok anak… sebab aku bab2 deman nie serender sikit..x tau nak rasa. So MRHubby aku balik tengahari , belikan nasi dgn lauk sebab aku x berapa nak larat dah… tinggallah kami dua beranak, sebab MRHubby x leh Halfday…masa tu , aku rasa mcm nak ngis pun ada…tapi sebab anak aku gagah jugak..bangun buat susu dan tidurkan sayang.. Dalam kol 4.30 ptg,sepatutnya kol 5.00 ptg baru habis kerja, MRhubby balik..sbab dia x sampai hati nak biarkan bini & anak dia kebongkang di rumah…Mrhubby suruh aku bersiap p Klinik ..dengan ambik kunci rumah baru…( ha, setiap kali sakit, mesti aku akan dapat kunci)….lps siap ambik kunci..aku n hubby terus ke klinik..Penuh…so terpaksalah boking untuk kol 8.00mlm , sebab ptg dah x ambik patient dh…balik rumah dulu..


anak , mrhubby ambik alih mengasuh, buat susu & jelum anak kesayangannya. Al-maklumlah “anak bapak”. Anak aku pun apa lagi..bukan main sukalah…daripada asyik meregek, boleh siap main2 guling2 atas tilam dengan bapak dia.. Lps mahgrib , kami p ke klinik Faizah..aku kena No 1.. lps tu aku tengok berderet2 semua masuk klinik…siap pakai topeng muka lagi.. aku masuk dgn qashrina so aku kena cheak suhu 39.3 tinggi tu…qashrina pulak 38.9 ..so apa lagi..doc Tanya “ada kamu rasa simptem2 x..” aku jawablah “ batuk je”..Doc “ saya kasi ubat, kalau rasa sesak nafas , p hospital”. Kamu dgn anak kamu xleh p tempat Umum…kuaritim kat umah.. saya bagi cuti untk esok.. sebab takut kamu kena penyakit tu…” sebab tinggi suhu kamu dh lebih…lgi pulak kamu pregnant..memang bahaya. Masa tu , aku dh x fakir lain dah.. Ya Allah, lindungilah anak ku ini.., biarlah aku sahaja yang menghadapinya seorang diri. Amin.
Alhamdulilah, sepanjang 3 hari kena kuaritin kat umah, tapi anak “umie” dia mengasuh balik( tupun sebab Umie kesian tengok aku) .start hari jumaat..deman aku dh kurang..Cuma stail lenguh2 badan je.. qashrina pulak x nak kebah2 deman dia(buatkan aku risau) bukan aku je Umie dia pun sama.…so Duit boleh di carikan , so aku n hubby tekad nak bawak qashrina p Mahsuri specialist centre..sebab deman x nak kebah2 jugak..walaupun dah setengah botol ubat deman dia telan. Sampai kat sna , doc pulak x ada..so apa lagi ..tempat dia di beranakkanlah aku n mr hubby tuju..kali nie, x jumpa doc rozmey ..al maklumlah jutawan…kali nie dia upah doc cina.. so kenalah dekat RM 50 keatas..kiranya 2 kali ganda harga ubat dia daripada doc faizah. Xpalah janji qashrina chat sudah.. la nie alhmdulilah..aku n qashrina dah chat dah…


*Peritnya kena kuaritin , mcm dok dlam penjara"

 

blogger templates | Make Money Online